Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Pendanaan Kerajaan 1983.
/akn/my/act/act/1983/275
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PENDANAAN KERAJAAN 1983 is Malaysia Act, cited as Act 275 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Pendanaan Kerajaan 1983.
Tafsiran
mana-mana bank berlesen, bank saudagar berlesen, syarikat kewangan berlesen, atau syarikat diskaun berlesen, sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Akta
Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
(aa) mana-mana institusi yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perbandakan Islam di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];
mana-mana kumpulan wang, skim, organisasi, pertubuhan perbadanan atau tidak diperbadankan, atau mana-mana orang lain, sebagaimana yang dinyatakan secara bertulis oleh Menteri;
“institusi pelaburan peserta” ertinya suatu institusi kewangan yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 9A(1);
“institusi pelaburan utama” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dilantik oleh Bank di bawah subseksyen 9A(2);
“institusi pendeposit” ertinya suatu institusi pelaburan peserta yang dibenarkan oleh Bank di bawah subseksyen 9B(1);
“Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 16B(1) Akta Bank Negara
Malaysia 1958;
Pendanaan Kerajaan 7
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“pelaburan” ertinya wang yang dibayar oleh mana-mana orang di bawah seksyen 3 dan 5;’
“pelanggan pelaburan”
ertinya seseorang yang membuat pemindahan atau mengambil pemindahan pelaburan di bawah subseksyen 9B(2);
“pemberitahuan” ertinya suatu notis yang mempelawa permohonan atau tawaran untuk melanggan atau membeli sesuatu surat cara;
“pulangan” termasuklah apa-apa bentuk penyewaan, keuntungan, dividen atau manfaat, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau diberikan yang berhubung dengan surat cara itu;
“surat cara” ertinya mana-mana surat cara yang dibuat dan diterbitkan di bawah Akta ini mengikut prinsip Syariah.
Jika apa-apa rekod atau akaun perlu disenggarakan di bawah
Akta ini oleh Bank atau oleh mana-mana institusi pelaburan peserta, yang bertindak sama ada atas sifatnya sebagai institusi pelaburan utama atau institusi pendeposit atau selainnya, rekod atau akaun itu hendaklah disenggarakan mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang ditentukan atau ditetapkan oleh Bank, termasuk penyenggaraannya secara bertulis atau dalam apa-apa bentuk rakaman tampak (sama ada berbentuk imej pegun atau bergerak), atau apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal, atau apa-apa jua rakaman lain, pada apa-apa bahan, material, benda atau artikel.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
Surat cara yang diterbitkan hendaklah mengikut prinsip Syariah
Mana-mana surat cara yang diterbitkan di bawah Akta ini hendaklah mengikut prinsip Syariah sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah.
Kuasa Menteri untuk menerima pelaburan
Tertakluk kepada seksyen 2A, sesuatu surat cara boleh dibuat dan diterbitkan dengan apa-apa kaedah atau dengan apa-apa perkiraan atau dengan membuat apa-apa urus niaga dengan mana-mana orang lain mengikut apa-apa cara atau bentuk sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Jumlah amaun wang yang diterima di bawah subseksyen (1)
yang tidak dibayar balik pada mana-mana satu masa hendaklah tidak lebih daripada suatu amaun yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah, dengan secepat yang mungkin selepas siarannya, dibentangkan dalam Dewan
Rakyat.
Pendanaan Kerajaan 9
Penggunaan wang
Wang yang diterima di bawah subseksyen 3(1) hendaklah digunakan, dan adalah dengan ini diperuntukkan, bagi maksud yang berikut:
untuk membayar balik wang yang diterima sedemikian, hingga takat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri;
untuk membayar, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Dewan Rakyat yang dinyatakan melalui ketetapan, ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara
Kewangan 1957 [Akta 61], bagi maksud Kumpulan Wang itu.
Tempoh pelaburan
Sesuatu pelaburan di bawah subseksyen 3(1) hendaklah dibuat untuk suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri; dan pada akhir tempoh tersebut wang yang dilaburkan sedemikian hendaklah dibayar balik mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Terma dan syarat bagi penerbitan surat cara
Terma dan syarat bagi sesuatu surat cara hendaklah termasuk perkara yang berikut:
apa-apa terma dan syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank.
