/akn/my/act/act/2008/689

*AKTA AHLI GEOLOGI 2008

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2008
Sections
54
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA AHLI GEOLOGI 2008 is Malaysia Act, cited as Act 689 2008, currently marked in force and first recorded in 2008.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Ahli Geologi dan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran ahli geologi, pengawalseliaan amalan geologi dan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya. [28 November 2014, P.U. (B) 521/2014] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini, atau peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, di bahagian yang berlainan di Malaysia.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(b)

hasil daripada perlombongan di dalam atau di atas tanah;

atau

Suggest a correction

(c)

hasil daripada perlombongan di dalam atau di bawah laut atau dasar laut, yang terbentuk oleh atau tertakluk kepada suatu proses geologi, tetapi tidak termasuk air, bahan batuan dan petroleum;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Ahli Geologi yang dilantik di bawah seksyen 29;

“pengamal” ertinya orang yang disebut dalam subseksyen 21(1);

“pengamal berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 21(1);

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(a) atau 6(2)(a), mengikut mana-mana yang berkenaan;

“perkhidmatan geologi” ertinya pemberian nasihat dan perkhidmatan geologi berkenaan dengan semua atau mana-mana yang berikut:

Suggest a correction

(d)

pelaksanaan, pentauliahan, pengendalian, penyenggaraan dan pengurusan kerja-kerja atau projek survei geologi;

dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkhidmatan lain yang diluluskan oleh Lembaga;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 689

“petroleum” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95];

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(2).

Suggest a correction

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai membenarkan amalan kejuruteraan di bawah Akta Pendaftaran

Jurutera 1967 [Akta 138] oleh seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar.

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(a)

melaksanakan tugas dan fungsi dan menjalankan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta ini;

Suggest a correction

(b)

dengan kelulusan Menteri, menentukan skala fi yang akan dikenakan oleh ahli geologi profesional berdaftar, ahli geologi asing berdaftar dan pengamal berdaftar bagi perkhidmatan geologi yang diberikan;

Suggest a correction

(c)

menentukan dan mengawal selia kelakuan dan etika profesional profesion geologi;

Ahli Geologi 11

Suggest a correction

(d)

mendengar dan menentukan pertikaian yang berhubungan dengan kelakuan atau etika profesional ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar, atau menubuhkan suatu jawatankuasa atau melantik seorang penimbang tara untuk mendengar dan menentukan pertikaian itu;

Suggest a correction

(e)

mewakili profesion geologi dalam apa-apa perkara yang perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian;

Suggest a correction

(f)

memeriksa dan, jika difikirkan perlu, membuat laporan tentang apa-apa perkara tempatan yang dikemukakan kepadanya dan membuat syor kepada Kerajaan atau kepada mana-mana pihak berkuasa awam, pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun atau kepada mana-mana institut, badan atau pertubuhan yang pada pendapat Lembaga mewakili profesion geologi;

Suggest a correction

(g)

menimbangkan dan mengesyorkan pembaharuan kepada undang-undang yang berhubungan dengan survei geologi;

Suggest a correction

(h)

menjalankan peperiksaan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion geologi;

Suggest a correction

(i)

melantik orang untuk mewakili profesion geologi dalam mana-mana badan atau panel pemeriksa yang boleh dilantik oleh mana-mana institut, badan atau pertubuhan yang pada pendapat Lembaga mewakili profesion geologi;

Suggest a correction

(j)

membuat syor berhubung dengan apa-apa peperiksaan supaya layak diterima masuk ke dalam profesion geologi;

Suggest a correction

(k)

mengadakan atau menyebabkan supaya diadakan program pembangunan profesional bagi ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar untuk mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam pembangunan terkini yang berhubungan dengan profesion geologi;

Suggest a correction

(l)

memberikan biasiswa dan kemudahan lain bagi menggalakkan pembelajaran dan pendidikan yang berkaitan dengan geologi; dan

Suggest a correction

(m)

melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 689

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang semunasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Tanpa menjejaskan kuasa am yang diberikan oleh subseksyen (2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk membeli atau memajak mana-mana tanah atau bangunan sebagaimana yang diperlukan bagi penjalanan sepatutnya fungsinya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

tertakluk kepada subseksyen (4), untuk meminjam atau memperdapatkan wang melalui overdraf bank atau selainnya bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (a); dan

Suggest a correction

(c)

untuk memajakkan, melupuskan atau selainnya membuat urusan mengenai mana-mana harta tak alih Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Lembaga tidak boleh meminjam atau memperdapatkan wang dengan apa-apa cara tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan

Menteri dan Menteri Kewangan.

Meterai perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Meterai perbadanan itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Ahli Geologi” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.

Suggest a correction

(4)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau seorang anggota Lembaga.

Suggest a correction

(5)

Meterai perbadanan itu hendaklah dicapkan di hadapan

Pengerusi dan seorang anggota Lembaga yang lain dan Pengerusi dan anggota itu hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan.

