Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Suruhanjaya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan yang boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada
Suruhanjaya, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
(3)
Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa peranti sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Suruhanjaya.
(4)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Setiausaha kepada Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya dan hendaklah disahkan oleh
Setiausaha atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Setiausaha atau orang yang diberi kuasa itu secara bertulis.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 7
(5)
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu, yang disahkan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (4), hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(6)
Meterai perbadanan
Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya