Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA IKLAN LUCAH 1953

Seksyen 5

Iklan mengenai sifilis, dsb., diisytiharkan lucah

Sesuatu iklan berhubungan dengan penyakit venereus, lemah saraf atau aduan atau kelemahan lain yang timbul daripada atau berhubungan dengan persetubuhan, dan sesuatu iklan yang menyatakan sesuatu sediaan bersifat afrodisiak, adalah disifatkan bahan bercetak atau bertulis yang dari jenis lucah dalam erti yang diberikan di bawah seksyen 3, sekiranya iklan tersebut disiarkan kepada orang awam dengan apa-apa cara atau dilekatkan atau ditulis pada mana-mana rumah, bangunan, dinding, pendinding, pintu pagar, pagar, tiang, tonggak, papan, pokok atau apa jua benda lain, yang menyebabkannya boleh dilihat oleh mana-mana orang yang berada atau melalui mana-mana tempat awam atau jalan awam atau lorong kaki, atau dilekatkan atau ditulis pada mana-mana tandas awam atau diserah atau cuba untuk diserah kepada seseorang yang berada atau melalui di sepanjang mana-mana tempat awam, jalan awam atau lorong kaki:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi sesuatu iklan berhubungan dengan penyakit venereus yang diterbitkan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan atau awam.

Iklan Lucah 7

Section 5 — INDECENT ADVERTISEMENTS ACT 1953 | mylaw.my