Ahli Geologi 13

Suggest a correction

(6)

Segala surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (5)

hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Suggest a correction

(7)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan, boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh Pengerusi atau seorang anggota Lembaga bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction

(8)

Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Keanggotaan Lembaga

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(a)

seorang Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang ahli geologi profesional berdaftar;

Suggest a correction

(c)

lima orang anggota yang hendaklah merupakan ahli geologi profesional berdaftar dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;

Suggest a correction

(d)

lima orang anggota yang hendaklah merupakan ahli geologi profesional berdaftar yang menjalankan amalan persendirian atau dalam penggajian sepenuh masa mana-mana orang atau kumpulan orang selain perkhidmatan awam atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; dan

Suggest a correction

(e)

dua orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pemajuan profesion.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 689

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah merupakan warganegara Malaysia dan hendaklah dilantik oleh

Menteri:

(a)

seorang Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar;

Suggest a correction

(c)

lima orang anggota yang hendaklah merupakan orang yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar dan yang berada dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;

Suggest a correction

(d)

lima orang anggota yang hendaklah merupakan orang yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar dan yang menjalankan amalan persendirian atau dalam penggajian sepenuh masa mana-mana orang atau kumpulan orang selain perkhidmatan awam atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun; dan

Suggest a correction

(e)

dua orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pemajuan profesion.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(c) dan (d) dan (2)(c) dan

(d)

, Institut boleh menamakan ahli geologi profesional berdaftar yang sesuai atau orang yang sesuai yang layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk pertimbangan Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (3) boleh ditafsirkan sebagai menghendaki Menteri untuk melantik anggota yang disebut dalam perenggan (1)(c) atau (2)(c) daripada senarai penama yang dikemukakan oleh Institut.

Suggest a correction

(5)

Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik menganggotai

Lembaga:

(a)

seseorang yang tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Ahli Geologi 15

Suggest a correction

(c)

seseorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit.

Tatacara Lembaga

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 10

Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 689

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 11

Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—

Open as pageSuggest a correction

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai seorang anggota Lembaga atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga;

Suggest a correction

(e)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(f)

dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis

Menteri;

Suggest a correction

(g)

dalam hal seseorang anggota selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi;

Suggest a correction

(i)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

Suggest a correction

(j)

jika pendaftarannya di bawah Akta ini dibatalkan.

Ahli Geologi 17

Pelantikan pengganti bagi anggota

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Jika seseorang anggota Lembaga mati atau meletakkan jawatannya atau selainnya mengosongkan jawatannya atau jika pelantikannya dibatalkan, Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, melantik seorang anggota baru untuk menggantikannya dan anggota yang dilantik itu hendaklah memegang jawatan bagi baki tempoh pelantikan anggota yang digantinya itu.

Seksyen 13

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam apa-apa tempoh apabila jawatan Pengerusi kosong;

Suggest a correction

(b)

dalam apa-apa tempoh apabila Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak berada di Malaysia; atau

Suggest a correction

(c)

dalam apa-apa tempoh apabila Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan tugas jawatannya.

Suggest a correction

(2)

Sehingga suatu pelantikan di bawah subseksyen (1) dibuat atau jika tiada pelantikan sedemikian atau jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga, Lembaga hendaklah memilih seorang daripada anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(c) atau 6(2)(c), mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk melaksanakan fungsi Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota yang dilantik di bawah subseksyen (1)

atau anggota yang disebut dalam subseksyen (2), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, sepanjang tempoh dia melaksanakan fungsi Pengerusi di bawah seksyen ini disifatkan sebagai Pengerusi.

Suggest a correction

(4)

Jika pada mana-mana mesyuarat Lembaga baik Pengerusi mahupun orang yang menjalankan fungsi Pengerusi tidak hadir, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan anggota yang hadir itu untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 689

Jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(3)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(5)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Suggest a correction

(6)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(7)

Lembaga boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.

Suggest a correction

(8)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

(9)

Sesuatu jawatankuasa adalah tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Lembaga.

Suggest a correction

(10)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

Ahli Geologi 19

Suggest a correction

(11)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a)

minit bagi semua mesyuaratnya disimpan dan disenggarakan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

Suggest a correction

(b)

salinan minit bagi semua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(12)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Suggest a correction

(13)

Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (12) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Suggest a correction

(14)

Suatu tindakan, perintah atau keputusan sesuatu jawatankuasa hendaklah disifatkan sebagai tindakan, perintah atau keputusan

Lembaga.

Anggota Lembaga tidak menanggung liabiliti

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun anggota Lembaga menanggung liabiliti sendiri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam mentadbirkan hal ehwal Lembaga melainkan jika kerugian atau kerosakan itu telah disebabkan secara sengaja atau kerana perbuatan melulu atau kecuaian melampau.

