/akn/my/act/act/1953/259
*AKTA IKLAN LUCAH 1953
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1953
- Sections
- 9
- Languages
- EN · MS
Quick answer
About this act
*AKTA IKLAN LUCAH 1953 is Malaysia Act, cited as Act 259 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta bagi menghapuskan iklan lucah dan iklan yang berhubungan dengan rawatan penyakit venereus. [30 April 1953] Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini “Semenanjung Malaysia” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967
[Akta 388] dan meliputi Wilayah Persekutuan.
Seksyen 3
Gambar atau bahan bercetak atau bertulis yang lucah atau cabul
Sesiapa juga yang melekatkan atau menulis pada mana-mana rumah, bangunan, dinding, pendinding, pintu pagar, pagar, tiang, tonggak, papan, pokok atau apa jua benda lain, yang menyebabkannya boleh dilihat oleh mana-mana orang yang berada atau melalui mana-mana tempat awam, atau jalan awam atau lorong kaki, dan sesiapa yang melekatkan atau menulis pada mana-mana tandas awam, atau menyerah atau cuba untuk menyerah atau mempamerkan kepada mana-mana penduduk atau mana-mana orang yang berada atau melalui mana-mana tempat awam atau jalan awam, atau lorong kaki, atau mempamerkan bagi penglihatan awam pada tingkap mana-mana rumah atau kedai, sesuatu gambar atau sesuatu
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 259
bahan bercetak atau bertulis yang lucah atau cabul, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan dan denda tidak melebihi lima puluh ringgit.
Orang yang mengirim kepada orang lain supaya dilakukan perbuatan yang boleh dihukum di bawah seksyen 3
Seksyen 4
Sesiapa jua yang memberi atau menghantar kepada mana-mana orang lain apa-apa gambar sedemikian, atau bahan bercetak atau bertulis yang disebut dalam seksyen 3 dengan niat supaya gambar atau bahan itu atau mana-mana satu daripadanya dilekatkan, ditulis, dihantar atau dipamerkan sebagaimana yang tersebut di dalamnya, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan dan denda tidak melebihi satu ratus ringgit.
Seksyen 5
Iklan mengenai sifilis, dsb., diisytiharkan lucah
Sesuatu iklan berhubungan dengan penyakit venereus, lemah saraf atau aduan atau kelemahan lain yang timbul daripada atau berhubungan dengan persetubuhan, dan sesuatu iklan yang menyatakan sesuatu sediaan bersifat afrodisiak, adalah disifatkan bahan bercetak atau bertulis yang dari jenis lucah dalam erti yang diberikan di bawah seksyen 3, sekiranya iklan tersebut disiarkan kepada orang awam dengan apa-apa cara atau dilekatkan atau ditulis pada mana-mana rumah, bangunan, dinding, pendinding, pintu pagar, pagar, tiang, tonggak, papan, pokok atau apa jua benda lain, yang menyebabkannya boleh dilihat oleh mana-mana orang yang berada atau melalui mana-mana tempat awam atau jalan awam atau lorong kaki, atau dilekatkan atau ditulis pada mana-mana tandas awam atau diserah atau cuba untuk diserah kepada seseorang yang berada atau melalui di sepanjang mana-mana tempat awam, jalan awam atau lorong kaki:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi sesuatu iklan berhubungan dengan penyakit venereus yang diterbitkan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau awam.
Iklan Lucah 7
Seksyen 6
Sekatan ke atas iklan
(2)
Seseorang tidak boleh mengemukakan atau mengesyorkan kepada orang awam melalui apa-apa notis atau iklan, atau melalui apa-apa kertas atau surat sebaran bertulis atau bercetak, atau melalui apa-apa label atau perkataan bertulis atau bercetak, dilekatkan kepada atau dihantar bersama apa-apa bungkusan, kotak, botol kecil atau sesuatu bekas yang mengandunginya, apa-apa pil, kapsul, serbuk, tablet hisap, tinktur, ubat minum, kordial, electuary, plaster, unguent, salves, ointmen, titis, losen , minyak, spirit, herba dan air berubat, apa jua sediaan kimia dan officinal yang digunakan atau dipakai di luar atau di dalam sebagai ubat atau bahan ubat bagi mencegah, menyembuh atau melegakan penyakit venereus:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi sesuatu iklan, pemberitahuan, pengumuman, sokongan atau pengemukaan yang dibuat atau diterbitkan oleh Kerajaan
Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri atau oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan atau awam atau terhadap sesuatu terbitan yang dikirim hanya kepada pengamal perubatan berdaftar atau ahli farmasi berdaftar atau peniaga borong bagi maksud perniagaan mereka.
(3)
Dalam seksyen ini dan dalam seksyen 5 “penyakit venereus”
ertinya sifilis, gonorea, soft chancre atau bubo (lymphogranuloma inguinale).
Penalti
Seksyen 7
Jika seseorang bertindak berlanggaran dengan seksyen 6, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi lima ratus ringgit.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 259
Seksyen 8
Penangkapan apabila melihat kesalahan
Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran seseorang yang didapatinya melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.
Seksyen 9
Pemansuhan
Ordinan Iklan Lucah 1941 [S.S.Ord 43 of 1941] bagi Negeri-Negeri Selat adalah dengan ini dimansuhkan.
9
Akta 259
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa
Dari
L.N. 332/58
Perintah Perlembagaan
Persekutuan (Pengubahsuaian
Undang-Undang) (Ordinan dan
Perisytiharan) 1958
13-11-1958
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia
(Ringgit) 1975
29-08-1975
10
Akta 259
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
3
Akta 160 29-08-1975
4
Akta 160 29-08-1975
7
Akta 160 29-08-1975
Common questions
- What is INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953?
- *AKTA IKLAN LUCAH 1953 is Malaysia Act, cited as Act 259 1953, currently marked in force and first recorded in 1953.
- Is INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953 still in force?
- Yes — INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953 is currently in force.
- When did INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953 take effect?
- INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953 was first recorded in 1953.
- How many sections does INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953 have?
- INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953 contains 9 sections.
- Where can I read the official version of INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953?
- The official text of INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953 is published at lom.agc.gov.my.