PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2011/727
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA JURUANALISIS MAKANAN 2011 is Malaysia Act, cited as Act 727 2011, currently marked in force and first recorded in 2011.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi berkaitan makanan kerajaan” ertinya sesuatu agensi kerajaan yang terlibat dalam menjalankan analisis makanan;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
“ahli kimia berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Ahli Kimia 1975 [Akta 158];
“analisis makanan” ertinya pemeriksaan terperinci makanan yang termasuklah penilaian fizikal, mikrobiologi, kimia, biokimia, bioteknologi, toksikologi atau deria makanan dan pemeriksaan itu boleh termasuk pemeriksaan bungkusan, bahan pembungkusan dan bekas;
“bungkusan” ertinya apa-apa benda yang dalamnya atau apa-apa cara yang dengannya makanan dikotak, ditutup, dimasukkan, diisi, diletakkan atau selainnya dipekkan dengan apa jua cara keseluruhannya atau sebahagiannya dan termasuklah apa-apa jenis bakul, baldi, dulang atau bekas sama ada terbuka atau tertutup;
“Daftar” ertinya daftar yang disimpan atau disenggara mengikut seksyen 17;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;
“institusi pendidikan tinggi” ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan suatu diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya;
“juruanalisis makanan berdaftar”
ertinya seseorang yang menjalankan analisis makanan dan didaftarkan di bawah seksyen 19;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“Majlis” ertinya Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“makanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah
Akta Makanan 1983 [Akta 281];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
Juruanalisis Makanan 9
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang yang dilantik oleh
Menteri sebagai seorang pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 37;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang disebut dalam seksyen 16;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis Juruanalisis Makanan
Malaysia yang dilantik di bawah seksyen 7.
Ketidakpakaian
Akta ini tidaklah terpakai bagi ahli kimia yang didaftarkan di bawah Akta Ahli Kimia 1975.
Bahagian II
Penubuhan Majlis
Majlis hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya
Fungsi dan kuasa Majlis
untuk melaksanakan kewajipan dan fungsi dan menjalankan kuasa yang diperuntukkan dalam Akta ini;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
untuk menentukan dan mengawal selia kelakuan dan etika profesional juruanalisis makanan dan untuk mengeluarkan kod etika bagi juruanalisis makanan;
untuk menentukan skala fi yang akan dikenakan oleh juruanalisis makanan berdaftar bagi perkhidmatan yang diberikan;
untuk mendengar dan menentukan pertikaian yang berhubungan dengan kelakuan atau etika professional juruanalisis makanan berdaftar dan untuk menubuhkan jawatankuasa atau melantik penimbang tara untuk mendengar dan menentukan pertikaian itu;
untuk menjalankan peperiksaan dengan kerjasama
Institut Teknologi Makanan Malaysia bagi penerimaan masuk ke dalam profesion analisis makanan;
untuk mengadakan atau menyebabkan supaya diadakan program pembangunan profesional bagi juruanalisis makanan berdaftar untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam perkembangan terkini berhubung dengan amalan analisis makanan;
untuk mengeluarkan garis panduan bagi menentukan tatacara dan kaedah ujian analisis makanan; dan
untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Majlis hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah subseksyen (1).
Juruanalisis Makanan 11
Majlis tidak boleh meminjam atau mendapatkan wang dengan apa-apa cara tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan
Menteri dan Menteri Kewangan.
Meterai perbadanan
Meterai perbadanan itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Majlis, suatu cap yang mengandungi perkataan
“Majlis
Juruanalisis
Makanan
Malaysia” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Majlis.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau seorang anggota Majlis.
Meterai perbadanan itu hendaklah dicapkan di hadapan mana-mana dua anggota Majlis yang ditetapkan dan anggota itu hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan.
