Malaysia legislation

Section 11

of *AKTA AHLI GEOLOGI 2008

Seksyen 11

Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Lembaga atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga;

(d)

jika dia menjadi bankrap;

(e)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(f)

dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis

Menteri;

(g)

dalam hal seseorang anggota selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi;

(h)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri;

(i)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(j)

jika pendaftarannya di bawah Akta ini dibatalkan.

Ahli Geologi 17

Pelantikan pengganti bagi anggota