/akn/my/act/act/2016/778

*AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2016
Sections
95
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016 is Malaysia Act, cited as Act 778 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pentadbiran dan pembubaran skim yang berhubungan dengan kepentingan dan perkara yang berkaitan. [31 Januari 2017, P.U. (B) 51/2017] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(c)

dalam apa-apa skim keahlian rekreasi, sama ada kepentingan atau hak itu dibuktikan oleh suatu dokumen rasmi atau berkaitan dengan suatu aset fizikal atau tidak, tetapi tidak termasuk—

Suggest a correction

(i)

apa-apa syer dalam atau debentur suatu perbadanan;

(ii)

suatu produk pasaran modal yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

[Akta 671];

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kepentingan dalam suatu perjanjian perkongsian melainkan jika perjanjian itu—

Suggest a correction
Suggest a correction

(A)

berhubung dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang dianjurkan oleh atau bagi pihak seseorang yang perniagaan biasanya ialah atau termasuk penganjuran kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang serupa, sama ada orang itu merupakan suatu pihak kepada perjanjian itu atau tidak; atau

Skim Kepentingan 11

Suggest a correction

(B)

ialah suatu perjanjian, atau dalam suatu kelas perjanjian, yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan bagi maksud perenggan ini; atau

(iv)

apa-apa kepentingan penyertaan dalam apa-apa keluaran yang ditawarkan oleh pemegang lesen yang dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]

dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759], pengeluar surat cara pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan yang dikawal selia di bawah

Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013 dan institusi pembangunan kewangan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi

Pembangunan Kewangan 2002 [Akta 618];

“Mahkamah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Syarikat 2016;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat;

“pegawai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Syarikat 2016;

“pemegang kepentingan” ertinya seseorang yang mengambil bahagian suatu skim;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah seksyen 20A

Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614];

“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Syarikat 2016;

“pernyataan penzahiran produk” ertinya apa-apa pernyataan penzahiran produk atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau penawaran untuk melanggan atau membeli atau menawarkan langganan atau pembelian apa-apa kepentingan dalam suatu skim kecil;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

“piawaian perakaunan diluluskan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 2016;

“prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, surat pekeliling, iklan atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau penawaran daripada orang awam untuk melanggan atau membeli atau menawarkan kepada orang awam untuk langganan atau pembelian apa-apa kepentingan dalam skim premium atau skim asing;

“skim”, berhubung dengan suatu kepentingan, termasuk apa-apa kontrak, perkiraan, aku janji, perusahaan, program atau pelan tindakan yang berhubungan dengan suatu skim pelaburan, skim kongsi-masa atau skim keahlian rekreasi;

“skim asing” ertinya suatu skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang hak untuk mengambil bahagian atau hak kepada kepentingan dalam skim ditawarkan oleh syarikat pengurusan yang merupakan syarikat awam berhad menurut syer bagi pihak syarikat asing;

“skim kecil” ertinya suatu skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang hak untuk mengambil bahagian atau hak terhadap kepentingan dalam skim itu ditawarkan oleh syarikat pengurusan yang merupakan syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;

“skim patuh Shariah” ertinya suatu skim yang disebut dalam seksyen 4 yang surat ikatan amanah dan prospektus atau perjanjian kontraktual dan pernyataan penzahiran produk, mengikut mana-mana yang terpakai, mematuhi rangka kerja Shariah di bawah seksyen 43;

“skim premium” ertinya suatu skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang hak untuk mengambil bahagian atau suatu hak terhadap kepentingan dalam skim itu ditawarkan oleh syarikat pengurusan yang merupakan syarikat awam berhad menurut syer;

“skim tidak berdaftar” ertinya suatu skim yang tidak didaftarkan atau dibenarkan di bawah Akta ini atau di bawah undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;

Skim Kepentingan 13

“skim yang didaftarkan” ertinya skim kecil, skim premium atau skim asing yang didaftarkan dan dibenarkan oleh Pendaftar mengikut seksyen 10;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001;

“syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta

Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan dan termasuk suatu perbadanan yang merupakan suatu syarikat awam yang didaftarkan sebagai syarikat asing di Malaysia;

“syarikat asing” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Akta Syarikat 2016;

“syarikat pengurusan”, berhubung dengan apa-apa kepentingan yang dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan atau apa-apa surat ikatan yang berkaitan dengan apa-apa kepentingan yang dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan, ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan melalui atau bagi pihaknya kepentingan itu dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan;

“tahun kewangan”, berhubung dengan suatu skim, ertinya tempoh dua belas bulan berakhir pada 31 Disember atau pada tarikh lain yang dinyatakan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual;

“undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang telah pada bila-bila masa berkuat kuasa di mana-mana bahagian di

Malaysia dan yang bersamaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Sebutan dalam Akta ini mengenai surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai apa-apa surat cara yang meminda atau mempengaruhi surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, mengikut mana-mana yang berkenaan.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PENDAFTARAN SKIM

Suggest a correction

Pengeluaran dan kehendak bagi pendaftaran skim

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh—

(a)

mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan apa-apa iklan yang mempelawa mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam suatu skim, atau menawarkan mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam suatu skim, atau mengandungi maklumat yang dikira membawa secara langsung atau tidak langsung mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam suatu skim, atau mengandungi suatu tawaran untuk menjadi peserta dalam suatu skim;

atau

Suggest a correction

(b)

menasihati atau memperoleh mana-mana orang untuk menjadi atau menawarkan mana-mana orang untuk menjadi peserta dalam skim itu, melainkan jika skim itu didaftarkan dan dibenarkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Ciri skim

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu skim ialah skim pelaburan jika pemegang kepentingan itu tidak mempunyai kawalan harian terhadap operasi skim itu, sama ada pemegang kepentingan itu mempunyai hak atau tidak untuk dirundingi atau untuk memberikan arahan dan bahawa—

(a)

pemegang kepentingan itu menyumbangkan wang atau nilai wang sebagai balasan untuk mendapatkan suatu hak atau kepentingan terhadap keuntungan, aset atau penghasilan apa-apa kewangan atau aku janji perniagaan skim itu, sama ada hak atau kepentingan itu hak sebenar, prospektif atau kontingen dan boleh dikuatkuasakan atau tidak; atau

Suggest a correction

(b)

sumbangan oleh pemegang kepentingan itu dikumpulkan atau digunakan dalam perusahaan yang sama, untuk menghasilkan faedah kewangan, atau faedah yang terdiri daripada hak atau kepentingan dalam harta yang baginya pemegang kepentingan itu menjangkakan keuntungan, sewa atau faedah daripada usaha penganjur perusahaan atau pihak ketiga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu skim ialah skim keahlian rekreasi jika—

(a)

secara matannya dan tanpa mengambil kira bentuknya, skim itu melibatkan pelaburan wang dalam atau di bawah hal keadaan yang seseorang pemegang kepentingan memperoleh atau boleh memperoleh suatu kepentingan atau hak berkenaan dengan harta yang di bawah atau mengikut terma pelaburan itu akan atau boleh, atas pilihan pelabur itu, digunakan atau digunakan bersama dengan apa-apa kepentingan atau hak lain berkenaan dengan harta

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

yang diperoleh atau di bawah hal keadaan yang serupa dan termasuk kelayakan bagi hak menggunakan atau menikmati apa-apa sukan, rekreasi, percutian atau kemudahan lain yang berkaitan sebagai balasan; dan

Suggest a correction

(b)

skim itu beroperasi selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan sama ada secara berulang atau tidak.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Suatu skim ialah skim kongsi-masa jika—

(a)

seseorang pemegang kepentingan berhak atau boleh menjadi berhak untuk menggunakan, menduduki atau memiliki sesuatu harta yang berkaitan dengan dua atau lebih tempoh semasa tempoh yang baginya skim itu beroperasi, sama ada di Malaysia atau di tempat lain; dan

Suggest a correction

(b)

skim itu beroperasi selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Suatu skim yang disebut dalam subseksyen (2), (3) atau (4)

boleh dalam bentuk skim patuh Shariah.

Jenis skim yang boleh didaftarkan

Suggest a correction

Seksyen 5

Skim Kepentingan 15

Open as pageSuggest a correction

Suatu skim boleh didaftarkan sebagai suatu skim premium, skim kecil atau skim asing.

Seksyen 6

Pendaftaran skim premium

Open as pageSuggest a correction

(a)

ialah suatu syarikat awam berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;

Skim Kepentingan 17

Suggest a correction

(b)

menyatakan dalam perlembagaannya bahawa pengurusan skim kepentingan adalah salah satu daripada objektif utamanya; dan

Suggest a correction

(c)

memenuhi jumlah minimum modal berbayar sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(2)

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkannya patut bagi maksud pendaftaran skim premium.

Pendaftaran skim kecil

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(a)

ialah suatu syarikat berhad menurut syer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;

Suggest a correction

(b)

menyatakan dalam perlembagaannya bahawa pengurusan skim kepentingan adalah salah satu daripada objektif utamanya;

Suggest a correction

(c)

memenuhi jumlah minimum modal berbayar sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan

Suggest a correction

(d)

tidak mengumpul dana melebihi nilai ambang sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

Suggest a correction

(2)

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkannya patut bagi maksud pendaftaran skim kecil.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Pendaftaran skim asing

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

ialah suatu syarikat awam berhad menurut syer di negara asalnya;

Suggest a correction

(b)

menyatakan dalam perlembagaannya bahawa pengurusan skim kepentingan adalah salah satu daripada objektif utamanya;

Suggest a correction

(c)

memenuhi jumlah minumum modal berbayar sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan

Suggest a correction

(d)

telah diberikan pengiktirafan atau kuasa untuk menawarkan atau bercadang untuk menawarkan kepentingan kepada orang awam di negara asalnya oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi mengawal selia skim yang berhubungan dengan kepentingan.

Suggest a correction

(2)

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa syarat lain yang difikirkannya patut bagi maksud pendaftaran skim asing.