Segala surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan sebagaimana yang ditetapkan dalam subseksyen (5)
hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Meterai perbadanan Majlis hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
Keanggotaan Majlis
Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan,
Kementerian
Kesihatan
Malaysia yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;
dua orang juruanalisis makanan berdaftar daripada sektor swasta yang dilantik oleh Menteri, yang salah seorang daripada mereka hendaklah seorang anggota Institut
Teknologi Makanan Malaysia;
dua orang juruanalisis makanan berdaftar yang disyorkan oleh Institut Teknologi Makanan Malaysia daripada kalangan anggotanya dan dilantik oleh Menteri;
dua orang ahli sains makanan yang digaji oleh institusi pendidikan tinggi yang menawarkan ijazah dalam sains makanan atau teknologi makanan atau sains dan teknologi makanan, yang hendaklah dilantik oleh
Menteri; dan
tiga orang wakil daripada suatu agensi kerajaan yang berkaitan dengan makanan yang dilantik oleh Menteri.
Pengerusi hendaklah, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang pegawai Kementerian Kesihatan untuk menjadi Setiausaha
Majlis.
Jika Pengerusi tidak dapat menjalankan fungsinya di bawah
Akta ini disebabkan sakit, tidak berada di Malaysia atau kerana apa-apa sebab lain, fungsinya hendaklah dijalankan oleh Timbalan
Pengerusi.
Pengerusi boleh mewakilkan kepada Timbalan Pengerusi mana-mana kuasanya, dan apabila diwakilkan sedemikian kuasa itu
Juruanalisis Makanan 13
hendaklah dijalankan oleh Timbalan Pengerusi di bawah kawalan dan tertakluk kepada apa-apa arahan dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi.
Tempoh jawatan
Seseorang anggota yang dilantik atau dipilih di bawah perenggan 7(1)(c) hingga (f) adalah layak untuk dilantik semula tetapi anggota itu tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua tempoh berturut-turut.
Jika jawatan seseorang anggota menjadi kosong sebelum habis tempoh jawatannya, orang yang dilantik untuk mengisi kekosongan itu hendaklah memegang jawatan itu bagi baki tempoh jawatan anggota yang jawatannya telah menjadi kosong itu.
Elaun
Semua anggota Majlis hendaklah dibayar apa-apa elaun pada kadar yang ditentukan oleh Menteri.
Pengosongan jawatan
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis; atau
dalam hal seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(c) atau (d), dia tidak lagi menjadi juruanalisis makanan berdaftar.
Mesyuarat Majlis
Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam empat bulan.
Juruanalisis Makanan 15
Tatacara mesyuarat
Jika Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat
Majlis, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat.
Pengerusi atau
Timbalan
Pengerusi, apabila mempengerusikan mesyuarat, hendaklah mempunyai suatu undi pemutus.
Semua soalan di hadapan mesyuarat Majlis hendaklah diputuskan melalui majoriti biasa anggota yang hadir dan mengundi.
Majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya sebagai pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Majlis.
Majlis boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Majlis atau terhadap mana-mana anggota atau ejen Majlis berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya atas sifat sedemikian.
Pekhidmat awam
Tiap-tiap anggota Majlis, semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Bahagian III
Pendaftar
Bagi maksud Akta ini, Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia hendaklah menjadi Pendaftar.
Daftar
Pendaftar hendaklah bertanggungjawab bagi penyenggaraan dan penjagaan Daftar.
Daftar hendaklah dianggap sebagai dokumen awam dalam pengertian Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Juruanalisis Makanan 17
Suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendaftar bahawa mana-mana orang —
telah didaftarkan atau tidak pada bila-bila masa didaftarkan di bawah Akta ini, hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang disebut dalamnya.