Seksyen 16

Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota Lembaga, mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa, dan mana-mana ejen atau pekerja Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 689

Seksyen 17

Anggota, dsb., disifatkan sebagai pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana ejen atau pekerja Lembaga, semasa menunaikan kewajipannya sebagai anggota, ejen atau pekerja sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Seksyen 18

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penyata, laporan, akaun dan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(a)

Bahagian A — yang hendaklah mengandungi nama, nombor pendaftaran, alamat perniagaan dan butir-butir lain ahli geologi profesional berdaftar;

Suggest a correction

(b)

Bahagian B — yang hendaklah mengandungi nama, nombor pendaftaran, alamat perniagaan dan butir-butir lain ahli geologi siswazah berdaftar;

Ahli Geologi 21

Suggest a correction

(c)

Bahagian C — yang hendaklah mengandungi nama, nombor pendaftaran, alamat perniagaan dan butir-butir lain pengamal berdaftar; dan

Suggest a correction

(d)

Bahagian D — yang hendaklah mengandungi nama, nombor pendaftaran, alamat perniagaan dan butir-butir lain ahli geologi asing berdaftar.

Suggest a correction

(2)

Hendaklah ditunjukkan bersetentangan dengan nama setiap ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar yang disimpan dalam Daftar kelayakannya dan butir-butir tentang apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

Ahli geologi siswazah berdaftar dan ahli geologi profesional berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang didaftarkan sebagai seorang ahli geologi siswazah berdaftar di bawah subseksyen (1) dikehendaki memperoleh pengalaman amali sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga dan lulus peperiksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga supaya berhak untuk memohon didaftarkan sebagai seorang ahli geologi profesional berdaftar di bawah subseksyen (3).

Suggest a correction

(3)

Orang yang berikut berhak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi profesional berdaftar apabila memohon:

(i)

didaftarkan sebagai seorang ahli geologi siswazah berdaftar; dan

(ii)

telah memperoleh pengalaman amali yang diluluskan oleh Lembaga dan telah lulus peperiksaan yang ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen (2);

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 689

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang walaupun tidak memegang kelayakan yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah subseksyen (1)—

Suggest a correction

(i)

memegang ijazah dalam bidang geologi yang tidak diluluskan oleh Lembaga;

(ii)

telah lulus peperiksaan yang dijalankan oleh

Lembaga; dan

Suggest a correction

(iii)

telah memperoleh pengalaman amali yang diluluskan oleh Lembaga; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

seseorang yang memegang ijazah geologi atau kelayakan lain yang difikirkan oleh Lembaga setara dengannya dan yang memuaskan hati Lembaga bahawa dia telah menjalankan amalan atau menjalankan urusan atau telah diguna khidmat sebagai ahli geologi sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan dan telah memohon untuk pendaftaran dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Hanya warganegara atau pemastautin tetap Malaysia layak untuk didaftarkan sebagai ahli geologi siswazah berdaftar atau ahli geologi profesional berdaftar.

Suggest a correction

(5)

Seseorang yang mahu supaya didaftarkan sebagai ahli geologi siswazah berdaftar atau ahli geologi profesional berdaftar boleh memohon kepada Lembaga dan permohonan itu hendaklah disokong dengan bukti dokumentar bahawa dia memiliki kelayakan yang dikehendaki di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(6)

Lembaga boleh, semasa meluluskan pendaftaran di bawah seksyen ini, mengenakan apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(7)

Pengerusi hendaklah memberitahu pemohon tentang keputusan Lembaga dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permohonan diterima.

Suggest a correction

(8)

Tiada seorang pun berhak untuk didaftarkan sebagai seorang ahli geologi profesional berdaftar jika pada bila-bila masa sebelum pendaftarannya wujud apa-apa fakta atau hal keadaan yang memberi hak kepada Lembaga untuk membatalkan pendaftarannya.

Ahli Geologi 23

Suggest a correction

(9)

Subseksyen 35(4) dan 48(1) hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang perlu bagi mana-mana orang yang permohonannya untuk pendaftaran telah ditolak di bawah subseksyen (8).

Amalan oleh pengamal

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Hanya warganegara atau pemastautin tetap Malaysia layak untuk didaftarkan sebagai pengamal berdaftar.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang mahu supaya didaftarkan sebagai pengamal berdaftar boleh memohon kepada Lembaga dan permohonan itu hendaklah disokong dengan bukti dokumentar bahawa dia memiliki kepakaran dan pengalaman yang diperlukan untuk mengamal bidang geologi yang berkenaan.

Suggest a correction

(4)

Lembaga boleh, semasa meluluskan pendaftaran di bawah seksyen ini, mengenakan apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(5)

Pengerusi hendaklah memberitahu pemohon tentang keputusan Lembaga dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permohonan diterima.