Permohonan untuk pendaftaran skim

Suggest a correction

Seksyen 9

V Akta Syarikat 2016 dengan syarat bahawa syarikat asing itu—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu permohonan untuk mendaftarkan skim hendaklah dibuat kepada Pendaftar dengan memberikan maklumat yang berikut:

(a)

nama syarikat pengurusan itu;

Skim Kepentingan 19

Suggest a correction

(b)

nama dan alamat pengarah, setiausaha dan juruaudit syarikat pengurusan itu;

Suggest a correction

(c)

jika skim atau sebahagian daripada skim itu diuruskan oleh pihak ketiga, nama dan alamat pihak ketiga itu;

Suggest a correction

(d)

nama dan alamat pemegang amanah yang dilantik oleh syarikat pengurusan itu;

Suggest a correction

(e)

dalam hal suatu skim asing, nama dan alamat syarikat asing itu, pengarah dan ejennya di Malaysia sebagaimana yang disebut dalam Penggal 1 Bahagian V Akta Syarikat 2016 dan pemegang amanah yang dilantik oleh syarikat pengurusan itu;

Suggest a correction

(f)

amaun yang dicadangkan untuk dikumpulkan oleh skim itu; dan

Suggest a correction

(g)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Permohonan itu hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan dokumen yang berikut:

(i)

suatu salinan perlembagaan syarikat pengurusan itu;

(ii)

suatu pernyataan penzahiran produk; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

suatu salinan perakuan perbadanan syarikat asing itu di negara asalnya atau apa-apa dokumen lain yang setara;

(ii)

suatu salinan perlembagaan syarikat pengurusan itu;

Suggest a correction

(iii)

suatu salinan kelulusan atau pendaftaran oleh pihak berkuasa yang berkaitan di negara asalnya yang memberi kebenaran kepada syarikat asing itu untuk menawarkan kepentingan di bawah suatu skim;

Suggest a correction

(iv)

suatu salinan prospektus dan surat ikatan amanah yang diluluskan, atau apa-apa dokumen lain yang serupa di negara asal itu;

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Apabila menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Pendaftar boleh mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk mengemukakan dokumen lain atau maklumat atau penjelasan lanjut.

Suggest a correction

(5)

Berhubung dengan suatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini, Pendaftar boleh—

(a)

menghendaki syarikat pengurusan itu untuk hadir di hadapan Pendaftar untuk representasi secara sendiri;

Suggest a correction

(b)

mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk memberikan pampasan kepada mana-mana orang yang telah membeli

Skim Kepentingan 21

apa-apa kepentingan dalam skim itu sebelum permohonan itu; atau

Suggest a correction

(c)

menghalang syarikat pengurusan itu daripada menjalankan aktiviti yang berikut, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, aktiviti yang dijalankan sebelum permohonan itu:

Suggest a correction

(i)

mempromosi apa-apa kepentingan yang berhubungan dengan suatu skim kepada orang awam;

(ii)

menguruskan atau menjana kepentingan dalam produknya atau menawarkan produk;

Suggest a correction

(iii)

mencetak, menerbitkan atau mengedarkan atau menyebabkan dicetak, diterbitkan atau diedarkan, bahan bertulis yang mempromosikan skim kepentingan;

Suggest a correction

(iv)

membuat apa-apa syor atau menawarkan nasihat, sama ada secara lisan atau bertulis, kepada mana-mana orang berhubung dengan suatu produk atau suatu keputusan seseorang mengenai sama ada untuk melabur dalam suatu produk atau tidak; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

mendorong, mencari, mengumpulkan atau menerima wang daripada seseorang berhubung dengan skim itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan itu jika

Pendaftar tidak berpuas hati dengan butir-butir atau maklumat lain yang diberikan di bawah peruntukan Akta ini.

Perakuan kebenaran

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(b)

menguntukkan nombor kebenaran, kepada syarikat pengurusan itu berkenaan dengan skim itu.

Suggest a correction

(2)

Apabila mengeluarkan perakuan kebenaran,

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(3)

Perakuan kebenaran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa kehendak Akta ini berkenaan dengan pendaftaran telah dipatuhi dan bahawa skim itu telah didaftarkan di bawah Akta ini.

Kuasa Pendaftar untuk menggantung perakuan kebenaran

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(a)

sama ada terdapat pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Akta ini atau Akta Syarikat 2016; atau

Suggest a correction

(b)

sama ada terdapat pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan berhubung dengan kelulusan.

Suggest a correction

(2)

Apabila penentuan bagi perkara yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) atau (b) telah dibuat, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menggantung selanjutnya perakuan kebenaran jika Pendaftar berpuas hati bahawa terdapat kes terhadap syarikat pengurusan itu.

Pembatalan perakuan kebenaran

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(a)

syarikat pengurusan telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini;

Suggest a correction

(b)

syarikat pengurusan telah melanggar mana-mana peruntukan Akta Syarikat 2016;

Suggest a correction

(c)

syarikat pengurusan itu tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah subseksyen 10(2);

Suggest a correction

(d)

wajar demi kepentingan pemegang kepentingan atau bakal pemegang kepentingan untuk berbuat sedemikian; atau

Suggest a correction

(e)

skim itu digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud yang memudaratkan keamanan awam, kebajikan atau ketertiban atau bertentangan dengan keselamatan atau kepentingan negara.

Suggest a correction

(2)

Sebelum membatalkan perakuan kebenaran, Pendaftar boleh menyampaikan kepada syarikat pengurusan suatu notis yang menghendaki syarikat pengurusan itu menunjukkan sebab dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis itu tentang mengapa perakuan kebenaran tidak patut dibatalkan.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar hendaklah membatalkan perakuan kebenaran itu dan hendaklah menyebabkan butir-butir yang berhubungan dengan skim itu dikeluarkan daripada daftar, jika—

(a)

jawapan kepada notis tunjuk sebab yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis; atau

Suggest a correction

(b)

selepas menimbangkan jawapan kepada notis tunjuk sebab yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2), Pendaftar tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Apabila perakuan kebenaran dibatalkan di bawah subseksyen (3), Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk—

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

memberikan pampasan kepada mana-mana orang yang telah membeli apa-apa kepentingan dalam skim itu;

Suggest a correction

(b)

menghalang syarikat pengurusan itu daripada menjalankan aktiviti di bawah perenggan 9(5)(c); atau

Suggest a correction

(c)

mematuhi apa-apa arahan lain yang difikirkan patut oleh

Pendaftar.

Rayuan kepada Menteri mengenai pembatalan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 13

Skim Kepentingan 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika suatu rayuan dibuat di bawah subseksyen (1), keputusan

Pendaftar di bawah seksyen 12 tidak berkuat kuasa sehingga rayuan itu diputuskan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Dalam suatu rayuan, Menteri boleh mengesahkan, mengubah atau mengetepikan keputusan Pendaftar atau membuat apa-apa keputusan yang difikirkan patut oleh Menteri.

Kuasa untuk menolak pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar hendaklah menolak untuk mendaftar permohonan skim yang dicadangkan jika Pendaftar berpuas hati bahawa—

(a)

skim yang dicadangkan mungkin digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud yang memudaratkan keamanan awam, kebajikan atau ketertiban di Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

pendaftaran skim yang dicadangkan akan bertentangan dengan keselamatan atau kepentingan negara.

Skim Kepentingan 25

Peruntukan yang terpakai bagi skim asing berdasarkan perkiraan kesalingan

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana undang-undang suatu negara asing; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana tindakan pengawalseliaan atau penyeliaan diambil oleh suatu pihak berkuasa atau badan di suatu negara asing, suatu syarikat yang menawarkan skim telah digantung, hilang kelayakan atau disekat daripada mentadbir suatu skim di negara itu,

Menteri boleh melalui notis yang disampaikan ke atas orang yang berkaitan dengan negara itu yang mentadbir atau berniat untuk mentadbir suatu skim di Malaysia, menggantung, menghilangkan kelayakan atau menyekat perniagaan orang itu mengikut cara yang serupa.

Suggest a correction

(2)

Notis di bawah subseksyen (1) tidak boleh disampaikan melainkan jika—

(b)

Menteri telah berunding dengan orang yang berkaitan itu atau, jika wajar, suatu badan yang mewakili kepentingan orang yang terjejas.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Notis itu hendaklah—

(b)

mengenal pasti negara di mana orang itu mempunyai kaitan;

Suggest a correction

(c)

menyatakan tarikh notis itu mula berkuat kuasa; dan

Suggest a correction

(d)

memberikan tempoh yang munasabah untuk melengkapkan pelaksanaan transaksi yang dibuat sebelum tarikh notis itu

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

mula berkuat kuasa atau bagi penamatan kontrak yang bersifat berterusan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Notis dalam subseksyen (1) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan, kehilangan kelayakan, sekatan secara keseluruhan atau sebahagian daripada pentadbiran skim oleh seseorang dan boleh memperuntukkan bagi—

(a)

penarikan balik pendaftaran atau kelulusan suatu skim di

Malaysia;

Suggest a correction

(b)

kehilangan kelayakan seseorang untuk mendaftarkan suatu skim di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

sekatan, secara keseluruhan atau sebahagian, ke atas seseorang berkenaan dengan pentadbiran suatu skim.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Suatu notis yang menyekat sebahagian daripada pentadbiran suatu skim boleh melarang seseorang daripada—

(a)

membuat transaksi daripada jenis yang dinyatakan atau membuat transaksi mengikut keadaan yang dinyatakan atau sehingga takat yang dinyatakan;

Suggest a correction

(b)

mencari pelaburan daripada jenis yang dinyatakan atau daripada orang yang dinyatakan; atau

Suggest a correction

(c)

mentadbir suatu skim mengikut cara yang dinyatakan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang mempunyai kaitan dengan suatu negara asing, jika—

(a)

dalam hal seorang individu, dia ialah warganegara atau pemastautin—

Suggest a correction

(i)

di negara itu dan mentadbir suatu skim dari tempat perniagaan utama negara itu atau di Malaysia; atau

Skim Kepentingan 27

(ii)

di Malaysia dan mentadbir suatu skim dari tempat perniagaan utama negara itu; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu diperbadankan atau mempunyai tempat perniagaan utama—

Suggest a correction

(i)

di negara itu atau dikawal oleh seseorang yang ada kaitan dengan negara itu atau Malaysia; atau

(ii)

di Malaysia atau dikawal oleh seseorang yang ada kaitan dengan negara itu.

Penukaran daripada skim kecil kepada skim premium

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu syarikat pengurusan boleh memohon untuk menukar suatu skim kecil menjadi suatu skim premium dengan menyerah simpan dengan Pendaftar—

(a)

suatu pernyataan yang telah ditandatangani oleh semua pengarah mengikut cara dan bentuk yang ditentukan oleh

Pendaftar yang mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam subseksyen 9(2) dan butiran yang berikut:

Suggest a correction

(i)

nama dan nombor kebenaran skim kecil itu;

(ii)

tarikh skim kecil itu didaftarkan dan dibenarkan;

Suggest a correction

(iii)

bahawa pada tarikh permohonan, syarikat pengurusan ternyata mampu untuk membayar hutangnya yang perlu dibayar dalam urusan biasa perniagaan;

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(iv)

bahawa pada tarikh permohonan, semua fi statutori yang tertunggak atau apa-apa jumlah terhutang kepada mana-mana agensi kerajaan telah diselesaikan;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

bahawa syarikat pengurusan itu telah meletakkan suatu iklan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan dalam Warta mengenai niatnya untuk bertukar menjadi suatu skim premium;

(vi)

bahawa semua pemegang kepentingan yang berhubungan dengan skim kecil itu telah bersetuju dengan permohonan untuk bertukar menjadi suatu skim premium; dan

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pendaftar boleh, dalam apa-apa hal tertentu, menghendaki pernyataan yang disebut dalam subseksyen (2) disahkan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

Pendaftaran penukaran

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar boleh meluluskan atau menolak permohonan itu jika

Pendaftar tidak berpuas hati dengan butir-butir atau maklumat lain yang diberikan di bawah peruntukan Akta ini.