Permohonan bagi pendaftaran
Tiada seorang pun boleh didaftarkan sebagai juruanalisis makanan di bawah Akta ini melainkan jika —
ijazah dalam sains makanan atau teknologi makanan atau sains dan teknologi makanan daripada manamana institusi pendidikan tinggi yang diluluskan oleh Majlis; atau
apa-apa ijazah lain dalam sains dalam apa-apa bidang yang berkaitan yang diluluskan oleh
Majlis;
bahawa dia telah dipilih untuk bekerja di bawah penyeliaan mana-mana juruanalisis makanan berdaftar atau ahli kimia berdaftar; atau
bahawa dia mempunyai dua tahun pengalaman bekerja dalam analisis makanan jika dia memegang ijazah dalam sains makanan atau teknologi makanan atau sains dan teknologi
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
makanan, atau empat tahun pengalaman bekerja dalam analisis makanan jika dia memegang apa-apa ijazah dalam sains dalam apa-apa bidang yang berkaitan; dan
Suatu permohonan bagi pendaftaran hendaklah dibuat kepada Majlis dalam borang yang ditetapkan.
Cara pendaftaran
Pendaftaran di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan dengan mencatatkan dalam Daftar butir-butir pemohon sebagaimana yang ditetapkan apabila fi yang ditetapkan dibayar.
Jika seseorang didaftarkan di bawah Akta ini, Majlis hendaklah menyebabkan supaya dikeluarkan kepadanya suatu perakuan pendaftaran yang ditandatangani oleh Pengerusi.
Perakuan amalan tahunan
Seseorang juruanalisis makanan berdaftar yang berniat untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruanalisis makanan boleh membuat permohonan kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan dan membayar fi yang ditetapkan bagi suatu perakuan untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruanalisis makanan.
Apabila diterima permohonan itu dan bayaran yang ditetapkan dalam subseksyen (1), Pendaftar boleh, atas kelulusan, mengeluarkan kepada juruanalisis makanan berdaftar itu suatu perakuan amalan tahunan dalam borang yang ditetapkan, memberi kuasa juruanalisis makanan berdaftar itu untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruanalisis makanan dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.
Juruanalisis Makanan 19
Suatu perakuan oleh Pendaftar bahawa mana-mana orang—
telah atau bukan pada bila-bila masa seorang pemegang perakuan amalan tahunan, hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang disebut dalamnya.
Pembaharuan perakuan amalan tahunan
Permohonan bagi pembaharuan perakuan amalan tahunan hendaklah dibuat kepada Pendaftar tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempoh dalam borang yang ditetapkan dan apabila fi yang ditetapkan dibayar.
Jika Pendaftar meluluskan permohonan itu, Pendaftar hendaklah mengeluarkan kepada juruanalisis berdaftar itu suatu perakuan amalan tahunan dalam borang yang ditetapkan memberi kuasa juruanalisis makanan berdaftar itu untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruanalisis makanan dalam tahun yang baginya perakuan itu dikeluarkan.
Pematuhan dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis
Seseorang juruanalisis makanan berdaftar hendaklah mematuhi semua garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis.
Seseorang juruanalisis makanan berdaftar yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
Bahagian IV
Bidang kuasa tatatertib Majlis
Majlis hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas juruanalisis makanan berdaftar.
Majlis boleh menjalankan kuasa tatatertib ke atas mana-mana juruanalisis makanan berdaftar —
yang ijazahnya telah ditarik balik atau dibatalkan oleh universiti, kolej atau badan yang olehnya ijazah itu dikurniakan;
yang telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di tempat lain bagi apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau yang telah dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja, atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda);
yang didapati oleh Majlis telah melanggar Akta ini atau peraturan-peraturannya; atau
yang telah tidak menunaikan kewajipan profesionalnya dengan kemahiran, ketelitian dan ketekunan yang sewajarnya.
Juruanalisis Makanan 21
Siasatan
Majlis hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa
Tatatertib untuk mengadakan siasatan ke atas apa-apa perkara tatatertib.
Dalam menjalankan siasatan, Jawatankuasa Tatatertib tidaklah terikat dengan peruntukan Akta Keterangan 1950 atau oleh mana-mana tatacara perundangan tetapi boleh menjalankan siasatan mengikut cara yang difikirkannya sesuai.
Majlis boleh menggantung secara sementara pendaftaran seseorang juruanalisis makanan berdaftar sementara menunggu keputusan Majlis tentang keputusan apa-apa siasatan atau pelupusan apa-apa rayuan.