Suggest a correction

(6)

Jika mana-mana orang sedemikian tidak didaftarkan di bawah Akta ini selepas tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah disifatkan sebagai seorang ahli geologi profesional tidak berdaftar dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi orang itu seolah-olah orang itu merupakan ahli geologi profesional tidak berdaftar.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 689

Amalan oleh ahli geologi asing

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang ahli geologi asing boleh ditimbangkan bagi pendaftaran sebagai seorang ahli geologi asing berdaftar jika dia memuaskan hati Lembaga bahawa—

(a)

dia memiliki kelayakan yang perlu yang diiktiraf bagi amalan geologi sebagai seorang ahli geologi profesional dalam negara tempat dia biasa menjalankan amalan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pengerusi boleh, dengan persetujuan secara bertulis sekurang-kurangnya dua pertiga anggota Lembaga, secara bertulis meluluskan pendaftaran mana-mana ahli geologi asing.

Suggest a correction

(4)

Pengerusi boleh, semasa meluluskan pendaftaran di bawah subseksyen (3), mengenakan apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(5)

Pengerusi boleh meluluskan pendaftaran seseorang ahli geologi asing bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun kalendar dan boleh membaharui pendaftaran itu mengikut subseksyen (3)

sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(6)

Pengerusi hendaklah memberitahu ahli geologi asing itu tentang keputusan Lembaga dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh permohonan diterima.

Suggest a correction

(7)

Tanpa menjejaskan seksyen 33, Pengerusi boleh, dengan persetujuan secara bertulis dua pertiga anggota Lembaga, membatalkan pendaftaran seseorang ahli geologi asing berdaftar dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada ahli geologi itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

Ahli Geologi 25

Suggest a correction

(8)

Apabila pendaftaran seorang ahli geologi asing berdaftar dibatalkan di bawah subseksyen (7), ahli geologi asing yang berkenaan hendaklah berhenti menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini tetapi dia berhak mendapatkan di mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj, saraan atau balasan dalam apa-apa bentuk lain bagi perkhidmatan yang diberikannya sebelum tarikh penerimaan notis daripada

Pengerusi membatalkan pendaftarannya.

Sekatan terhadap ahli geologi profesional yang tidak berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

menjalankan amalan, menjalankan urusan atau bekerja sebagai ahli geologi;

Suggest a correction

(b)

mengemukakan dirinya sebagai ahli geologi di bawah apa-apa nama, gaya atau gelaran—

Suggest a correction

(i)

yang mengandungi perkataan “ahli geologi profesional”, “ahli geologi” atau yang setara dengannya dalam apa-apa bahasa lain; atau

(ii)

yang mengandungi apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan bahawa dia seorang ahli geologi profesional atau seorang ahli geologi;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

berhak untuk menyifatkan dirinya sebagai seorang “ahli geologi professional” dan menggunakan singkatan

“P.Geol.” selepas namanya atau dengan apa-apa cara berkaitan dengan namanya;

Suggest a correction

(d)

menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan tanda, kad atau alat lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa dia seorang ahli geologi profesional atau seorang ahli geologi; atau

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 689

Suggest a correction

(e)

berhak mendapatkan di mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj, saraan atau balasan dalam apa-apa bentuk lain bagi apa-apa perkhidmatan geologi yang diberikan.

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kekecualian berkenaan dengan ahli geologi siswazah berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun subseksyen 23(1), seseorang ahli geologi siswazah berdaftar boleh, dengan kelulusan bertulis Lembaga, bekerja sebagai ahli geologi dan sekatan tentang penggunan perkataan “ahli geologi” yang disebut dalam subseksyen 23(1)

tidaklah terpakai baginya setakat pekerjaannya atas sifat sedemikian.

Seksyen 25

Kekecualian berkenaan dengan pengamal berdaftar

Open as pageSuggest a correction

Kecuali bagi sekatan terhadap penggunaan perkatan “ahli geologi profesional” yang disebut dalam subseksyen 23(1), sekatan dalam seksyen itu tidaklah terpakai kepada seorang pengamal berdaftar.

Seksyen 26

Kekecualian berkenaan dengan ahli geologi asing berdaftar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang ahli geologi asing berdaftar yang melakukan apa-apa perbuatan atau benda di bawah dan mengikut kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini yang bertentangan, disifatkan sebagai dibenarkan atau berhak untuk melakukan perbuatan atau benda itu.

Ahli Geologi 27

Pengemukaan laporan atau kajian geologi

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Hak seseorang ahli geologi profesional berdaftar, ahli geologi asing berdaftar atau pengamal berdaftar untuk menyediakan dan mengemukakan laporan atau kajian geologi kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh

Lembaga di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana ahli geologi dalam perkhidmatan awam atau dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun daripada mengemukakan laporan atau kajian geologi kepada mana-mana orang atau pihak berkuasa di Malaysia.