Skim Kepentingan 29

Kesan penukaran

Suggest a correction

Seksyen 18

Mulai tarikh pendaftaran penukaran—

Open as pageSuggest a correction

(a)

semua harta yang terletak hak dalam skim kecil, semua kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti dan obligasi yang berhubungan dengan skim itu, dan keseluruhan pelaksanaan skim itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada skim premium itu tanpa jaminan, tindakan atau surat ikatan lanjut; dan

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

SURAT IKATAN AMANAH, PEMEGANG AMANAH DAN

Suggest a correction

PROSPEKTUS

Bab

Bab 1

Surat Ikatan Amanah dan Perjanjian Kontraktual

Suggest a correction

Kelulusan surat ikatan amanah dan perjanjian kontraktual

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(a)

kelulusan bagi pelantikan pemegang amanah yang disebut dalam subseksyen 22(2) telah diperoleh; dan

Suggest a correction

(b)

kelulusan bagi pelantikan pemegang amanah itu tidak dibatalkan dan pemegang amanah itu tidak berhenti daripada jawatan.

Suggest a correction

(2)

Apabila memberikan kelulusan,

Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Kandungan surat ikatan amanah dan perjanjian kontraktual

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pendaftar tidak boleh memberikan kelulusannya untuk surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual melainkan jika surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu mengandungi yang berikut:

(a)

peruntukan yang berhubungan dengan pelantikan pemegang amanah itu;

Suggest a correction

(b)

waad sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Pertama;

Suggest a correction

(c)

peruntukan mengenai caj yang boleh dibuat oleh syarikat pengurusan melainkan jika caj itu tidak melebihi peratus atau amaun yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan;

Suggest a correction

(d)

peruntukan mengenai harga kepentingan yang berkaitan dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu akan dijual atau dibeli oleh syarikat pengurusan melainkan jika harga itu selaras dengan peraturan-peraturan; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkara atau benda lain yang dikehendaki untuk dimasukkan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam masa tujuh hari selepas surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual diluluskan di bawah seksyen ini, syarikat pengurusan hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau suatu salinan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu disahkan melalui akuan berkanun, dan salinan itu hendaklah bagi semua maksud, jika tiada bukti bahawa surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu bukan salinan sebenar, dianggap sebagai salinan yang asal.

Skim Kepentingan 31

Pindaan kepada surat ikatan amanah dan perjanjian kontraktual dan peruntukan yang terbatal

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pindaan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual adalah sah melainkan jika kelulusan majoriti bilangan pemegang kepentingan telah diperoleh mengikut cara yang dinyatakan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar boleh mengarahkan bahawa kelulusan di bawah subseksyen (2) boleh diketepikan jika Pendaftar berpuas hati, tertakluk kepada pemegang amanah memperakui fakta itu di bawah subseksyen itu, bahawa pindaan itu—

(a)

dikehendaki hanya untuk membolehkan peruntukan Akta ini atau surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu dipatuhi;

Suggest a correction

(b)

tidak akan menjejaskan secara matan faedah pemegang kepentingan yang sedia ada;

Suggest a correction

(c)

tidak akan menjejaskan kepentingan pemegang kepentingan;

Suggest a correction

(d)

tidak akan meminda peruntukan asas atau objek surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual; dan

Suggest a correction

(e)

tidak melepaskan pemegang amanah daripada apa-apa tanggungjawab kepada pemegang kepentingan.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction
Suggest a correction

Bab

Bab 2

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pelantikan pemegang amanah itu oleh syarikat pengurusan hendaklah tertakluk kepada kelulusan Pendafar.

Suggest a correction

(3)

Apabila memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (2),

Pendaftar boleh, dengan mengambil kira jenis kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan, yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, mengenakan apa-apa terma dan syarat ke atas pemegang amanah yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

Kelayakan bagi pelantikan sebagai pemegang amanah

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun layak untuk dilantik sebagai pemegang amanah, jika—

(a)

orang itu secara langsung atau tidak langsung bersekutu dengan orang yang mempunyai kawalan ke atas syarikat pengurusan; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, seseorang dianggap mempunyai kawalan ke atas syarikat pengurusan jika orang itu berhak untuk menjalankan atau mengawal

Skim Kepentingan 33

penjalanan tidak kurang daripada dua puluh peratus undian yang terikat dengan syer mengundi syarikat pengurusan itu.

Suggest a correction

(4)

Jika seseorang pemegang amanah telah dihukum bankrap, pemegang amanah itu tidak lagi layak untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan syarikat pengurusan hendaklah dengan serta-merta melantik pemegang amanah yang baharu.

Suggest a correction

(5)

Seseorang pemegang amanah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

Kewajipan pemegang amanah

Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(a)

melakukan segala usaha wajar dan kewaspadaan dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dan dalam memantau hak dan kepentingan pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

Suggest a correction

(b)

memastikan bahawa waad dalam surat ikatan amanah, surat ikatan amanah tambahan, perjanjian kontraktual atau perjanjian kontraktual tambahan dan kandungan dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk diserahkan; dan

Suggest a correction

(c)

menjalankan tanggungjawabnya tepat mengikut masanya.

Suggest a correction

(2)

Pemegang amanah hendaklah melaporkan kepada Pendaftar dengan segera, apabila—

(a)

terdapat apa-apa ketidakpatuhan kepada Akta, surat ikatan amanah, perjanjian kontraktual, prospektus atau pernyataan penzahiran produk, mengikut mana-mana yang berkenaan;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(b)

skim itu tidak dapat memenuhi obligasinya apabila skim itu menjadi kena dibayar; atau

Suggest a correction

(c)

syarikat pengurusan itu menjalankan perniagaan mengikut cara yang boleh, atau berkemungkinan boleh, memudaratkan pemegang kepentingan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pemegang amanah hendaklah memberitahu Pendaftar jika pemegang amanah mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai terjadinya apa-apa perkara yang akan atau mungkin telah memberi kesan bertentangan yang matan ke atas skim itu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), “kesan bertentangan yang matan” termasuk keadaan yang boleh memudaratkan kewujudan berterusan skim itu atau mengurangkan perlindungan ke atas pemegang kepentingan dalam skim itu.

Liabiliti pemegang amanah

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam suatu surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang telah atau pada bila-bila masa telah diluluskan oleh Pendaftar; atau

Suggest a correction

(b)

dalam apa-apa kontrak dengan pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, hendaklah terbatal setakat yang peruntukan itu mempunyai kesan mengecualikan pemegang amanah di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual daripada, atau menanggung rugi pemegang amanah daripada, liabiliti bagi pelanggaran amanah jika pemegang amanah itu gagal menunjukkan tahap berjaga-jaga dan usaha wajar yang dikehendaki daripada seorang pemegang amanah.

Skim Kepentingan 35

Suggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak boleh membatalkan—

(a)

apa-apa pelepasan selainnya yang diberikan secara sah berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh pemegang amanah sebelum memberikan pelepasan itu; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana peruntukan yang membolehkan pelepasan sedemikian diberikan—

Suggest a correction

(i)

atas persetujuan majoriti yang tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus pemegang kepentingan untuk mengundi secara sendiri atau melalui proksi dalam mesyuarat yang dipanggil bagi maksud itu; dan

(ii)

berkenaan dengan tindakan atau peninggalan tertentu atau ke atas pemegang amanah yang berhenti daripada bertindak.

Peletakan jawatan dan pemecatan pemegang amanah

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan boleh memecat pemegang amanah dengan memberikan tiga bulan notis bertulis kepada pemegang amanah dan pemegang kepentingan.

Suggest a correction

(3)

Notis di bawah subseksyen (2) menjadi tidak sah jika pemecatan itu dibantah oleh sekurang-kurangnya lima puluh peratus pemegang kepentingan.

Suggest a correction

(4)

Pemegang kepentingan boleh memecat pemegang amanah dengan memberikan tiga bulan notis kepada pemegang amanah dan syarikat pengurusan selepas keputusan dibuat melalui ketetapan

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

mesyuarat pemegang kepentingan dan dipersetujui oleh tidak kurang daripada sepuluh peratus pemegang kepentingan yang hadir secara sendiri atau oleh proksi.

Suggest a correction

(5)

Apabila pemegang amanah meletakkan jawatan atau dipecat, syarikat pengurusan itu hendaklah melantik pemegang amanah yang baharu melalui surat ikatan tambahan atau perjanjian kontraktual tambahan.

Suggest a correction

(6)

Walau apa pun subseksyen (5), peletakan jawatan atau pemecatan pemegang amanah tidak berkuat kuasa melainkan jika pemegang amanah yang baharu dilantik.

Suggest a correction

(7)

Pemegang amanah hendaklah, setelah meletakkan jawatan atau dipecat, dalam masa empat belas hari dari tarikh pelantikan pemegang amanah yang baharu, meletak hak akaun amanah ke atas pemegang amanah baharu dan menghantar semua buku, dokumen, rekod dan harta lain yang berhubungan dengan skim itu kepada pemegang amanah baharu.

Suggest a correction

(8)

Kos dan perbelanjaan sampingan yang dilakukan di bawah subseksyen (7) hendaklah ditanggung oleh syarikat pengurusan.

Suggest a correction

(9)

Setelah surat ikatan amanah tambahan atau perjanjian kontraktual tambahan diselesaikan, pemegang amanah baharu hendaklah melaksanakan semua kuasa, kewajipan dan obligasi berkenaan dengan skim itu.

Suggest a correction

Bab

Bab 3

Prospektus dan Pernyataan Penzahiran Produk

Suggest a correction

Larangan mengeluarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk tanpa surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang diluluskan

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam hal skim premium atau skim asing, suatu surat ikatan amanah yang diluluskan; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal skim kecil, suatu perjanjian kontraktual yang diluluskan.