Sijil pelaburan
Tiap-tiap pelaburan hendaklah diterima oleh Bank bagi pihak
Menteri, dan Menteri hendaklah mengeluarkan kepada Bank, suatu sijil pelaburan sebagai resit pelaburan tersebut yang hendaklah mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, apabila amaun maksimum sesuatu terbitan pelaburan yang ditetapkan olehnya di bawah subseksyen 3(1) telah dilaburkan dengan Bank.
Pemindahan pelaburan
Tiap-tiap pelaburan, atau mana-mana bahagian daripadanya, boleh dipindahkan mengikut peruntukan Akta ini dan tidaklah boleh mengikut apa-apa cara lain.
Pulangan
Pulangan yang kena dibayar atau kena diberikan atas apa-apa pelaburan yang diterima hendaklah mengikut terma dan syarat surat cara itu.
Bayaran
Pada tarikh matang sesuatu pelaburan, atau pada mana-mana tarikh sebagimana yang selainnya diperuntukkan dalam terma dan syarat surat cara itu, apa-apa jumlah wang yang ada bagi pembayaran atas pelaburan itu hendaklah dibayar mengikut terma dan syarat itu.
Pendanaan Kerajaan 11
Institusi pelaburan peserta dan institusi pelaburan utama
Bank boleh melantik secara bertulis mana-mana institusi pelaburan peserta untuk menjadi institusi pelaburan utama.
Hanya sesuatu institusi pelaburan utama boleh membuat pelaburan dengan Bank, dan Bank hendaklah menyenggara suatu catatan dalam rekodnya mengenai tiap-tiap pelaburan tersebut.
Sesuatu institusi pelaburan peserta hendaklah menyenggara suatu akaun tunggal dengan Bank—
mengenai semua pemindahan pelaburan kepadanya oleh suatu institusi pelaburan peserta lain atau olehnya sendiri kepada suatu institusi pelaburan peserta lain; dan
jika institusi pelaburan peserta telah dilantik sebagai institusi pelaburan utama di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dimasukkan ke dalam akaun tunggal yang disebut dalam perenggan (a) suatu akaun mengenai semua pelaburannya di bawah subseksyen (3).
Bank hendaklah membayar pulangan kepada institusi pelaburan peserta itu atas setiap pelaburannya yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (4) pada tarikh pulangan itu menjadi kena dibayar di bawah seksyen 8, dan hendaklah membayar kepada institusi itu setiap pelaburan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (4) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9.
Bank hendaklah menyenggara rekod mengenai akaun sesuatu institusi pelaburan peserta, dan rekod tersebut hendaklah menjadi keterangan tunggal dan muktamad tentang kedudukan akaun itu, dan segala butir dan butir terperinci mengenainya, dan rekod tersebut hendaklah mengikat Bank, institusi pelaburan peserta dan mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
Institusi pendeposit
Mana-mana orang, selain institusi pelaburan peserta, yang berhasrat sama ada untuk membuat pemindahan atau mengambil pemindahan pelaburan hendaklah melakukan sedemikian hanya melalui institusi pendeposit.
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara dengan
Bank, sebagai tambahan kepada akaun yang disenggarakannya di bawah subseksyen 9A(4), suatu akaun tunggal berasingan berkenaan dengan semua pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2).
Bank hendaklah membayar pulangan kepada sesuatu institusi pendeposit atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun institusi pendeposit di bawah subseksyen (3) pada tarikh pulangan itu menjadi kena dibayar di bawah seksyen 8, dan hendaklah membayar kepada institusi itu pelaburan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (3) pada tarikh matang pelaburan masing-masing di bawah seksyen 9, dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan tiap-tiap pemindah dan penerima pindahan yang menjadi pihak dalam mana-mana pemindahan yang dilaksanakan melalui institusi pendeposit itu di bawah subseksyen (2), kecuali jika akaun pelanggan berkenaan dengan seseorang penerima pindahan disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit lain, dan dalam hal yang demikian institusi pendeposit yang pertama disebut itu hendaklah menyebabkan pelaburan tersebut dipindahkan ke dalam akaun penerima pindahan dengan institusi pendeposit yang kedua disebut itu.
