Malaysia legislation

Section 7F

of *AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

Seksyen 7F

(1)

Apabila lesen yang diberikan kepada orang berlesen dibatalkan di bawah seksyen 7E, Menteri boleh, selepas berbincang dengan

Ketua

Pemeriksa, melantik seseorang lain untuk menjalankan, melepaskan, mengambil alih atau melaksanakan apa-apa fungsi, obligasi, kewajipan, tanggungjawab dan syarat yang diberikan atau yang dikenakan oleh lesen yang dibatalkan itu, dan untuk menerima apa-apa pembayaran, faedah atau keistimewaan orang yang lesennya dibatalkan itu berhak untuk menerima atau menikmati di bawah terma dan syarat lesen itu.

(2)

Orang yang lesennya dibatalkan itu dan ejen atau pekerjanya hendaklah memberikan segala bantuan dan kerjasama yang perlu kepada orang yang dilantik oleh Menteri di bawah subseksyen (1).

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

Halangan suatu kesalahan