Suggest a correction

(2)

Seseorang tidak boleh dalam mana-mana surat ikatan amanah, perjanjian kontraktual, prospektus, pernyataan penzahiran produk, iklan atau dokumen lain yang berhubungan dengan apa-apa kepentingan membuat apa-apa rujukan kepada kelulusan yang diberikan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kehendak untuk mendaftarkan dan menyerah simpan prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(a)

prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu telah terlebih dahulu didaftarkan oleh Pendaftar; dan

Suggest a correction

(b)

prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu telah mematuhi peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang telah didaftarkan oleh Pendaftar di bawah Akta ini hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar sebelum tarikh pengeluaran.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(3)

Seseorang tidak boleh mengeluarkan, mengedarkan atau menyebarkan apa-apa borang permohonan bagi langganan kepentingan suatu skim melainkan jika—

(a)

dia diberi kuasa secara bertulis oleh Pendaftar; dan

Suggest a correction

(b)

borang itu disertakan dengan suatu salinan prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang telah didaftarkan oleh

Pendaftar.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Pendaftaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 29

Suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk hendaklah didaftarkan jika—

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu salinan prospektus atau pernyataan penzahiran produk ditandatangani oleh tiap-tiap pengarah dan tiap-tiap orang yang dinamakan dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk sebagai pengarah yang dicadangkan syarikat pengurusan itu atau oleh ejennya yang diberi kuasa secara bertulis diserah simpan dengan

Pendaftar pada atau sebelum tarikh keluarannya;

Suggest a correction

(b)

prospektus atau pernyataan penzahiran produk telah dikemukakan kepada Pendaftar bersama dengan—

Suggest a correction

(i)

permohonan bertulis bagi pendaftaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk;

(ii)

salinan semua persetujuan yang dikehendaki di bawah seksyen 33;

Skim Kepentingan 39

Suggest a correction

(iii)

salinan semua kontrak material yang disebut dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk atau, dalam hal suatu kontrak yang tidak bertulis, suatu memorandum yang memberikan butir-butir penuh kontrak, yang disahkan mengikut apa-apa kehendak yang dinyatakan oleh Pendaftar; dan

Suggest a correction

(iv)

apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.

Keengganan untuk mendaftarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(a)

Pendaftar berpendapat bahawa prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

Suggest a correction

(b)

pengeluaran atau pelawaan berkenaan dengan kepentingan yang berhubung dengan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu tidak mematuhi Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

Pendaftar berpendapat bahawa prospektus itu atau pernyataan penzahiran produk itu mengandungi apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan atau bahawa prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu mengandungi apa-apa pernyataan atau maklumat yang terdapat peninggalan material.

Suggest a correction

(2)

Jika Pendaftar berpendapat bahawa syarikat pengurusan atau pengarah syarikat pengurusan yang membuat tawaran atau pelawaan bukan orang yang layak dan sesuai untuk membuat keluaran atau tawaran kepada orang awam, Pendaftar boleh enggan untuk mendaftarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), “pengarah” termasuk mana-mana orang yang dinamakan dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk.

Penyimpanan dokumen yang berhubungan dengan prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa persetujuan di bawah seksyen 33 berhubung dengan pengeluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk; dan

Suggest a correction

(b)

tiap-tiap kontrak yang material atau dokumen yang disebut dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk, disimpan di pejabat berdaftar syarikat pengurusan itu di Malaysia selepas pendaftaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk dan hendaklah menyimpan setiap salinan selama tempoh yang dinyatakan oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Salinan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah tersedia untuk pemeriksaan oleh mana-mana orang tanpa caj.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kandungan prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sekiranya berlaku ketidakpatuhan dengan atau pelanggaran seksyen ini, pengarah atau orang lain yang bertanggungjawab bagi prospektus atau pernyataan penzahiran produk tidak menanggung apa-apa liabiliti jika—

(a)

berkenaan dengan apa-apa perkara yang tidak dizahirkan, pengarah atau orang lain itu membuktikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai ketidakpatuhan atau pelanggaran itu;

Suggest a correction

(b)

pengarah atau orang lain itu membuktikan bahawa ketidakpatuhan atau pelanggaran itu timbul daripada kesilapan yang tidak bersalah di pihaknya mengenai fakta itu; atau

Suggest a correction

(c)

ketidakpatuhan atau pelanggaran itu adalah berkenaan dengan perkara yang pada pendapat Mahkamah yang mengendalikan kes itu tidak material atau selainnya pada pendapat

Mahkamah adalah munasabah untuk dikecualikan setelah mengambil kira semua hal keadaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu syarat yang menghendaki atau mengikat pemohon bagi kepentingan suatu skim untuk menepikan pematuhan mana-mana kehendak seksyen ini, atau berupa untuk menjejaskannya dengan notis mengenai apa-apa dokumen kontrak atau perkara yang tidak disebut secara khusus dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk adalah terbatal.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang berhubungan dengan apa-apa kepentingan suatu skim dikeluarkan dan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu tidak mematuhi seksyen ini, setiap pengarah perbadanan dan orang lain yang bertanggungjawab bagi prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membataskan atau mengurangkan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

Persetujuan daripada orang untuk mengeluarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang mengandungi pernyataannya

Suggest a correction

Seksyen 33

Skim Kepentingan 41

Open as pageSuggest a correction

(a)

orang itu telah memberikan persetujuan bertulisnya untuk mengeluarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk dengan pernyataan yang dibuat dalam bentuk dan konteks yang dalamnya dimasukkan persetujuan dan tidak menarik balik persetujuan itu sebelum tarikh keluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk; dan

Suggest a correction

(b)

terdapat dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu, suatu pernyataan bahawa orang itu telah memberikan dan tidak menarik balik persetujuannya.

Suggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pernyataan yang merupakan cabutan pernyataan rasmi atau pernyataan lain yang dinyatakan oleh

Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Jika apa-apa prospektus atau pernyataan penzahiran produk dikeluarkan yang berlanggaran dengan seksyen ini, syarikat pengurusan dan tiap-tiap orang yang merupakan suatu pihak kepada pengeluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau kedua-duanya.

Skim Kepentingan 43

Pelepasan daripada kehendak berhubung dengan bentuk dan kandungan prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila memberikan pelepasan atau meluluskan pengubahan di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Pendaftar tidak boleh memberikan pelepasan atau meluluskan pengubahan di bawah subsekyen (1) melainkan jika dia telah menimbangkan jenis dan objektif skim itu dan berpuas hati bahawa—

(a)

pelepasan atau pengubahan itu tidak akan menyebabkan maklumat yang perlu bagi penaksiran pelaburan dalam skim itu tidak dizahirkan kepada orang awam; dan

Suggest a correction

(b)

pematuhan kehendak yang baginya pelepasan atau pengubahan yang dipohon itu akan mengenakan beban yang tidak munasabah ke atas pemohon.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk hendaklah disifatkan telah mematuhi semua kehendak Akta ini yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika prospektus atau pernyataan penzahiran produk dikeluarkan dengan mematuhi subseksyen (1).

Iklan tertentu disifatkan sebagai prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(b)

nama dan tarikh pendaftaran syarikat pengurusan dan modal syer berbayarnya;

Suggest a correction

(c)

penyata ringkas mengenai jenis am aktiviti skim itu, nama, alamat dan pekerjaan pengarah atau pengarah yang dicadangkan dan pemegang amanah bagi pemegang kepentingan;

Suggest a correction

(d)

butir-butir mengenai tarikh pembukaan dan penutupan tawaran dan masa dan tempat di mana salinan penuh prospektus dan borang permohonan bagi kepentingan itu boleh diperoleh; dan

Suggest a correction

(e)

menyatakan bahawa permohonan bagi langganan kepentingan hanya akan diteruskan pada borang permohonan yang dirujuk, dan dilampirkan bersama salinan bercetak prospektus itu.

Suggest a correction

(2)

Suatu pernyataan bahawa, atau yang memberi kesan sedemikian, iklan itu bukan merupakan suatu prospektus tidak akan menjejaskan pelaksanaan seksyen ini.

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi iklan yang disiarkan atau disebarkan di Malaysia melalui surat khabar, penyiaran, televisyen, sinematografi atau apa-apa cara lain.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu iklan itu disifatkan sebagai prospektus menurut kuasa subseksyen (1), peruntukan di bawah Bab ini berkaitan dengan kandungan prospektus dan liabiliti berkenaan dengan pernyataan palsu atau mengelirukan dan peninggalan material hendaklah terpakai dan mempunyai kesan sewajarnya.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini, jika—

Skim Kepentingan 45

(a)

suatu iklan yang menawarkan atau menarik perhatian kepada suatu tawaran atau tawaran yang diniatkan mengenai kepentingan yang berhubungan dengan suatu skim kepada orang awam bagi langganan atau pembelian itu disiarkan atau disebarkan;

Suggest a correction

(b)

orang yang menyiarkan atau menyebarkan iklan itu sebelum berbuat sedemikian, telah memperoleh perakuan yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang pengarah syarikat pengurusan, bahawa iklan yang dicadangkan itu ialah iklan yang tidak akan disifatkan sebagai suatu prospektus menurut kuasa subseksyen (1);

dan

Suggest a correction

(c)

iklan itu yang ternyata bukan suatu iklan yang disifatkan sebagai prospektus menurut kuasa subseksyen itu, syarikat pengurusan dan setiap orang yang menandatangani perakuan itu hendaklah disifatkan sebagai orang yang telah menyiarkan atau menyebarkan iklan itu, tetapi tiada orang lain boleh disifatkan sebagai orang yang sedemikian.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang telah memperoleh perakuan yang disebut dalam perenggan (5)(b) hendaklah dengan serta-merta menghantar serah perakuan itu kepada Pendaftar apabila diminta oleh

Pendaftar.

Suggest a correction

(7)

Dalam seksyen ini—

(a)

jika suatu iklan yang disifatkan sebagai prospektus menurut kuasa subseksyen (1) tidak mematuhi kehendak

Akta ini mengenai prospektus, orang yang menyiarkan atau menyebarkan iklan itu, dan tiap-tiap pegawai syarikat pengurusan yang berkenaan, atau orang lain, yang memberi kuasa atau membenarkan penyiaran atau penyebaran itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana orang yang melanggar subseksyen (6)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.