Hukuman tatatertib
Majlis boleh, dalam menjalankan kuasa tatatertibnya, mengenakan mana-mana hukuman yang berikut:
memerintahkan supaya juruanalisis makanan berdaftar itu dicela secara bertulis;
memerintahkan supaya nama juruanalisis makanan berdaftar itu digantung dari Daftar dan menggantung perakuan amalan tahunan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut; atau
memerintahkan supaya nama juruanalisis makanan berdaftar dipotong dari Daftar dan menggantung perakuan amalan tahunan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut.
Majlis boleh, dalam mana-mana hal, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkaitan dengan pembayaran kos yang dilakukan oleh Pendaftar, mana-mana pengadu atau juruanalisis makanan berdaftar itu.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
Apa-apa kos yang diawardkan di bawah subseksyen (2)
boleh didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil.
Penyerahan perakuan pendaftaran dan perakuan amalan tahunan
Jika nama seseorang juruanalisis makanan berdaftar telah diperintahkan oleh Majlis supaya digantung atau dipotong daripada
Daftar, orang itu hendaklah menyerahkan perakuan pendaftaran dan perakuan amalan tahunannya kepada Pendaftar dalam tempoh empat belas hari dari penerimaan perintah itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pemotongan nama oleh sebab kelemahan fizikal atau mental
Tanpa menjejaskan perenggan 25(1)(c), Majlis boleh mengarahkan supaya nama mana-mana juruanalisis makanan berdaftar dipotong dari Daftar jika Majlis itu berpuas hati bahawa juruanalisis makanan berdaftar itu tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan kewajipannya sebagai seorang juruanalisis makanan.
Bagi maksud untuk memuaskan hatinya bahawa mana-mana juruanalisis makanan berdaftar tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan kewajipannya, Majlis itu boleh melantik suatu Jawatankuasa Kajian Semula Perubatan yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada dua orang pengamal perubatan dan seorang juruanalisis makanan yang dilantik oleh Majlis itu bagi menyiasat setiap kes dan membuat syor sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa itu.
Juruanalisis Makanan 23
Perubahan pada Daftar
Jika Majlis berpuas hati bahawa seseorang juruanalisis makanan berdaftar telah mati atau secara sukarela membatalkan pendaftarannya sebagai seorang juruanalisis makanan, Majlis itu hendaklah menyebabkan supaya namanya dan semua butir yang berkaitan dengannya dipotong daripada Daftar.
Kemasukan semula nama dalam Daftar
Majlis boleh, mengikut budi bicaranya, apabila permohonan dibuat kepadanya, memerintahkan supaya nama pemohon itu dimasukkan semula ke dalam Daftar.
Rayuan
Mana-mana juruanalisis makanan yang—
telah didaftarkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Majlis di bawah
Akta ini;
setelah didaftarkan telah dipotong namanya dari Daftar menurut perintah Majlis di bawah seksyen 27;
tidak berpuas hati dengan apa-apa perintah Majlis di bawah seksyen 25; atau 24 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
terkilan dengan keputusan Majlis di bawah seksyen 29, boleh, dalam tempoh dua puluh satu hari dari diberitahu mengenai keputusan Majlis itu, memfailkan rayuan secara bertulis kepada
Menteri, yang hendaklah kemudian membuat suatu keputusan.
Suatu salinan notis rayuan dalam subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada Pengerusi Majlis.
Bahagian V
Juruanalisis makanan berdaftar boleh mengeluarkan laporan analisis makanan
Tiada seorang pun boleh mengeluarkan atau memperakukan secara bertulis keputusan apa-apa analisis makanan bagi maksud untuk menentukan komposisi atau spesifikasi mana-mana bahan atau produk yang dimakan atau digunakan oleh, atau dicadangkan untuk dimakan atau digunakan oleh orang awam melainkan jika dia seorang juruanalisis makanan berdaftar dan mempunyai perakuan amalan tahunan yang sah.
