Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(2)
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh menetapkan mana-mana atau kesemua yang berikut:
(a)
kewajipan Pendaftar;
(b)
bentuk dan kandungan Daftar dan cara yang mengikutnya
Daftar itu hendaklah disimpan;
(c)
fi yang hendaklah dibayar di bawah Akta ini;
(d)
bentuk dan cara yang mengikutnya permohonan bagi pendaftaran dan pembaharuan perakuan amalan tahunan hendaklah dibuat;
(e)
tatacara yang hendaklah diikuti berhubungan dengan siasatan yang diadakan di bawah Akta ini;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 727
(f)
bentuk apa-apa perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah Akta ini;
(g)
kesalahan yang boleh dikompaun; dan
(h)
apa-apa perkara lain yang dikehendaki supaya ditetapkan oleh Akta ini atau yang perlu atau suai maanfaat untuk ditetapkan bagi melaksanakan Akta ini.
Peruntukan peralihan