Suggest a correction

(9)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membataskan atau mengurangkan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh mana-mana orang dalam mana-mana peruntukan lain di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

Dokumen yang mengandungi tawaran kepentingan bagi jualan hendaklah disifatkan sebagai prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika dokumen itu disifatkan sebagai prospektus bagi maksud subseksyen (1), peruntukan di bawah Bab ini berkaitan dengan kandungan prospektus dan liabiliti berkenaan dengan pernyataan palsu

Skim Kepentingan 47

atau mengelirukan dan peninggalan material hendaklah terpakai dan mempunyai kesan sewajarnya seolah-olah—

(a)

kepentingan itu telah ditawarkan kepada orang awam; dan

Suggest a correction

(b)

orang yang menerima tawaran itu berkenaan dengan apa-apa kepentingan merupakan pelanggan, tetapi tanpa menjejaskan liabiliti, jika ada, orang yang membuat tawaran itu berkenaan dengan pernyataan palsu atau mengelirukan atau peninggalan material dalam dokumen itu atau selainnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Melainkan jika dibuktikan selainnya, suatu pengumpukan atau perjanjian untuk mengumpukkan kepentingan yang dibuat dengan tujuan bagi kepentingan itu ditawarkan untuk jualan kepada orang awam hendaklah menjadi keterangan jika ditunjukkan bahawa—

(a)

suatu tawaran kepentingan untuk jualan kepada orang awam dibuat dalam masa enam bulan selepas pengumpukan atau perjanjian untuk pengumpukan itu;

atau

Suggest a correction

(b)

pada tarikh apabila tawaran itu dibuat, keseluruhan balasan yang diterima oleh syarikat pengurusan berkenaan dengan kepentingan itu masih belum diterima.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Peruntukan

Bab ini mengenai prospektus hendaklah mempunyai kesan seolah-olah orang yang membuat tawaran yang berhubung dengan seksyen ini merupakan orang yang dinamakan dalam prospektus sebagai pengarah suatu perbadanan.

Suggest a correction

(5)

Sebagai tambahan kepada kehendak lain di bawah Bahagian ini, dokumen yang membuat tawaran hendaklah menyatakan—

(a)

amaun bersih balasan yang diterima atau akan diterima oleh perbadanan berkenaan dengan kepentingan yang berhubung dengan tawaran itu; dan 48 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(b)

tempat dan masa di mana suatu salinan kontrak yang di bawahnya kepentingan itu telah atau akan diumpukkan boleh diperiksa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Jika suatu tawaran yang berhubung dengan seksyen ini dibuat oleh syarikat pengurusan, mencukupi jika dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) ditandatangani bagi pihak syarikat pengurusan itu oleh dua orang pengarah syarikat pengurusan itu atau oleh mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh pengarah itu.

Suggest a correction

(7)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.

Maklumat memorandum disifatkan sebagai prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa maklumat memorandum yang berupa untuk memperihalkan hal ehwal perniagaan orang yang membuat tawaran yang dikeluarkan oleh orang itu atau ejennya hendaklah disifatkan sebagai suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk, setakat yang berkaitan dengan liabiliti orang itu atau ejennya, bagi apa-apa pernyataan tidak benar atau maklumat material yang tidak dizahirkan.

Seksyen 38

Prospektus tambahan atau prospektus gantian

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu perkara baharu yang signifikan telah wujud yang menjadi suatu perkara bagi maklumat yang dikehendaki oleh Akta ini untuk dizahirkan dalam suatu prospektus;

Suggest a correction

(b)

terdapat perubahan yang signifikan yang menyentuh sesuatu perkara yang dizahirkan dalam prospektus itu;

Skim Kepentingan 49

Suggest a correction

(c)

prospektus itu mengandungi suatu pernyataan material yang palsu atau mengelirukan; atau

Suggest a correction

(d)

terdapat suatu peninggalan yang material daripada prospektus itu.

Suggest a correction

(2)

Selepas menyedari perkara yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengemukakan prospektus tambahan atau prospektus gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Suatu prospektus tambahan hendaklah—

(a)

mengenal pasti dengan jelas prospektus yang berhubung dengan prospektus tambahan itu; dan

Suggest a correction

(b)

mengandungi suatu pernyataan dalam cetakan huruf tebal atau berwarna pada setiap muka surat prospektus tambahan itu yang menyatakan bahawa—

Suggest a correction

(i)

prospektus tambahan itu merupakan suatu prospektus tambahan untuk dibaca bersama dengan prospektus asal; dan

(ii)

jika propektus tambahan lain telah dikeluarkan berhubung dengan prospektus asal yang sama, kedua-dua prospektus asal dan prospektus tambahan terdahulu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Suatu prospektus tambahan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada prospektus asal yang berhubung dengan prospektus tambahan itu dan peruntukan di bawah Bab ini mengenai kandungan propektus dan liabiliti berkenaan dengan pernyataan yang palsu atau mengelirukan dan peninggalan yang material dalam suatu prospektus hendaklah terpakai dan berkuat kuasa sewajarnya.

Suggest a correction

(5)

Jika suatu prospektus tambahan telah didaftarkan dengan

Pendaftar di bawah subseksyen (1), tiap-tiap salinan prospektus asal

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

hendaklah dikeluarkan bersama dengan salinan prospektus tambahan itu.

Suggest a correction

(6)

Suatu prospektus gantian hendaklah—

(a)

mengenal pasti dengan jelas prospektus yang digantikannya;

Suggest a correction

(b)

mengandungi pernyataan dalam cetakan huruf tebal atau berwarna pada permulaan prospektus itu yang menyatakan bahawa ia merupakan suatu prospektus gantian; dan

Suggest a correction

(c)

dianggap sebagai menggantikan prospektus asal yang didaftarkan terdahulu di bawah seksyen 29.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Walaupun prospektus asal yang berkaitan dengan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu atau yang menggantikan telah dikeluarkan, suatu prospektus tambahan atau prospektus gantian boleh didaftarkan bagi maksud subseksyen (1) jika—

(a)

prospektus asal itu berhubung dengan suatu pelawaan atau tawaran yang ditujukan kepada golongan orang yang boleh dikenal pasti yang kepadanya prospektus asal itu disampaikan secara langsung oleh orang yang membuat pelawaan atau tawaran itu atau oleh ejennya yang dilantik, dan salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu dihantar kepada setiap orang itu mengikut subseksyen

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

; atau

(b)

prospektus asal berhubung dengan suatu pelawaan atau tawaran kepada orang awam dan suatu salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu diiklankan dalam tiap-tiap surat khabar yang pada asalnya mengiklankan pelawaan atau tawaran itu atau yang menarik perhatian kepada pelawaan atau tawaran itu mengikut subseksyen

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Bagi maksud subseksyen (7), suatu notis hendaklah—

Skim Kepentingan 51

(a)

dalam hal perenggan (7)(a), dihantar bersama dengan suatu salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian kepada tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen itu;

Suggest a correction

(b)

dalam hal perenggan (7)(b), diiklankan bersama dengan prospektus tambahan atau prospektus gantian yang menyatakan bahawa—

Suggest a correction

(i)

suatu salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian telah didaftarkan dengan Pendaftar; dan

(ii)

tiap-tiap orang yang telah mengemukakan permohonannya sebelum tarikh notis itu berhak untuk menarik balik permohonannya dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu dan semua wang permohonan yang diterima berkenaan dengan langganan kepentingan itu akan dibayar balik sepenuhnya tanpa faedah atau keuntungan.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(9)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.

Suggest a correction

(10)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Liabiliti sivil bagi pernyataan silap dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(a)

syarikat pengurusan dan setiap pengarah syarikat pengurusan pada masa keluaran prospektus itu, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian;

Suggest a correction

(b)

orang yang bersetuju atau menyebabkan dirinya dinamakan dan dinamakan dalam prospektus itu sebagai pengarah atau bersetuju untuk menjadi pengarah, sama ada serta-merta atau selepas selang masa, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian;

Suggest a correction

(c)

seorang penganjur, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian berkenaan dengan prospektus itu atau bahagian prospektus yang berkaitan yang dia terlibat dalam penyediaan prospektus itu;

Suggest a correction

(d)

seseorang yang dinamakan dalam prospektus dengan persetujuannya telah membuat pernyataan yang dimasukkan dalam prospektus atau yang berdasarkan pernyataan itu dibuat, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pemasukan pernyataan itu dalam prospektus itu; atau

Suggest a correction

(e)

seseorang yang membenarkan atau menyebabkan keluaran prospektus yang berlanggaran dengan seksyen 40, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pelanggaran itu.

Suggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh bertanggungan di bawah subseksyen (1) jika dia membuktikan bahawa—

(a)

setelah bersetuju menjadi pengarah syarikat pengurusan itu, dia menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan bahawa prospektus itu dikeluarkan tanpa kebenaran atau persetujuannya;

Skim Kepentingan 53

Suggest a correction

(b)

prospektus itu dikeluarkan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan dia memberikan notis awam yang munasabah selepas dia menyedari tentang pengeluarannya;

Suggest a correction

(c)

selepas pengeluaran prospektus itu dan sebelum pengumpukan atau jualan kepentingan itu, dia menarik balik persetujuannya selepas menyedari tentang pernyataan palsu atau mengelirukan dalam prospektus itu dan memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu bersama dengan alasannya; atau

Suggest a correction

(d)

berhubung dengan tiap-tiap pernyataan palsu atau mengelirukan—

Suggest a correction

(i)

dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa pernyataan itu benar sehingga masa pengumpukan atau jualan kepentingan itu;

(ii)

berupa sebagai pernyataan, atau berasaskan pernyataan, atau mengandungi apa-apa yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada laporan penilaian pakar, dan bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang membuat pernyataan itu ialah seorang pakar dan kompeten untuk membuat pernyataan benar sehingga masa pengeluaran prospektus dan bahawa orang itu telah memberikan persetujuan yang dikehendaki dibawah seksyen 33

untuk mengeluarkan prospektus itu dan tidak menarik balik persetujuan itu sebelum serahan salinan prospektus itu untuk pendaftaran atau sebelum apa-apa pengumpukan atau jualan menurut prospektus itu; dan

Suggest a correction

(iii)

berupa pernyataan yang dibuat oleh pegawai atau mengandungi apa yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada dokumen rasmi

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

awam, pernyataan itu ialah representasi yang benar dan wajar mengenai pernyataan atau salinan atau cabutan daripada dokumen itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai dalam hal orang yang bertanggungan, disebabkan oleh persetujuan yang diberikan oleh seseorang yang dikehendaki di bawah seksyen 33, sebagai seseorang yang telah memberi kuasa atau menyebabkan pengeluaran prospektus berkenaan dengan pernyataan palsu dan mengelirukan yang berupa sebagai dibuat olehnya.