Jika pemindahan sesuatu pelaburan dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (2), Bank boleh menghendaki mana-mana institusi pendeposit supaya mengeluarkan suatu resit pemakluman
Pendanaan Kerajaan 13
Opening note
Sesuatu resit permakluman yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) tidaklah boleh diniagakan atau diuruskan mengikut apa-apa cara jua pun, dan hendaklah digunakan semata-mata antara institusi pendeposit yang mengeluarkannya dengan pelanggan pelaburan yang kepadanya ia dikeluarkan sebagai keterangan tentang pemindahan pelaburan di bawah subseksyen (2) yang berhubungan dengannya.
Jika amaun dalam akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit dengan Bank di bawah subseksyen (3) adalah terjejas disebabkan oleh pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2), institusi pendeposit itu hendaklah memaklumkan dengan serta-merta kepada Bank maklumat tentang apa-apa perubahan tentang amaun yang disebabkan oleh pemindahan tersebut.
Tugas dan obligasi institusi pendeposit berhubung dengan pemindahan yang dilaksanakan di bawah subseksyen 9B(2)
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah mengeluarkan kepada setiap pelanggan pelaburannya suatu penyata bulanan mengikut apa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Sesuatu penyata bulanan hendaklah menjadi keterangan tunggal tentang pelaburan yang dipegang oleh pelanggan pelaburan di akhir bulan yang berkenaan dengannya ia dikeluarkan.
Suatu institusi pendeposit hendaklah membayar kepada pelanggan pelaburan—
pulangan atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun pelangan pelaburan itu, dan pembayaran itu hendaklah
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 8;
dan
apa-apa jumlah yang kena dibayar atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun pelanggan pelaburan itu, dan pembayaran itu hendaklah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 9.
Pelaburan yang diuruskan oleh sesuatu institusi pendeposit berkenaan dengan apa-apa pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen 9B(2) hendaklah diuruskan semata-mata dan khusus mengikut cara, dan bagi maksud, yang diperuntukkan di bawah seksyen 9B, dan tidaklah boleh diuruskan atau digunakan oleh institusi pendeposit mengikut apa-apa cara, atau bagi apa-apa maksud lain jua pun.
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah memberi kepada Bank apa-apa penyata, butir terperinci, butir atau maklumat berhubung dengan akaun yang disenggarakan olehnya di bawah subseksyen (1)
berkenaan dengan setiap pelanggan pelaburan, atau pelanggan pelaburannya secara am, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank secara bertulis dari semasa ke semasa.
Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa dan mengambil salinan akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit di bawah seksyen ini, termasuk akaun berkenaan dengan mana-mana pelanggan pelaburan tertentu atau apa-apa rekod atau akaun lain yang berhubungan dengan atau melibatkan apa-apa pelaburan di bawah Akta ini, dan institusi pendeposit itu, dan tiap-tiap pengarah, pegawai, pekerja, pekhidmat atau ejen institusi pendeposit itu hendaklah memberi kepada pegawai Bank tersebut segala buku, rekod, surat-menyurat atau apa-apa dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai tersebut, dan hendaklah memberikannya segala bantuan sebagaimana yang dikehendakinya.
Akaun seseorang pelanggan pelaburan yang disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi rahsia di antara institusi itu dengan pelanggan pelaburan dan
Pendanaan Kerajaan 15
tidaklah boleh dizahirkan oleh institusi pendeposit itu kepada mana-mana orang kecuali kepada Bank, termasuk pegawai Bank yang disebut dalam subseksyen (7), melainkan jika penzahiran itu adalah dibenarkan secara bertulis oleh pelanggan pelaburan itu.
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah secara mutlak dan sepenuhnya bertanggungjawab dan bertanggungan kepada pelanggan pelaburannya berkenaan dengan semua pemindahan yang diambil atau dibuat oleh pelanggan pelaburan melalui institusi pendeposit tersebut di bawah subseksyen 9B(2).
Sesuatu institusi pendeposit tidaklah boleh menghendaki seseorang pelanggan pelaburan membayar apa-apa caj, fi, atau apa-apa bayaran lain berkenaan dengan apa-apa perkara yang diuruskan olehnya berhubung dengan seseorang pelanggan pelaburan di bawah
Akta ini, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 16.