Suggest a correction

(5)

Menteri boleh meminda peruntukan dalam Jadual Kedua melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Suggest a correction

(6)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai bererti bahawa perkhidmatan geologi adalah perlu bagi amalan kejuruteraan bagi apa-apa maksud melainkan jika diminta secara khusus oleh seseorang jurutera profesional.

Borang dan cara permohonan bagi pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Semua permohonan bagi pendaftaran di bawah Akta ini hendaklah dibuat kepada Lembaga dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 689

Seksyen 29

Pelantikan dan tugas Pendaftar

Open as pageSuggest a correction

Lembaga boleh melantik seorang Pendaftar Ahli Geologi yang hendaklah berada di bawah kawalan dan arahan am Lembaga dan yang tugasnya hendaklah termasuk—

(a)

menandatangani semua perakuan pendaftaran dan perintah

Lembaga; dan

Suggest a correction

(b)

merekodkan semua catatan pendaftaran, penggantungan, pembatalan, pemotongan dan kemasukan semula dalam

Daftar.

Perakuan pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap perakuan pendaftaran hendaklah tamat tempohnya pada 31 Disember tahun perakuan pendaftaran itu dikeluarkan dan hendaklah selepas itu boleh dibaharui secara tahunan setelah dibayar fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Dalam apa-apa prosiding, sesuatu perakuan pendaftaran hendaklah menjadi bukti muktamad bahawa orang yang dinamakan dalamnya didaftarkan di bawah Akta ini.

Pendaftar hendaklah menyiarkan Daftar dan butir-butir

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar boleh menyiarkan secara tahunan dan menawarkan untuk jualan salinan Daftar.

Ahli Geologi 29

Pemberitahuan mengenai pertukaran alamat

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar yang tanpa alasan yang munasabah tidak memberikan pemberitahuan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

PENGGANTUNGAN, PEMBATALAN, PEMOTONGAN

Suggest a correction

DAN KEMASUKAN SEMULA

Penggantungan atau pembatalan pendaftaran

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau keburukan akhlak di Malaysia atau di tempat lain;

Suggest a correction

(b)

jika dia menawarkan atau menerima apa-apa komisen yang pada pendapat Lembaga merupakan suatu komisen haram;

Suggest a correction

(c)

jika semasa bertindak atas sifat profesionalnya, dia pada masa yang sama tanpa mendedahkan fakta itu secara bertulis kepada pelanggannya, merupakan seorang pengarah atau anggota atau pemegang syer substantial dalam atau ejen bagi mana-mana syarikat, firma atau perniagaan, atau mempunyai apa-apa kepentingan kewangan dalam syarikat, firma atau perniagaan, yang dengannya dia berurusan bagi pihak pelanggannya;

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 689

Suggest a correction

(d)

jika pendaftarannya di bawah Akta ini telah diperoleh dengan cara fraud atau salah nyataan atau disebabkan oleh apa-apa kesilapan atau kekhilafan yang dibuat oleh Lembaga dalam menimbangkan permohonan bagi pendaftaran;

Suggest a correction

(e)

jika kelayakannya di bawah seksyen 20 telah ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang melaluinya kelayakan itu diperoleh atau yang olehnya kelayakan itu diawardkan;

Suggest a correction

(f)

jika kebenaran di bawah subseksyen 26(1) telah ditarik balik atau dibatalkan;

Suggest a correction

(g)

jika dia didapati tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugas profesionalnya atau dia menjadi bankrap;

Suggest a correction

(h)

jika dia didapati oleh Lembaga telah melanggar Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(i)

jika dia tidak mematuhi apa-apa syarat atau sekatan yang tertakluk kepadanya dia didaftarkan;

Suggest a correction

(j)

jika dia didapati bersalah oleh Lembaga atas apa-apa perbuatan atau kelakuan yang pada pendapat Lembaga adalah mengaibkan atau keji; atau

Suggest a correction

(k)

jika dia tidak menunaikan kewajipan profesionalnya dengan kemahiran, ketelitian dan ketekunan yang sewajarnya.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Lembaga boleh—

(a)

mengeluarkan suatu amaran bertulis atau celaan kepada ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan;

Suggest a correction

(b)

memerintahkan ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan supaya membayar denda yang tidak melebihi lima ribu ringgit;

Ahli Geologi 31

Suggest a correction

(c)

memerintahkan penggantungan pendaftaran ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun;

Suggest a correction

(d)

memerintahkan pembatalan pendaftaran ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan; atau

Suggest a correction

(e)

mengenakan apa-apa gabungan sanksi yang dinyatakan dalam perenggan (a) hingga (d) yang sesuai atas ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Lembaga tidak boleh membuat perintah di bawah subseksyen (2)

melainkan jika—

(a)

suatu pendengaran telah diadakan mengenai alasan aduan terhadap ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan yang dikatakan telah menyebabkan, menyumbang kepada atau telah menjadi pihak kepada alasan aduan itu, yang dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah bilangan anggota Lembaga;

dan

Suggest a correction

(b)

suatu peluang untuk didengar telah diberikan kepada ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan itu sendiri atau melalui seorang peguam bela dan peguam cara.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Lembaga boleh, jika difikirkannya patut, menggantung pendaftaran mana-mana ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar bagi suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan sementara menanti selesai apa-apa siasatan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(5)