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Menjalankan amalan tanpa perakuan amalan tahunan
Seseorang juruanalisis makanan berdaftar yang menjalankan amalan tanpa perakuan amalan tahunan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
Juruanalisis Makanan 25
berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
berkenaan dengan kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi empat puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang—
menjalankan perkongsian dengan seseorang yang menjalankan amalan menganalisis makanan tanpa perakuan amalan tahunan yang sah; atau
mengambil khidmat seseorang yang menjalankan amalan menganalisis makanan tanpa perakuan amalan tahunan yang sah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya;
berkenaan dengan kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;
berkenaan dengan kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan di bawah perenggan (A)
dan (B).
Seseorang yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah tidak boleh disifatkan telah melakukan suatu kesalahan jika dia
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya.
Bahagian VI
Pendaftaran secara fraud
Seseorang yang berdaftar atau cuba untuk mendaftarkan dirinya atau mana-mana orang lain di bawah Akta ini dengan membuat atau mengemukakan atau menyebabkan supaya dibuat atau dikemukakan apa-apa representasi atau pengisytiharan secara palsu atau fraud sama ada secara lisan atau bertulis melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan menyamar, mengemukakan diri, dsb., sebagai seorang juruanalisis makanan berdaftar
Seseorang yang tidak berdaftar sebagai seorang juruanalisis makanan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan jika dia—
mengemukakan dirinya, melalui pengiklanan atau selainnya, sebagai orang berkelayakan atau diberi kuasa untuk menjalankan amalan menganalisis makanan, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Juruanalisis Makanan 27
Penalti am
Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini yang baginya tiada penalti khusus diperuntukkan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan
Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana kapasiti sedemikian atau mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal-ehwal pertubuhan perbadanan itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
jika pertubuhan perbadanan itu didapati melakukan kesalahan, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira sifat fungsinya atas kapasiti itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—
oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Pelantikan pegawai diberi kuasa
Menteri boleh melantik apa-apa bilangan pegawai diberi kuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini dan tiap-tiap pegawai diberi kuasa hendaklah dikeluarkan kepadanya kad kuasa yang boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang dan boleh menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang diperakukan itu.
Pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan.
Kuasa untuk memasuki premis, memeriksa dan menyita dokumen, dsb.
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada bila-bila masa, memasuki mana-mana premis di mana seseorang juruanalisis makanan berdaftar sedang menjalankan amalan menganalisis makanan atau di mana terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang itu sedang menjalankan amalan menganalisis makanan dan menjalankan kuasa yang berikut:
Juruanalisis Makanan 29
memeriksa apa-apa dokumen, radas atau barang yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu;
jika seseorang itu menjalankan amalan menganalisis makanan tanpa didaftarkan atau tanpa perakuan amalan tahunan di bawah Akta ini, menyita apa-apa dokumen, radas atau barang yang disimpan atau digunakan berkaitan dengan amalan itu;
mengkehendaki apa-apa maklumat yang berhubungan dengan amalan itu sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa supaya diberikan kepadanya;
memeriksa apa-apa tatacara atau ujian yang dilakukan atau dijalankan oleh juruanalisis makanan, untuk memastikan pematuhan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis; dan
memeriksa, mengambil, membuat salinan, atau membuat cabutan daripada, apa-apa rekod yang dijumpai di dalam premis itu.
Mana-mana orang yang—
mengugut atau menghalang pegawai diberi kuasa dalam melaksanakan kewajipan pegawai diberi kuasa itu;
enggan untuk membenarkan pegawai diberi kuasa untuk memeriksa apa-apa dokumen, radas atau barang;
enggan untuk mengemukakan apa-apa dokumen, radas atau barang untuk diperiksa oleh pegawai diberi kuasa;
enggan untuk menyerahkan apa-apa dokumen, radas atau barang kepada pegawai diberi kuasa;
enggan untuk memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa; atau 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
cuba untuk melakukan mana-mana perbuatan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (e), melakukan suatu kesalahan.