Kuasa Bank untuk meminta maklumat, memeriksa dan mengambil salinan
Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa atau mengambil salinan mana-mana akaun, rekod, buku, atau apa-apa dokumen lain yang disenggarakan oleh institusi pelaburan peserta di bawah Akta ini.
Pemeliharaan rahsia oleh Bank
Tanpa menjejaskan seksyen 16A Akta Bank Negara Malaysia 1958, apa-apa maklumat dalam milik Bank menurut kuasa mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah menjadi rahsia antara Bank dengan
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
orang yang kepadanya ia dimaksudkan atau yang daripadanya ia diperolehi dan tidaklah boleh dizahirkan kecuali dengan keizinan orang itu.
Pelaburan dan pulangan dipertanggungkan kepada Kumpulan
Wang Disatukan
Wang yang dimaksudkan oleh pelaburan, dan pulangannya adalah dengan ini dipertanggungkan kepada dan adalah kena dibayar dari
Kumpulan Wang Disatukan.
Dokumen atau surat cara pelaburan tidak dikenakan duti setem
Tiada duti setem boleh dilevi atau kena dibayar ke atas apa-apa dokumen atau surat cara yang berhubungan dengan apa-apa pelaburan atau pemindahannya.
Bank hendaklah bertindak bagi pihak Menteri dan kuasa
Menteri untuk menggantikan Bank dengan Akauntan Negara
Akta ini hendaklah dilaksanakan, dijalankan dan ditunaikan oleh
Bank bagi pihak Menteri, dengan syarat bahawa Menteri boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan semua atau mana-mana fungsi, kuasa atau tugas Bank dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh Akauntan Negara, dan Menteri boleh melalui perintah tersebut membuat apa-apa ubah suaian, penyesuaian dan pindaan kepada peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu untuk memberi kesan kepada pelaksanaan, perjalanan dan penunaian tersebut oleh Akauntan Negara.
Catatan palsu, dsb., dalam buku, dokumen, dsb.
Tiada seorang pun boleh, dengan niat untuk memperdaya—
meninggalkan daripada membuat, atau menyebabkan ditinggalkan daripada dibuat, sesuatu catatan; atau
mengubah, mengeluarkan, menyembunyikan atau memusnahkan, atau menyebabkan diubah, dikeluarkan, disembunyikan, atau dimusnahkan, apa-apa catatan, dalam apa-apa buku atau rekod, atau dalam apa-apa laporan, helaian kertas, penyata atau apa-apa dokumen lain apa-apa jua pun, yang berhubungan dengan perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, harta, aset, liabiliti, atau akaun mana-mana institusi pelaburan peserta, atau mana-mana institusi pelaburan utama, atau mana-mana institusi pendeposit, ataupun Bank.
Pelanggaran Akta, penalti baginya dan liabiliti jenayah institusi, pengarah, dsb.
Pendanaan Kerajaan 17
jika jumlah wang menjadi hal perkara kesalahan itu, sepuluh kali ganda jumlah tersebut, mengikut mana-mana yang lebih besar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, atau kedua-dua denda dan penjara:
Dengan syarat bahawa jika orang yang didapati melakukan kesalahan itu adalah suatu pertubuhan diperbadankan, hukuman penjara yang tersebut di atas tidaklah terpakai baginya.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi yang disebut dalam subseksyen (1), mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu atau berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau telah dengan apa-apa jua cara atau setakat apa-apa jua bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal-ehwal institusi tersebut, atau telah membantu dalam pengurusan tersebut, melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya, memandang kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.
Jika mana-mana orang (kemudian daripada ini disebut
“prinsipal” dalam subseksyen ini) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu:
Dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh kerani atau pekhidmat prinsipal itu dalam menjalankan kerjanya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh kerani atau pekhidmat ejen itu dalam penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), jika sesuatu institusi yang disebut dalam subseksyen (1) adalah suatu institusi kewangan di bawah perenggan (b) atau (c) dalam takrif “institusi kewangan” di bawah subseksyen 2(1), ia tidaklah boleh didakwa bagi apa-apa kesalahan yang dilakukannya di bawah subseksyen (1), atau dikenakan hukuman atau penalti di bawah subseksyen (3).
