Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia;
(b)
untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil;
(c)
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; dan
(d)
untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia yang disebut dalam seksyen 12.
(2)
Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana atau kesemua kuasa yang berikut:
(a)
untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
(b)
untuk menasihati Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa itu dan
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 597
mengesyorkan kepada Kerajaan dan/atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
(c)
untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
(d)
untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
(e)
untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
(f)
untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.
(3)
Lawatan oleh Suruhanjaya ke mana-mana tempat tahanan di bawah perenggan (2)(d) tidaklah boleh dihalang oleh orang yang menjaga tempat tahanan itu jika tatacara yang diperuntukkan oleh undang-undang yang mengawal selia tempat tahanan itu dipatuhi.
(4)
Bagi maksud Akta ini, perhatian hendaklah diberikan kepada
Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 setakat yang perisytiharan itu tidak tak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Anggota Suruhanjaya dan tempoh jawatan