Jika pegawai diberi kuasa menyita dan memeterai apa-apa dokumen, radas atau barang, dia hendaklah memberikan penerimaan yang ditandatangani bagi dokumen, radas atau barang itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan kuasa di bawah seksyen ini hendaklah mengemukakan kad kuasanya apabila diminta.
Capaian kepada data berkomputer
Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada data berkomputer sama ada yang disimpan dalam komputer atau selainnya.
Dalam seksyen ini, “capaian” termasuk diberi kata laluan yang perlu, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer itu.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya mana-mana orang yang pada pendapat pegawai diberi kuasa itu mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
Jika mana-mana orang itu enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganan
Juruanalisis Makanan 31
itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Pemeriksaan orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Orang yang diperiksa oleh pegawai diberi kuasa adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu, tetapi orang itu boleh enggan untuk menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan.
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan atau tidak.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau diletakkan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam
Bahasa dia membuat pernyataan itu; dan
selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
Kebolehterimaan pernyataan sebagai keterangan
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini boleh digunakan sebagai keterangan.
Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada mana-mana pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberi suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau yang diliputi oleh seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i)
dan (j) Akta Keterangan 1950.
Apabila mana-mana orang dipertuduh atas mana-mana kesalahan yang berhubungan dengan—
kandungan, mana-mana pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan polis yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.
Juruanalisis Makanan 33
Pengkompaunan kesalahan
Ketua
Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua
Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1)—
tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat; dan
mana-mana buku, rekod, radas, kelengkapan, alat, benda, barang, bahan atau apa-apa benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilucuthakkan, dimusnahkan atau dipulangkan kepada orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah selepas mengambil kira sifat kesalahan itu dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
Pemulaan pendakwaan
Tiada pendakwaan bagi atau berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya.
Pelantikan penasihat undang-undang
Majlis atau Jawatankuasa Tatatertib boleh melantik seorang penasihat undang-undang untuk membantu Majlis atau
Jawatankuasa Tatatertib semasa apa-apa siasatan yang menyentuh perkara tatatertib.
Majlis atau Jawatankuasa Tatatertib boleh melantik mana-mana orang yang merupakan dan telah menjadi peguam bela dan peguam cara bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun untuk menasihatinya tentang—
pengertian dan pentafsiran semua dokumen yang diperoleh semasa siasatan.
Kuasa Menteri untuk mengecualikan
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, mengecualikan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan—
mana-mana orang yang menjalankan kerja penyelidikan dan pembangunan di mana-mana institut penyelidikan atau institusi pendidikan tinggi atau dalam mana-mana industri mengenai analisis makanan bagi kegunaannya sendiri; atau
Juruanalisis Makanan 35
mana-mana orang yang menjalankan kawalan kualiti dalaman atau jaminan kualiti di mana-mana institut penyelidikan atau institusi pendidikan tinggi atau dalam mana-mana industri mengenai analisis makanan bagi kegunaannya sendiri, daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu sepatutnya tidak lagi diberikan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan mana-mana atau kesemua yang berikut:
bentuk dan kandungan Daftar dan cara yang mengikutnya
Daftar itu hendaklah disimpan;
bentuk dan cara yang mengikutnya permohonan bagi pendaftaran dan pembaharuan perakuan amalan tahunan hendaklah dibuat;
tatacara yang hendaklah diikuti berhubungan dengan siasatan yang diadakan di bawah Akta ini;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini;
apa-apa perkara lain yang dikehendaki supaya ditetapkan oleh Akta ini atau yang perlu atau suai maanfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.
Peruntukan peralihan
Mana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sedang menjalankan apa-apa aktiviti analisis makanan yang Akta ini terpakai baginya hendaklah, dalam tempoh 12 bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon supaya didaftarkan sebagai seorang juruanalisis makanan di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus menjalankan aktiviti itu sementara menunggu penentuan permohonannya supaya didaftarkan di bawah Akta ini.
36
Akta 727
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari-TIADA -
37
Akta 727
SENARAI SEKSYEN YANG MEMINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-