Apabila Lembaga menggantung pendaftaran seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar di bawah perenggan (2)(c) atau subseksyen (4), atau membatalkan pendaftaran seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen 40(2), ahli geologi atau pengamal yang berkenaan hendaklah berhenti menjalankan apa-apa hak atau keistimewaan yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini tetapi dia berhak mendapatkan di mana-mana mahkamah apa-apa fi, caj, saraan atau balasan dalam apa-apa bentuk lain bagi perkhidmatan yang diberikannya sebelum tarikh penerimaan notis daripada

Lembaga menggantung atau membatalkan pendaftarannya.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 689

Suggest a correction

(6)

Sesuatu perintah Lembaga di bawah perenggan (2)(c) atau 2(d) atau subseksyen (4) hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa

Inggeris yang mempunyai edaran seluruh negara.

Pemotongan daripada Daftar

Suggest a correction

Seksyen 34

Maka hendaklah dipotong daripada Daftar nama dan butir-butir lain—

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang telah meninggal dunia;

Suggest a correction

(b)

mana-mana ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang tidak membaharui pendaftarannya dalam masa satu bulan dari tarikh tamat tempoh pendaftarannya; atau

Suggest a correction

(c)

mana-mana ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang pendaftarannya telah dibatalkan.

Kemasukan semula

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar kerana tidak membaharui pendaftarannya bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun hendaklah dimasukkan semula namanya sebaik sahaja dia memberitahu Pendaftar tentang hasratnya supaya namanya dimasukkan semula dan setelah dia membayar fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang tidak membaharui pendaftarannya bagi suatu tempoh yang melebihi tiga tahun berturut-turut boleh dimasukkan semula namanya jika Lembaga berpuas hati dengan sebab-sebab bagi kemasukan semula dan setelah fi yang ditetapkan dibayar.

Ahli Geologi 33

Suggest a correction

(4)

Seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar menurut suatu perintah

Lembaga di bawah perenggan 33(2)(d) dan tidak membuat rayuan terhadap perintah itu atau rayuannya telah ditolak atau ditarik balik boleh memohon kemasukan semula selepas tamat tempoh yang tidak kurang daripada enam bulan dari tarikh perintah pembatalan, atau dari tarikh keputusan rayuan atau dari tarikh rayuan ditarik balik, mengikut mana-mana tarikh yang terkemudian.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud subseksyen (4) Lembaga boleh, setelah menerima permohonan daripada seseorang ahli geologi atau pengamal yang pendaftarannya telah digantung di bawah perenggan 33(2)(c) atau dibatalkan di bawah perenggan 33(2)(d), memasukkan semula pendaftarannya jika Lembaga berpuas hati bahawa—

(a)

sebab yang membawa kepada penggantungan atau pembatalan pendaftaran tidak wujud lagi; dan

Suggest a correction

(b)

ahli geologi atau pengamal yang berkenaan, pada masa permohonan, mematuhi terma, syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga pada masa pendaftaran asal.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1) hingga (5), Lembaga boleh, setelah menerima keterangan yang memuaskan mengenai sebab yang wajar bagi kemasukan semula dan setelah dibayar ganti kepada Lembaga segala perbelanjaan yang ditanggung oleh

Lembaga berbangkit daripada prosiding yang membawa kepada pembatalan pendaftaran dan setelah dibayar fi yang ditetapkan bagi perakuan pendaftaran, mendaftarkan semula ahli geologi atau pengamal yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(7)

Dalam memasukkan semula pendaftaran seseorang ahli geologi atau pengamal di bawah seksyen ini, Lembaga boleh mengenakan apa-apa terma, syarat dan sekatan tambahan sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(8)

Sesuatu perintah Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian dalam bahasa kebangsaan dan satu dalam bahasa Inggeris yang mempunyai edaran seluruh negara.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 689

Perakuan hendaklah dikembalikan

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Seseorang ahli geologi berdaftar atau seseorang pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada Daftar hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas ahli geologi atau pengamal itu diberitahu melalui pos berdaftar tentang pemotongan itu, menyerahkan balik kepada Lembaga perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini.

Bahagian V

Bahagian V

KESALAHAN DAN PENALTI

Suggest a correction

Pelantikan dan kuasa Inspektor

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Fungsi seseorang Inspektor ialah—

(a)

memastikan bahawa ahli geologi berdaftar dan pengamal berdaftar mematuhi peruntukan Akta ini;

Suggest a correction

(b)

menerima dan menimbangkan apa-apa laporan tentang pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat laporan itu; dan

Suggest a correction

(i)

apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;

(ii)

apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika seseorang Inspektor mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis atau berkaitan dengan apa-apa perniagaan yang dijalankan dalam mana-mana premis, dia hendaklah memohon kepada Majistret bagi mendapatkan suatu waran yang memberi kuasa kepadanya untuk masuk dan menggeledah premis yang berkenaan.

