Malaysia legislation
Section 9C
Seksyen 9C
(2)
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah mengeluarkan kepada setiap pelanggan pelaburannya suatu penyata bulanan mengikut apa-apa bentuk dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
(3)
Sesuatu penyata bulanan hendaklah menjadi keterangan tunggal tentang pelaburan yang dipegang oleh pelanggan pelaburan di akhir bulan yang berkenaan dengannya ia dikeluarkan.
(4)
Suatu institusi pendeposit hendaklah membayar kepada pelanggan pelaburan—
(a)
pulangan atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun pelangan pelaburan itu, dan pembayaran itu hendaklah
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 275
dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 8;
dan
(b)
apa-apa jumlah yang kena dibayar atas setiap pelaburan yang terdapat dalam akaun pelanggan pelaburan itu, dan pembayaran itu hendaklah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 9.
(5)
Pelaburan yang diuruskan oleh sesuatu institusi pendeposit berkenaan dengan apa-apa pemindahan yang dilaksanakan melaluinya di bawah subseksyen 9B(2) hendaklah diuruskan semata-mata dan khusus mengikut cara, dan bagi maksud, yang diperuntukkan di bawah seksyen 9B, dan tidaklah boleh diuruskan atau digunakan oleh institusi pendeposit mengikut apa-apa cara, atau bagi apa-apa maksud lain jua pun.
(6)
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah memberi kepada Bank apa-apa penyata, butir terperinci, butir atau maklumat berhubung dengan akaun yang disenggarakan olehnya di bawah subseksyen (1)
berkenaan dengan setiap pelanggan pelaburan, atau pelanggan pelaburannya secara am, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, atau sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank secara bertulis dari semasa ke semasa.
(7)
Bank boleh, melalui mana-mana pegawainya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Gabenor atau Timbalan Gabenor Bank, memeriksa dan mengambil salinan akaun yang disenggarakan oleh institusi pendeposit di bawah seksyen ini, termasuk akaun berkenaan dengan mana-mana pelanggan pelaburan tertentu atau apa-apa rekod atau akaun lain yang berhubungan dengan atau melibatkan apa-apa pelaburan di bawah Akta ini, dan institusi pendeposit itu, dan tiap-tiap pengarah, pegawai, pekerja, pekhidmat atau ejen institusi pendeposit itu hendaklah memberi kepada pegawai Bank tersebut segala buku, rekod, surat-menyurat atau apa-apa dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai tersebut, dan hendaklah memberikannya segala bantuan sebagaimana yang dikehendakinya.
(8)
Akaun seseorang pelanggan pelaburan yang disenggarakan oleh suatu institusi pendeposit di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi rahsia di antara institusi itu dengan pelanggan pelaburan dan
Pendanaan Kerajaan 15
tidaklah boleh dizahirkan oleh institusi pendeposit itu kepada mana-mana orang kecuali kepada Bank, termasuk pegawai Bank yang disebut dalam subseksyen (7), melainkan jika penzahiran itu adalah dibenarkan secara bertulis oleh pelanggan pelaburan itu.
(9)
Sesuatu institusi pendeposit hendaklah secara mutlak dan sepenuhnya bertanggungjawab dan bertanggungan kepada pelanggan pelaburannya berkenaan dengan semua pemindahan yang diambil atau dibuat oleh pelanggan pelaburan melalui institusi pendeposit tersebut di bawah subseksyen 9B(2).
(10)
Sesuatu institusi pendeposit tidaklah boleh menghendaki seseorang pelanggan pelaburan membayar apa-apa caj, fi, atau apa-apa bayaran lain berkenaan dengan apa-apa perkara yang diuruskan olehnya berhubung dengan seseorang pelanggan pelaburan di bawah
Akta ini, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 16.
Kuasa Bank untuk meminta maklumat, memeriksa dan mengambil salinan