Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi berkaitan makanan kerajaan” ertinya sesuatu agensi kerajaan yang terlibat dalam menjalankan analisis makanan;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
“ahli kimia berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Ahli Kimia 1975 [Akta 158];
“analisis makanan” ertinya pemeriksaan terperinci makanan yang termasuklah penilaian fizikal, mikrobiologi, kimia, biokimia, bioteknologi, toksikologi atau deria makanan dan pemeriksaan itu boleh termasuk pemeriksaan bungkusan, bahan pembungkusan dan bekas;
“bungkusan” ertinya apa-apa benda yang dalamnya atau apa-apa cara yang dengannya makanan dikotak, ditutup, dimasukkan, diisi, diletakkan atau selainnya dipekkan dengan apa jua cara keseluruhannya atau sebahagiannya dan termasuklah apa-apa jenis bakul, baldi, dulang atau bekas sama ada terbuka atau tertutup;
“Daftar” ertinya daftar yang disimpan atau disenggara mengikut seksyen 17;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan;
“institusi pendidikan tinggi” ertinya institusi pendidikan yang menyediakan pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan suatu diploma, ijazah atau yang setaraf dengannya;
“juruanalisis makanan berdaftar”
ertinya seseorang yang menjalankan analisis makanan dan didaftarkan di bawah seksyen 19;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“Majlis” ertinya Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“makanan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah
Akta Makanan 1983 [Akta 281];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
Juruanalisis Makanan 9
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang yang dilantik oleh
Menteri sebagai seorang pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 37;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang disebut dalam seksyen 16;
“Setiausaha” ertinya Setiausaha Majlis Juruanalisis Makanan
Malaysia yang dilantik di bawah seksyen 7.