Suggest a correction

(4)

Seseorang yang selain subseksyen ini bertanggungan di bawah subseksyen (1), disebabkan oleh persetujuan yang diberikan oleh seseorang yang dikehendaki di bawah seksyen 33 sebagai seorang yang telah memberi kuasa atau menyebabkan pengeluaran prospektus berkenaan dengan pernyataan palsu atau mengelirukan yang berupa sebagai dibuat olehnya tidak bertanggungan jika dia membuktikan bahawa—

(a)

dia menarik balik persetujuannya secara bertulis sebelum salinan prospektus itu diserah simpan dengan Pendaftar;

Suggest a correction

(b)

selepas salinan prospektus itu diserah simpan dengan

Pendaftar dan sebelum pengumpukan atau jualan kepentingan, dia menarik balik persetujuannya secara bertulis selepas dia menyedari pernyataan palsu atau mengelirukan itu dan memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu bersama dengan alasan; atau

Suggest a correction

(c)

dia kompeten untuk membuat pernyataan itu dan bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pernyataan itu adalah betul sehingga masa pengumpukan atau jualan kepentingan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika—

(a)

propektus itu mengandungi nama seseorang sebagai pengarah syarikat pengurusan, atau seseorang yang telah

Skim Kepentingan 55

bersetuju untuk menjadi pengarah tetapi tidak memberikan persetujuannya untuk menjadi pengarah, atau menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan tidak membenarkan atau bersetuju dengan pengeluaran prospektus itu; atau

Suggest a correction

(b)

persetujuan seseorang dikehendaki di bawah seksyen 33

untuk pengeluaran prospektus itu dan sama ada dia tidak memberikan persetujuan atau telah menarik balik persetujuan itu sebelum pengeluaran prospektus itu, pengarah syarikat pengurusan kecuali mereka yang tanpa pengetahuan atau persetujuannya prospektus itu dikeluarkan, dan mana-mana orang lain yang memberi kuasa atau menyebabkan pengeluaran berkenaan dengan prospektus itu hendaklah bertanggungan untuk menanggung rugi orang yang dinamakan itu atau yang persetujuannya dikehendaki terhadap semua ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang mungkin menjadikannya bertanggungan oleh sebab namanya telah dimasukkan dalam prospektus atau atas kemasukan dalam prospektus itu suatu pernyataan yang berupa sebagai dibuat olehnya, atau dalam membela dirinya terhadap apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang dibawa terhadapnya berkenaan dengan prospektus itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.

Liabiliti jenayah bagi pernyataan silap dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan; atau 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(b)

apa-apa peninggalan material daripada apa-apa pernyataan atau maklumat.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, menjadi pembelaan bagi seseorang jika dia membuktikan bahawa sama ada—

(a)

pernyataan atau peninggalan itu tidak material; atau

Suggest a correction

(b)

dia telah membuat semua siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu dan selepas membuat siasatan itu, dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai pernyataan itu adalah benar atau peninggalan itu tidak material sehingga masa pengeluaran prospektus itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Pendaftar dan orang yang tidak dianggap sebagai memberi kuasa atau menyebabkan pengeluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen 39 dan 40, seseorang itu tidak boleh disifatkan sebagai telah memberi kuasa atau menyebabkan

Skim Kepentingan 57

pengeluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk oleh sebab—

(a)

dia memberikan persetujuannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 33; atau

Suggest a correction

(b)

namanya dimasukkan dalam prospektus sebagai pemegang amanah bagi pemegang kepentingan, juruaudit, pegawai bank dan peguam bela dan peguam cara.

Perintah berhenti

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk tidak mematuhi atau tidak disediakan mengikut mana-mana peruntukan Akta ini;

Suggest a correction

(b)

suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang mengandungi pernyataan atau maklumat palsu atau mengelirukan;

Suggest a correction

(c)

suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang mengandungi pernyataan atau maklumat yang terdapat peninggalan material; atau

Suggest a correction

(d)

syarikat pengurusan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta Syarikat 2016,

Pendaftar boleh, melalui perintah berhenti secara bertulis menyampaikan ke atas syarikat pengurusan itu atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Pendaftar, mengarahkan syarikat pengurusan itu atau mana-mana orang lain untuk tidak mengumpukkan, mengeluarkan, menawarkan, membuat pelawaan untuk melanggan atau membeli atau menjual, kepentingan selanjutnya yang berhubung dengan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu, mengikut kehendak keadaan.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), Pendaftar tidak boleh membuat perintah di bawah subseksyen (1) melainkan jika Pendaftar telah memberikan peluang munasabah untuk didengari kepada mana-mana orang yang terjejas atau syarikat pengurusan itu sama ada perintah berhenti itu boleh dibuat.

Suggest a correction

(3)

Jika Pendaftar berpendapat bahawa dengan memberikan peluang untuk didengari akan menyebabkan kelengahan yang akan menjejaskan kepentingan awam, Pendaftar boleh membuat perintah berhenti interim tanpa memberikan peluang untuk didengari.

Suggest a correction

(4)

Perintah berhenti interim di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, mempunyai kuat kuasa selama enam puluh hari dari tarikh perintah berhenti interim itu dibuat atau setelah selesai perbicaraan dalam subseksyen (2), mengikut mana-mana tarikh yang terkemudian.

Suggest a correction

(5)

Jika perintah berhenti yang dibuat di bawah subseksyen (1)

atau perintah berhenti interim yang dibuat di bawah subseksyen (3)

berkuat kuasa, Bab ini hendaklah terpakai seolah-olah prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu tidak didaftarkan.

Suggest a correction

(6)

Perintah berhenti interim yang dibuat di bawah subseksyen (3)

boleh dibatalkan secara bertulis jika Pendaftar berpuas hati bahawa hal keadaan yang menyebabkan perintah berhenti itu dibuat tidak lagi wujud.

Suggest a correction

(7)

Jika permohonan untuk melanggan atau membeli kepentingan yang berhubung dengan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu telah dibuat sebelum perintah berhenti dibuat di bawah subseksyen (1)—

(a)

jika kepentingan itu belum dikeluarkan kepada pemohon—

Suggest a correction

(i)

permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan dibatalkan dan syarikat pengurusan atau mana-mana orang lain yang menerima wang hendaklah dengan serta-merta membayar balik

Skim Kepentingan 59

semua wang yang diterima daripada pemohon tanpa faedah atau pulangan; dan

(ii)

jika wang itu tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah berhenti, syarikat pengurusan hendaklah bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan faedah pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain yang dinyatakan oleh Pendaftar dari tarikh habis tempoh itu; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

jika kepentingan itu telah dikeluarkan kepada pemohon, keluaran kepentingan itu hendaklah disifatkan sebagai terbatal dan syarikat pengurusan atau mana-mana orang lain itu hendaklah—

Suggest a correction

(i)

dengan serta-merta membayar balik tanpa faedah semua wang yang diterima daripada pemohon dan jika mana-mana wang sedemikian tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian perintah berhenti itu, syarikat pengurusan itu hendaklah bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan faedah pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang dinyatakan oleh

Pendaftar dari tarikh habis tempoh itu; dan

(ii)

mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melaksanakan perintah berhenti itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Seseorang yang melanggar perintah berhenti yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau perintah berhenti interim yang dibuat di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Pengeluaran surat ikatan amanah, perjanjian kontraktual, prospektus atau pernyataan penzahiran produk mengikut prinsip

Shariah

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk menubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Shariah untuk memberikan nasihat kepada

Suruhanjaya dan Pendaftar mengenai rangka kerja Shariah yang sesuai untuk diterima pakai dan diluluskan bagi maksud Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PENGURUSAN, AUDIT DAN MESYUARAT

Syarikat Pengurusan

Suggest a correction

Syarikat pengurusan hendaklah mempunyai pejabat berdaftar di

Malaysia

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan itu hendaklah memberitahu Pendaftar mengenai apa-apa perubahan alamat pejabat berdaftar syarikat pengurusan itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu.

Suggest a correction

(3)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Kewajipan dan obligasi am syarikat pengurusan

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengambil segala langkah yang munasabah dan usaha wajar untuk memastikan bahawa skim itu diuruskan mengikut peruntukan Akta ini, dokumen penawaran seperti prospektus atau pernyataan penzahiran produk dan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual;

Suggest a correction

(b)

menjalankan usaha wajar dan cermat dalam menguruskan aset dan dana skim itu;

Suggest a correction

(c)

bertanggungjawab bagi tindakan dan peninggalan pekerjanya, mana-mana orang yang pada masa itu menjalankan fungsi syarikat pengurusan atau orang yang perkhidmatannya digunakan oleh syarikat pengurusan itu;

Suggest a correction

(d)

terus bertanggungan kepada pemegang kepentingan bagi apa-apa tindakan atau peninggalan, walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana kontrak atau perjanjian;

Suggest a correction

(e)

memastikan bahawa pegawai atau pekerjanya tidak menggunakan secara tidak wajar jawatan mereka atau maklumat untuk mendapatkan, secara langsung atau tidak langsung, kelebihan bagi diri pegawai atau pekerja itu atau bagi mana-mana orang lain atau menyebabkan skim itu terjejas; dan

Suggest a correction

(f)

mematuhi waad yang terkandung dalam surat ikatan amanah atau terma yang termaktub dalam perjanjian kontraktual.

Suggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Obligasi terhadap pemegang amanah

Suggest a correction

Seksyen 46

Skim Kepentingan 61

Open as pageSuggest a correction

(a)

hendaklah membayar kepada pemegang amanah apa-apa wang yang perlu dibayar kepada pemegang amanah di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual dalam masa tiga puluh hari selepas wang itu diterima oleh syarikat pengurusan itu;

Suggest a correction

(b)

tidak boleh tanpa kebenaran pemegang amanah, menyiarkan atau menyebabkan apa-apa penyiaran iklan, pekeliling atau dokumen lain yang mengandungi apa-apa pernyataan mengenai harga jualan kepentingan atau hasil yang diperoleh yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu atau mengandungi apa-apa pelawaan untuk membeli kepentingan;

Suggest a correction

(c)

hendaklah menyediakan atau memastikan bahawa apa-apa butiran sebagaimana yang dikehendaki oleh pemegang amanah tersedia kepada pemegang amanah berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu;

Suggest a correction

(d)

hendaklah menjadikan tersedia kepada pemegang amanah semua buku syarikat, sama ada disimpan di pejabat berdaftar atau di tempat lain bagi pemeriksaan; dan

Suggest a correction

(e)

hendaklah memberikan kepada pemegang amanah apa-apa maklumat secara lisan atau bertulis sebagaimana yang dikehendaki oleh pemegang amanah mengenai semua perkara yang berhubungan dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan syarikat itu atau mana-mana harta syarikat atau selainnya yang berhubungan dengan skim itu, sama ada diperoleh sebelum atau selepas tarikh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

Suggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Skim Kepentingan 63

Kewajipan untuk membeli balik kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

Suatu syarikat pengurusan hendaklah, atas permintaan pemegang kepentingan, membeli apa-apa kepentingan daripada pemegang kepentingan itu dan harga belian itu ialah harga yang dikira mengikut surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

Seksyen 48

Pengasingan dana pemegang kepentingan dan orang lain

Open as pageSuggest a correction

(2)

Dana yang didepositkan ke dalam akaun amanah yang disebut dalam subseksyen (1) hanya boleh dikeluarkan bagi maksud membuat pembayaran—

(a)

kepada pemegang kepentingan atau orang yang layak menerima pembayaran itu; atau

Suggest a correction

(b)

mengikut Akta ini, mana-mana undang-undang bertulis lain, surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apa-apa lebihan baki dalam akaun amanah selepas pembayaran atau peruntukan bagi semua tuntutan pemegang kepentingan yang dananya telah, atau sepatutnya telah didepositkan dalam akaun itu, tidak dianggap sebagai suatu harta amanah dan hendaklah diuruskan seolah-olah lebihan baki itu ialah wang yang tidak dituntut di bawah undang-undang yang berhubungan dengan wang yang tidak dituntut.