Ahli Geologi 35

Suggest a correction

(4)

Jika seseorang Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang didapati perlu oleh Majistret itu, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa mana-mana Inspektor yang dinamakan di dalam waran itu untuk masuk ke dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah dan menggeledah dan memeriksa premis itu dan memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada atau menyita apa-apa buku, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Suggest a correction

(5)

Seseorang Inspektor yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4) boleh menghendaki mana-mana orang yang menjalankan atau menguruskan apa-apa perniagaan di premis yang berkenaan mengemukakan untuk pemeriksaan Inspektor apa-apa perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepada orang itu atau, dalam hal seseorang pekerja, yang dikeluarkan kepada majikannya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(6)

Seseorang Inspektor yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4) hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya Inspektor itu bertindak atau yang daripadanya Inspektor itu menghendaki apa-apa maklumat kad kuasanya yang diarahkan oleh Menteri supaya dibawa oleh Inspektor itu.

Suggest a correction

(7)

Seseorang Inspektor yang menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4) boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan yang didapatinya perlu.

Suggest a correction

(8)

Jika apa-apa buku, dokumen atau benda lain disita di bawah subseksyen (4), Inspektor yang menyita hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta-merta menyerahkan sesalinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada penghuni premis yang digeledah atau kepada ejen atau pekerjanya di premis itu dan jika premis itu tidak dihuni, Inspektor yang menyita hendaklah bilamana boleh melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.

Suggest a correction

(9)

Seseorang yang menghalang atau merintangi seseorang

Inspektor dalam menjalankan tugasnya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 689

Sekatan ke atas pengambilan khidmat orang yang tidak berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Penalti kerana memperoleh pendaftaran dengan dakwaan palsu, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 39

Seseorang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

memperoleh atau cuba untuk memperoleh pendaftaran atau perakuan pendaftaran di bawah Akta ini dengan secara sedar membuat atau menghasilkan atau menyebabkan supaya dibuat atau dihasilkan apa-apa akuan, perakuan, permohonan atau representasi palsu atau tipuan sama ada secara bertulis atau selainnya;

Suggest a correction

(b)

dengan sengaja membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa catatan palsu dalam Daftar;

Suggest a correction

(c)

memalsukan, mengubah atau melancung apa-apa perakuan pendaftaran di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

menggunakan apa-apa perakuan pendaftaran yang dipalsukan, diubah atau dilancung di bawah Akta ini dengan mengetahui bahawa perakuan itu telah dipalsukan, diubah atau dilancung;

Suggest a correction

(e)

menyamar sebagai seorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar;

Ahli Geologi 37

Suggest a correction

(f)

membeli atau secara fraud memperoleh suatu perakuan pendaftaran di bawah Akta ini yang dikeluarkan kepada orang lain; atau

Suggest a correction

(g)

menjual apa-apa perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kegagalan untuk mematuhi perintah

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1), Lembaga boleh apabila seseorang ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar disabitkan di bawah subseksyen (1) membatalkan dengan serta-merta pendaftaran ahli geologi berdaftar atau pengamal berdaftar yang berkenaan.

Penalti am

Suggest a correction

Seksyen 41

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 42

Persubahatan dan percubaan boleh dihukum sebagai kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan bagi atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu tetapi apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi satu per dua daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Kesalahan oleh pekongsi, ejen atau pekerja

Suggest a correction

Seksyen 43

Akta 689

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekerjanya melainkan jika dia membuktikan—

(a)

bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu.

Pemulaan pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.

Seksyen 45

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan itu.

Ahli Geologi 39

Perlindungan Lembaga, dsb.

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seksyen ini tidak terpakai bagi kuasa yang diberikan kepada

Lembaga di bawah subseksyen 4(3) atau bagi apa-apa kuasa untuk membuat kontrak yang dijalankan oleh Lembaga.

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(2)

Wang yang diterima oleh Lembaga di bawah Akta ini hendaklah digunakan seperti yang berikut:

(a)

untuk membayar belanja pendaftaran dan apa-apa belanja lain yang dilakukan dalam pentadbiran Akta ini, termasuklah apa-apa belanja Lembaga yang boleh dibenarkan di bawah apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

untuk mengadakan biasiswa dan untuk menggalakkan pembelajaran dan pendidikan dalam bidang geologi.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Wang yang tidak diperlukan dengan segera oleh Lembaga boleh dilaburkan dalam sekuriti pemegang amanah yang boleh ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri atau disimpan sebagai simpanan tetap dalam bank yang boleh ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta 689

Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 48

Open as pageSuggest a correction

(b)

telah didaftarkan tetapi tidak berpuas hati dengan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Lembaga di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

setelah didaftarkan telah dipotong namanya daripada

Daftar menurut perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen 33; atau

Suggest a correction

(d)

tidak berpuas hati dengan apa-apa perintah yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen 33, boleh, dalam masa dua puluh satu hari setelah diberitahu sedemikian, merayu kepada Menteri, yang kemudiannya hendaklah membuat keputusan.

