Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(a)
syarikat pengurusan telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;
(b)
syarikat pengurusan telah melanggar mana-mana peruntukan Akta Syarikat 2016;
(c)
syarikat pengurusan itu tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah subseksyen 10(2);
(d)
wajar demi kepentingan pemegang kepentingan atau bakal pemegang kepentingan untuk berbuat sedemikian; atau
(e)
skim itu digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud yang memudaratkan keamanan awam, kebajikan atau ketertiban atau bertentangan dengan keselamatan atau kepentingan negara.
(2)
Sebelum membatalkan perakuan kebenaran, Pendaftar boleh menyampaikan kepada syarikat pengurusan suatu notis yang menghendaki syarikat pengurusan itu menunjukkan sebab dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis itu tentang mengapa perakuan kebenaran tidak patut dibatalkan.
(3)
Pendaftar hendaklah membatalkan perakuan kebenaran itu dan hendaklah menyebabkan butir-butir yang berhubungan dengan skim itu dikeluarkan daripada daftar, jika—
(a)
jawapan kepada notis tunjuk sebab yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis; atau
(b)
selepas menimbangkan jawapan kepada notis tunjuk sebab yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2), Pendaftar tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan.
(4)
Apabila perakuan kebenaran dibatalkan di bawah subseksyen (3), Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk—
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
(a)
memberikan pampasan kepada mana-mana orang yang telah membeli apa-apa kepentingan dalam skim itu;
(b)
menghalang syarikat pengurusan itu daripada menjalankan aktiviti di bawah perenggan 9(5)(c); atau
(c)
mematuhi apa-apa arahan lain yang difikirkan patut oleh
Pendaftar.
Rayuan kepada Menteri mengenai pembatalan