Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA JURUANALISIS MAKANAN 2011

Seksyen 27

(1)

Tanpa menjejaskan perenggan 25(1)(c), Majlis boleh mengarahkan supaya nama mana-mana juruanalisis makanan berdaftar dipotong dari Daftar jika Majlis itu berpuas hati bahawa juruanalisis makanan berdaftar itu tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang juruanalisis makanan.

(2)

Bagi maksud untuk memuaskan hatinya bahawa mana-mana juruanalisis makanan berdaftar tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan kewajipannya, Majlis itu boleh melantik suatu Jawatankuasa Kajian Semula Perubatan yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan dan seorang juruanalisis makanan yang dilantik oleh Majlis itu bagi menyiasat setiap kes dan membuat syor sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa itu.

Juruanalisis Makanan 23

Perubahan pada Daftar

Section 27 — FOOD ANALYSTS ACT 2011 | mylaw.my