Suggest a correction

(2)

Notis rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis dan sesalinan notis rayuan itu hendaklah dihantar kepada Pengerusi.

Suggest a correction

(3)

Keputusan Menteri tentang sesuatu rayuan di bawah subseksyen (1) adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Pewakilan dalam prosiding sivil

Suggest a correction

Seksyen 49

Walau apa pun dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap Lembaga; atau

Ahli Geologi 41

Suggest a correction

(b)

dalam apa-apa prosiding sivil yang lain yang Lembaga dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau untuk didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga bagi maksud itu boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan prosiding itu atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan segala perbuatan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Lembaga.

Peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(a)

menetapkan cara untuk memohon pendaftaran, kebenaran dan kelulusan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara pendaftaran dan pemberian kebenaran, syarat dan sekatan yang hendaklah dikenakan dan bentuk perakuan, kebenaran dan kelulusan;

Suggest a correction

(c)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi dan caj itu;

Suggest a correction

(d)

mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana kegiatan Lembaga dan pada amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(e)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.

Undang-Undang Malaysia 42

Akta 689

Suggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Kecualian mengenai hak Kerajaan

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini terpakai bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh atau di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri.

Seksyen 52

Pencegahan anomali

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) selepas tamat tempoh dua tahun dari tarikh yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang sedia ada.

Ahli Geologi 43

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Seksyen 7]

TATACARA LEMBAGA

Mesyuarat

1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun pada masa dan di tempat yang ditetapkan oleh Pengerusi.

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Lembaga.

(3)

Lima orang anggota yang daripadanya sekurang-kurangnya dua orang hendaklah merupakan anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(c) atau 6(2)(c) dan sekurang-kurangnya dua orang hendaklah merupakan anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d) atau 6(2)(d) yang hadir pada mana-mana mesyuarat Lembaga hendaklah membentuk kuorum.

(4)

Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak kepada satu undi.

(5)

Jika tentang sesuatu persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat

2. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga.

Minit

3. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disimpan dan disenggarakan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya tanpa bukti selanjutnya.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 689

Tatacara

4. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Penzahiran kepentingan

5. (1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau perusahaan yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan kepada Lembaga fakta dan jenis kepentingannya itu.

(2)

Sesuatu penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, selepas penzahiran itu, anggota yang mempunyai kepentingan dalam perkara itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga; dan

(b)

tidak boleh diambil kira bagi maksud membentuk kuorum Lembaga.

(3)

Tiada tindakan atau prosiding Lembaga boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga telah melanggar peruntukan perenggan ini.

Kesahan perbuatan dan prosiding

6. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah

Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;

(b)

ada pelanggaran peruntukan perenggan 5 oleh mana-mana anggota

Lembaga; atau

(c)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga

7. Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan

Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.

Setiausaha

8. Lembaga boleh melantik setiausaha Lembaga yang tidak menjadi anggota

Lembaga.

Ahli Geologi 45

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Seksyen 21 dan 27]

BIDANG GEOLOGI

(a)

geofizik

(b)

geokimia

(c)

geokronologi

(d)

geologi alam sekitar

(e)

geologi ekonomi

(f)

geologi kejuruteraan

(g)

geologi marin

(h)

geologi petroleum

(i)

geologi rantau

(j)

geologi struktur dan tektonik

(k)

hidrogeologi

(l)

pencarigalian dan penjelajahan

(m)

mineralogi

(n)

petrologi

(o)

stratigrafi dan paleontologi

(p)

sains geologi selain yang dinyatakan dalam butiran (a) hingga (o)

Undang-Undang Malaysia 46

Akta 689

Akta 689

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Ahli Geologi 47

Akta 689

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

—TIADA—

Common questions

What is GEOLOGISTS ACT 2008?
*AKTA AHLI GEOLOGI 2008 is Malaysia Act, cited as Act 689 2008, currently marked in force and first recorded in 2008.
Is GEOLOGISTS ACT 2008 still in force?
Yes — GEOLOGISTS ACT 2008 is currently in force.
When did GEOLOGISTS ACT 2008 take effect?
GEOLOGISTS ACT 2008 was first recorded in 2008.
How many sections does GEOLOGISTS ACT 2008 have?
GEOLOGISTS ACT 2008 contains 52 sections.
Where can I read the official version of GEOLOGISTS ACT 2008?
The official text of GEOLOGISTS ACT 2008 is published at lom.agc.gov.my.