Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA IKLAN LUCAH 1953

Seksyen 3

Gambar atau bahan bercetak atau bertulis yang lucah atau cabul

Sesiapa juga yang melekatkan atau menulis pada mana-mana rumah, bangunan, dinding, pendinding, pintu pagar, pagar, tiang, tonggak, papan, pokok atau apa jua benda lain, yang menyebabkannya boleh dilihat oleh mana-mana orang yang berada atau melalui mana-mana tempat awam, atau jalan awam atau lorong kaki, dan sesiapa yang melekatkan atau menulis pada mana-mana tandas awam, atau menyerah atau cuba untuk menyerah atau mempamerkan kepada mana-mana penduduk atau mana-mana orang yang berada atau melalui mana-mana tempat awam atau jalan awam, atau lorong kaki, atau mempamerkan bagi penglihatan awam pada tingkap mana-mana rumah atau kedai, sesuatu gambar atau sesuatu

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 259

bahan bercetak atau bertulis yang lucah atau cabul, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan dan denda tidak melebihi lima puluh ringgit.

Orang yang mengirim kepada orang lain supaya dilakukan perbuatan yang boleh dihukum di bawah seksyen 3