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh dianggap sebagai menghalang pendakwaan, pensabitan dan penghukuman mana-mana orang mengikut peruntukan mana-mana
Pendanaan Kerajaan 19
undang-undang bertulis lain; tetapi dengan sedemikian supaya tiada seorang pun boleh dihukum lebih daripada sekali bagi kesalahan yang sama.
Bagi maksud seksyen ini, “pengarah”, “pegawai” dan
“pengawal” hendaklah masing-masing mempunyai pengertian sebagaimana yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1)
Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
Liabiliti sivil tidak terjejas disebabkan pendakwaan atau ketidakpendakwaan, dsb.
Pendakwaan, atau kegagalan mendakwa, mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau pembebasan atau pelepasan mana-mana orang yang didakwa bagi sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini, tidaklah boleh, mengikut apa-apa cara atau setakat mana jua pun, menjejaskan liabiliti sivilnya kepada mana-mana orang lain yang berhubung dengan apa-apa jua yang dilakukannya di bawah Akta ini.
Kaedah-kaedah
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan mengenai—
perkara yang berhubungan dengan terbitan pelaburan, permohonan mendapatkan pelaburan, pembayaran pulangan atas pelaburan, dan pembayaran balik pelaburan bila matang;
tatacara dan amalan yang berhubungan dengan pelaksanaan mana-mana peruntukan Akta ini oleh mana-mana orang;
borang berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini;
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada Bank, dan caj, fi dan bayaran yang kena dibayar kepada sesuatu institusi pendeposit, berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini; dan
perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan peruntukan peralihan yang terkandung di dalam seksyen 16 Akta
Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 1990 [Akta A749].
Liabiliti Kerajaan berkenaan dengan pelaburan
Bagi maksud subseksyen (1), “keingkaran” termasuklah—
apa-apa pengabaian atau kegagalan dalam melaksanakan apa-apa fungsi, atau menjalankan apa-apa kuasa, atau menunaikan apa-apa tugas, di bawah Akta ini; dan
apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubung dengan apa-apa perkara yang diuruskan di bawah Akta ini, tanpa mengambil kira—
sama ada terdapat atau tidak apa-apa pendakwaan berkenaan dengan kesalahan itu; atau
Pendanaan Kerajaan 21
sama ada keingkaran tersebut dilakukan oleh institusi pelaburan peserta itu, atau oleh mana-mana pengarah, pegawai, atau pengawal
(sebagaimana perkataan itu ditakrifkan di dalam subseksyen 14(6)), atau mana-mana kerani, pekhidmat atau ejen institusi pelaburan peserta tersebut, atau mana-mana kerani atau pekhidmat kepada ejen tersebut.
(Dipotong oleh Akta A1242).
JADUAL A
(Dipotong oleh Akta A1242).
JADUAL B
(Dipotong oleh Akta A1242).
22
Akta 275
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
*Akta A749
Akta Pelaburan
Kerajaan (Pindaan)
1990
01-01-1990
Akta A1242
Akta Pelaburan
Kerajaan (Pindaan)
1990 17-06-2005
*CATATAN—Lihat seksyen 16 Akta Pelaburan Kerajaan (Pindaan) 1996 bagi peruntukan peralihan.
23
Akta 275
SENARAI SEKSYEN YANG MEMINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang
Akta A1242 17-06-2005
1
Akta A1242 17-06-2005
2
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
2A
Akta A1242 17-06-2005
3
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
5
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
5A
Akta A1242 17-06-2005
6
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
7
Akta A749 01-01-1990
8
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
9
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
9A
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
9B
Akta A749 01-01-1990
9C
Akta A749 01-01-1990
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Akta A1242 17-06-2005
9D
Akta A749 01-01-1990
9E
Akta A749 01-01-1990
10
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
11
Akta A749 01-01-1990
12
Akta A749 01-01-1990
13
Akta A749 01-01-1990
14
Akta A749 01-01-1990
15
Akta A749 01-01-1990
16
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
17
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
18
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
Jadual A
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005
Jadual B
Akta A749 01-01-1990
Akta A1242 17-06-2005