Suggest a correction

(4)

Pendaftar boleh, atas suatu permohonan oleh seseorang yang mempunyai kepentingan kewangan dalam atau tuntutan terhadap suatu akaun amanah, membuat suatu perintah—

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

untuk menghalang pemegang amanah daripada mengendalikan suatu akaun amanah dalam apa cara sekalipun; dan

Suggest a correction

(b)

untuk melantik mana-mana orang untuk mentadbir akaun itu dan untuk menentukan kewajipan dan kuasa orang itu dalam mentadbirkan akaun itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar di bawah seksyen ini boleh merayu kepada Mahkamah.

Larangan melabur dan meminjamkan wang kepada syarikat pengurusan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), wang yang tersedia untuk pelaburan di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual boleh dilaburkan atau dipinjamkan kepada suatu perbadanan yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “perbadanan yang ditetapkan”

ertinya—

(b)

suatu perbadanan atau kelas perbadanan yang, atas syor

Bank Negara Malaysia, telah diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan menjadi suatu perbadanan yang ditetapkan melalui notis yang disiarkan dalam Warta.

Skim Kepentingan 65

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendaftar boleh menyatakan kewajipan, obligasi dan pelakuan yang berhubungan dengan suatu skim

Suggest a correction

Seksyen 50

Berhubung dengan setiap jenis skim, Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk menyatakan—

Open as pageSuggest a correction

(a)

kewajipan, obligasi dan pelakuan syarikat pengurusan;

Suggest a correction

(c)

pengiraan harga keluaran dan harga belian balik setiap unit kepentingan;

Suggest a correction

(e)

kehendak yang berhubungan dengan mesyuarat pemegang kepentingan; dan

Suggest a correction

(f)

apa-apa perkara lain untuk manfaat pemegang kepentingan.

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyebabkan disimpan apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain yang menerangkan transaksi dan kedudukan kewangan skim ini dengan secukupnya dan membolehkan

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

akaun untung rugi dan kunci kira-kira dan apa-apa dokumen yang benar dan patut yang dikehendaki dilampirkan pada rekod itu yang disediakan; dan

Suggest a correction

(b)

menyebabkan rekod dalam perenggan (a) itu disimpan dalam apa-apa cara yang membolehkan rekod itu diaudit secara mudah dan wajar.

Suggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pengarah dan pengurus syarikat pengurusan hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain dalam masa enam puluh hari dari selesainya transaksi yang berhubung dengan catatan itu.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), rekod perakaunan dan rekod operasi lain di luar Malaysia boleh disimpan oleh syarikat pengurusan itu di suatu tempat di luar Malaysia dan dengan syarat bahawa rekod perakaunan dan rekod lain itu hendaklah dihantar kepada dan disimpan di suatu tempat di Malaysia dan pada setiap masa hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh pengarah, apa-apa pernyataan dan pulangan mengenainya berkenaan dengan perniagaan yang diuruskan dalam rekod yang disimpan untuk membolehkan penyata kewangan yang benar dan patut dan apa-apa dokumen yang dikehendaki dilampirkan pada penyata kewangan yang disediakan.

Suggest a correction

(4)

Jika apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain disimpan di suatu tempat di luar Malaysia di bawah subseksyen (1) atau (2),

Pendaftar boleh menghendaki syarikat pengurusan untuk mengemukakan rekod itu di suatu tempat di Malaysia atau menentukan jenis dan cara rekod itu perlu disimpan di Malaysia.

Suggest a correction

(5)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pelantikan dan kelulusan juruaudit

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada pengarah atau pekerja suatu syarikat pengurusan, pemegang amanah atau penjaga dan tiada firma yang baginya mana-mana pengarah atau pekerja merupakan seorang anggota boleh dilantik sebagai juruaudit suatu skim kepentingan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang juruaudit yang telah dipecat oleh syarikat pengurusan daripada jawatannya sebagai juruaudit hendaklah memaklumkan Pendaftar dalam masa tujuh hari dari tarikh pemecatannya itu.

Kuasa dan kewajipan juruaudit

Suggest a correction

Seksyen 53

Skim Kepentingan 67

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang juruaudit hendaklah menyatakan dalam laporan yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

sama ada penyata kewangan itu pada pendapatnya disediakan dengan sepatutnya—

Suggest a correction

(i)

untuk memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai hal ehwal skim itu; dan

(ii)

mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan yang terpakai;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

jika pada pendapatnya penyata kewangan itu tidak disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan yang terpakai—

Suggest a correction

(i)

sama ada pada pendapat juruaudit itu penyata kewangan itu, akan, jika disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan,

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai kedudukan skim itu; dan

(ii)

sama ada penyata kewangan itu tidak akan, jika disediakan sedemikian, memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai perkara itu, sebab dia berpendapat sedemikian;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

sama ada rekod perakaunan dan rekod lain dan daftar yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk disimpan oleh syarikat pengurusan yang berhubungan dengan skim, pada pendapatnya, disimpan dengan sempurna mengikut Akta ini;

Suggest a correction

(d)

apa-apa kecacatan atau ketidakteraturan dalam penyata kewangan itu dan apa-apa perkara yang tidak dinyatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan yang disatukan itu tanpa mengambil kira gambaran yang benar dan patut mengenai perkara yang diperkatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan yang disatukan itu tidak akan diperoleh; dan

Suggest a correction

(e)

jika juruaudit itu tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), sebab dia tidak berpuas hati.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seorang juruaudit bagi suatu skim hendaklah mempunyai kewajipan untuk menyatakan pendapat dan menyatakan dalam laporan juruaudit butir-butir mengenai apa-apa kekurangan, kegagalan atau kelemahan mengenai setiap daripada perkara yang berikut:

(a)

sama ada juruaudit itu telah memperoleh semua maklumat dan penjelasan yang dikehendakinya; atau

Suggest a correction

(b)

sama ada perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya, termasuklah daftar, telah disimpan oleh syarikat pengurusan yang berhubungan dengan skim sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini.

Skim Kepentingan 69

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Seseorang juruaudit suatu skim mempunyai hak untuk mengakses pada setiap masa yang munasabah rekod perakaunan dan rekod lain termasuklah daftar skim ini, dan berhak untuk menghendaki daripada mana-mana pegawai syarikat pengurusan itu apa-apa maklumat dan penjelasan sebagaimana yang dikehendaki oleh juruaudit itu bagi maksud audit.

Suggest a correction

(5)

Laporan juruaudit itu hendaklah dilampirkan pada atau diendorskan ke atas penyata kewangan itu dan hendaklah diedarkan kepada semua pemegang kepentingan dan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pemegang kepentingan pada bila-bila masa yang munasabah.

Suggest a correction

(6)

Seseorang juruaudit skim atau ejen juruaudit itu yang diberi kuasa olehnya secara bertulis berhak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tahunan skim dan menerima semua notis dan komunikasi lain yang berhubungan dengan, mana-mana mesyuarat tahunan yang pemegang kepentingan berhak untuk menerima, dan untuk didengar di mana-mana mesyuarat tahunan yang ejen juruaudit itu hadir pada mana-mana bahagian urusan mesyuarat berkenaan dengan juruaudit itu atas kapasitinya sebagai juruaudit.

Suggest a correction

(7)

Seseorang juruaudit hendaklah, dalam penjalanan pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit suatu skim, dengan serta-merta melaporkan secara bertulis kepada Pendaftar, jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

telah berlaku pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

hal keadaan itu sedemikian yang pada pendapat juruaudit itu perkara itu belum atau tidak akan diuruskan secukupnya oleh ulasannya dalam laporan mengenai penyata kewangan atau dengan membawa perkara itu kepada pengetahuan pengarah syarikat pengurusan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Seseorang pegawai suatu syarikat pengurusan yang enggan atau gagal tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang untuk membenarkan juruaudit skim itu atau seorang juruaudit bagi syarikat

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

pengurusan itu mengakses, mengikut seksyen ini, kepada mana-mana rekod perakaunan dan rekod lain, termasuklah daftar, skim atau syarikat pengurusan yang dalam jagaan atau kawalannya, atau memberikan apa-apa maklumat atau penjelasan yang dan apabila dikehendaki di bawah seksyen ini, atau selainnya menghalang, menggalang atau melengahkan seorang juruaudit dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan kuasanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(9)

Mana-mana juruaudit yang melanggar subseksyen (7)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Kewajipan juruaudit untuk menzahirkan amalan ketidakteraturan atau amalan yang tidak wajar

Suggest a correction

Seksyen 54

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang juruaudit suatu skim, melaporkan kepada syarikat pengurusan—

Suggest a correction

(i)

apa-apa amalan ketidakteraturan atau amalan yang tidak wajar dalam pentadbiran skim yang sampai kepada pengetahuannya; atau

(ii)

apa-apa kesalahan serius yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran yang telah dilakukan oleh pegawai syarikat pengurusan itu; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

mengemukakan suatu salinan laporan itu kepada Pendaftar jika terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa laporan itu adalah atau mungkin menjadi kepentingan material kepada Pendaftar.

