Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983

Seksyen 16

Kaedah-kaedah

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan mengenai—

(a)

perkara yang berhubungan dengan terbitan pelaburan, permohonan mendapatkan pelaburan, pembayaran pulangan atas pelaburan, dan pembayaran balik pelaburan bila matang;

(b)

tatacara dan amalan yang berhubungan dengan pelaksanaan mana-mana peruntukan Akta ini oleh mana-mana orang;

(c)

borang berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini;

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 275

(d)

caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada Bank, dan caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada sesuatu institusi pendeposit, berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini; dan

(e)

perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan peruntukan peralihan yang terkandung di dalam seksyen 16 Akta

Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 1990 [Akta A749].

Liabiliti Kerajaan berkenaan dengan pelaburan