Malaysia legislation
Section 9B
Seksyen 9B
(2)
Mana-mana orang, selain institusi pelaburan peserta, yang berhasrat sama ada untuk membuat pemindahan atau mengambil pemindahan pelaburan hendaklah melakukan sedemikian hanya melalui institusi pendeposit.
(3)
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara dengan
Bank, sebagai tambahan kepada akaun yang disenggarakannya di bawah subseksyen 9A(4), suatu akaun tunggal berasingan berkenaan dengan semua pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen (2).
(4)
Bank hendaklah membayar pulangan kepada sesuatu institusi pendeposit atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun institusi pendeposit di bawah subseksyen (3) pada tarikh pulangan itu menjadi kena dibayar di bawah seksyen 8, dan hendaklah membayar kepada institusi itu pelaburan yang terdapat dalam akaunnya di bawah subseksyen (3) pada tarikh matang pelaburan masing-masing di bawah seksyen 9, dengan apa-apa jalan dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(5)
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah menyenggara suatu akaun pelanggan berkenaan dengan tiap-tiap pemindah dan penerima pindahan yang menjadi pihak dalam mana-mana pemindahan yang dilaksanakan melalui institusi pendeposit itu di bawah subseksyen (2), kecuali jika akaun pelanggan berkenaan dengan seseorang penerima pindahan disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit lain, dan dalam hal yang demikian institusi pendeposit yang pertama disebut itu hendaklah menyebabkan pelaburan tersebut dipindahkan ke dalam akaun penerima pindahan dengan institusi pendeposit yang kedua disebut itu.
(6)
Jika pemindahan sesuatu pelaburan dibuat oleh mana-mana orang di bawah subseksyen (2), Bank boleh menghendaki mana-mana institusi pendeposit supaya mengeluarkan suatu resit pemakluman
Pendanaan Kerajaan 13