Malaysia legislation
Section 9A
Seksyen 9A
Institusi pelaburan peserta dan institusi pelaburan utama
(2)
Bank boleh melantik secara bertulis mana-mana institusi pelaburan peserta untuk menjadi institusi pelaburan utama.
(3)
Hanya sesuatu institusi pelaburan utama boleh membuat pelaburan dengan Bank, dan Bank hendaklah menyenggara suatu catatan dalam rekodnya mengenai tiap-tiap pelaburan tersebut.
(4)
Sesuatu institusi pelaburan peserta hendaklah menyenggara suatu akaun tunggal dengan Bank—
(a)
mengenai semua pemindahan pelaburan kepadanya oleh suatu institusi pelaburan peserta lain atau olehnya sendiri kepada suatu institusi pelaburan peserta lain; dan
(b)
jika institusi pelaburan peserta telah dilantik sebagai institusi pelaburan utama di bawah subseksyen (2), maka hendaklah dimasukkan ke dalam akaun tunggal yang disebut dalam perenggan (a) suatu akaun mengenai semua pelaburannya di bawah subseksyen (3).
(5)
Bank hendaklah membayar pulangan kepada institusi pelaburan peserta itu atas setiap pelaburannya yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (4) pada tarikh pulangan itu menjadi kena dibayar di bawah seksyen 8, dan hendaklah membayar kepada institusi itu setiap pelaburan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (4) sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9.
(6)
Bank hendaklah menyenggara rekod mengenai akaun sesuatu institusi pelaburan peserta, dan rekod tersebut hendaklah menjadi keterangan tunggal dan muktamad tentang kedudukan akaun itu, dan segala butir dan butir terperinci mengenainya, dan rekod tersebut hendaklah mengikat Bank, institusi pelaburan peserta dan mana-mana orang lain yang mempunyai apa-apa kepentingan di dalamnya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
Institusi pendeposit