Skim Kepentingan 71

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

suatu laporan menjadi kepentingan material kepada

Pendaftar jika laporan itu menguruskan suatu perkara yang, kerana sifat atau potensi kesan kewangan, telah menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerugian kewangan kepada skim atau mana-mana pemegang kepentingan atau pemiutang; dan

Suggest a correction

(b)

“kesalahan serius yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran” ertinya suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun atau nilai aset yang diperoleh atau boleh diperoleh atau apa-apa kerugian yang ditanggung oleh skim, syarikat pengurusan atau pemegang kepentingan daripada pelakuan kesalahan itu melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang juruaudit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Mesyuarat Skim

Suggest a correction

Rekuisisi mesyuarat oleh pemegang kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengarah syarikat pengurusan itu hendaklah memanggil mesyuarat pemegang kepentingan jika syarikat pengurusan itu menerima suatu permohonan daripada tidak kurang daripada lima puluh bilangannya atau sepuluh peratus pemegang kepentingan, mana-mana yang lebih rendah.

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(3)

Suatu mesyuarat yang dipanggil bagi maksud seksyen ini hendaklah—

(a)

diadakan pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis dan iklan, pada masa tidak lewat daripada dua bulan selepas pemberian notis itu;

Suggest a correction

(i)

seseorang yang dilantik oleh pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu yang hadir pada mesyuarat itu; atau

(ii)

jika tiada pelantikan dibuat di bawah subperenggan (i), seorang penama pemegang amanah; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

dijalankan mengikut surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual atau, jika tiada peruntukan sedemikian dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi mesyuarat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Notis mesyuarat pemegang kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

(1)

Notis mesyuarat pemegang kepentingan hendaklah secara bertulis dan diberikan kepada pemegang kepentingan sama ada—

(c)

sebahagiannya dalam salinan cetak dan sebahagiannya dalam bentuk elektronik; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, suatu notis—

(a)

yang diberikan dalam salinan cetak hendaklah dihantar kepada mana-mana pemegang kepentingan sama ada secara peribadi atau melalui pos ke alamat yang dibekalkan oleh pemegang kepentingan itu kepada syarikat pengurusan bagi maksud itu; atau

Suggest a correction

(b)

yang diberikan dalam bentuk elektronik hendaklah dihantar ke alamat yang diberikan oleh pemegang kepentingan itu kepada syarikat pengurusan bagi maksud itu atau dengan menyiarkannya di laman sesawang.

Pemberitahuan penyiaran notis mesyuarat di laman sesawang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 58

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan hendaklah memberitahu pemegang kepentingan mengenai penyiaran notis mesyuarat di laman sesawang dan pemberitahuan itu hendaklah secara bertulis dan diberikan dalam salinan cetak atau bentuk elektronik yang menyatakan—

(a)

bahawa pemberitahuan itu adalah mengenai mesyuarat pemegang kepentingan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Notis itu hendaklah dijadikan tersedia di laman sesawang sepanjang tempoh bermula dari tarikh pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (2) sehingga tamatnya mesyuarat itu.

Tatacara semasa mesyuarat dan proksi

Suggest a correction

Seksyen 59

Peruntukan di bawah Subpenggal 5 dan 6 Penggal 5 Bahagian III

Open as pageSuggest a correction

Akta Syarikat 2016, berhubung dengan syarikat berhad menurut syer, hendaklah terpakai bagi tatacara mesyuarat dan proksi dengan pengubahsuaian yang berikut:

(a)

sebutan mengenai “syarikat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “syarikat pengurusan”;

Suggest a correction

(b)

sebutan mengenai “perlembagaan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “surat ikatan amanah” atau

“perjanjian kontraktual”; dan

Suggest a correction

(c)

sebutan mengenai “ahli” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pemegang kepentingan”.

Rekod ketetapan dan mesyuarat, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 60

Open as pageSuggest a correction

(2)

Rekod hendaklah disimpan selama sekurang-kurangnya tujuh tahun dari tarikh mesyuarat atau keputusan.

Suggest a correction

(3)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Rekod sebagai keterangan ketetapan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 61

Skim Kepentingan 75

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika terdapat suatu rekod prosiding mesyuarat tahunan bagi suatu skim, maka, sehingga dibuktikan sebaliknya—

(a)

mesyuarat itu disifatkan telah diadakan dan bersidang dengan sewajarnya; dan

Suggest a correction

(b)

semua prosiding semasa mesyuarat itu disifatkan telah berjalan dengan sewajarnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

PENGGULUNGAN SKIM

Suggest a correction

Penggulungan skim sebagaimana yang dikehendaki oleh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual

Seksyen 62

Open as pageSuggest a correction

(a)

pada suatu masa yang dinyatakan; atau 76 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(b)

dalam hal keadaan yang dinyatakan atau pada berlakunya sesuatu peristiwa yang dinyatakan.

Suggest a correction

(2)

Suatu peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang berupa untuk memperuntukkan bahawa skim itu akan digulung jika suatu syarikat tertentu terhenti menjadi syarikat pengurusannya hendaklah terbatal.

Penggulungan atas arahan pemegang kepentingan suatu skim pelaburan

Suggest a correction

Seksyen 63

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketetapan itu hendaklah diluluskan oleh sekurang-kurangnya tujuh puluh lima peratus daripada pemegang kepentingan skim atau peratusan yang lebih tinggi sebagaimana yang dinyatakan oleh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

Penggulungan jika maksud skim dicapai atau tidak boleh dicapai

Suggest a correction

Seksyen 64

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan hendaklah menghantar kepada pemegang kepentingan skim, Pendaftar dan pemegang amanah suatu notis bertulis—

(a)

yang menjelaskan cadangan untuk menggulung skim itu, termasuklah menjelaskan bagaimana maksud skim telah dicapai atau mengapa maksud itu tidak boleh dicapai;

Skim Kepentingan 77

Suggest a correction

(b)

yang memaklumkan pemegang kepentingan mengenai hak pemegang kepentingan untuk memanggil suatu mesyuarat pemegang kepentingan untuk mempertimbangkan cadangan penggulungan skim dan untuk mengundi cadangan untuk menggulung skim itu;

dan

Suggest a correction

(c)

yang memaklumkan pemegang kepentingan bahawa syarikat pengurusan itu dibenarkan untuk menggulung skim itu melainkan jika suatu mesyuarat dipanggil untuk mempertimbangkan cadangan penggulungan skim itu dalam masa dua puluh lapan hari dari tarikh notis.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Syarikat pengurusan boleh menggulung skim jika tiada mesyuarat dipanggil dalam masa dua puluh lapan hari untuk mempertimbangkan cadangan penggulungan dan Pendaftar berpuas hati mengenai fakta itu selepas menerima perakuan daripada pemegang amanah.

Penggulungan atas perintah Mahkamah

Suggest a correction

Seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mahkamah boleh memerintahkan syarikat pengurusan suatu skim untuk menggulung skim itu jika—

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

Mahkamah fikirkan adil dan saksama untuk berbuat demikian; atau

Suggest a correction

(b)

dalam masa enam bulan sebelum permohonan kepada

Mahkamah dibuat, pelaksanaan atau proses lain telah dikeluarkan melalui suatu penghakiman, dekri atau perintah yang diperoleh dalam Mahkamah, sama ada di

Malaysia atau tidak, memihak kepada pemiutang, dan terhadap syarikat pengurusan itu dalam kapasitinya berhubung dengan skim itu dan pelaksanaan atau proses itu telah dikembalikan tanpa ditunaikan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu perintah di bawah perenggan (2)(b) boleh dibuat atas permohonan seseorang pemiutang.

Kewajipan syarikat pengurusan dalam penggulungan skim

Suggest a correction

Seksyen 66

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika berlakunya hal keadaan atau kejadian tertentu yang disebut dalam seksyen 62;

Suggest a correction

(b)

jika suatu ketetapan khas telah diluluskan di bawah seksyen 63; atau

Suggest a correction

(c)

jika Mahkamah membuat suatu perintah di bawah seksyen 65.

Suggest a correction

(2)

Suatu kepentingan tidak boleh dikeluarkan oleh suatu syarikat pengurusan apabila hal keadaan di bawah subseksyen (1) timbul.

Suggest a correction

(3)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Skim Kepentingan 79

Perintah sampingan

Suggest a correction

Seksyen 67

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila suatu permohonan dibuat di bawah seksyen ini,

Mahkamah boleh—

(a)

melantik seseorang yang layak untuk bertanggungjawab bagi memastikan skim berdaftar digulung mengikut surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktualnya dan apa-apa perintah termasuklah atas sebab bahawa syarikat pengurusan itu tidak lagi wujud atau tidak menunaikan obligasinya secara teratur berhubung dengan penggulungan; atau

Suggest a correction

(b)

memberikan arahan tentang bagaimana suatu skim boleh digulung, termasuklah bagi sebab bahawa peruntukan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu tidak mencukupi atau tidak boleh dilaksanakan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “seseorang yang layak” ertinya seorang pelikuidasi yang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016.

Wang yang tidak dituntut hendaklah dibayar kepada Pendaftar

Suggest a correction

Seksyen 68

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peruntukan di bawah Subpenggal 2 Penggal 4 Bahagian IV

Akta Syarikat 2016 hendaklah terpakai dalam berurusan dengan wang atau harta yang terletak hak sedemikian pada Pendaftar dengan pengubahsuaian dan penyesuaian yang perlu.

Pembatalan pendaftaran secara sukarela

Suggest a correction

Seksyen 69

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan itu hanya boleh memohon bagi pembatalan pendaftaran jika skim itu tidak memenuhi kehendak minimum pemegang kepentingan sebagaimana yang dinyatakan dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk dan semua pemegang kepentingan bersetuju bahawa skim itu dibatalkan pendaftarannya.

Suggest a correction

(3)

Jika Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan itu mematuhi subseksyen (2), Pendaftar hendaklah memberikan notis pembatalan pendaftaran yang dicadangkan dalam laman sesawang Suruhanjaya dan suatu salinan notis itu hendaklah diberikan kepada syarikat pengurusan dan pemegang amanah.

Suggest a correction

(4)

Selepas luput tujuh hari dari tarikh penyiaran notis di laman sesawang, Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran skim itu dan skim itu hendaklah disifatkan telah dibubarkan.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 70

Open as pageSuggest a correction

(c)

suatu cubaan untuk membantu, bersubahat, menasihati atau mengusahakan seseorang untuk melanggar Akta ini;

Suggest a correction

(d)

suatu cubaan untuk mendorong, sama ada melalui ugutan, janji atau selainnya, seseorang untuk melanggar Akta ini;

Suggest a correction

(e)

suatu cubaan yang melaluinya mana-mana orang adalah dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, dengan diketahuinya mempunyai kaitan dalam, atau menjadi pihak kepada, pelanggaran Akta ini oleh seseorang; atau

Suggest a correction

(f)

suatu cubaan untuk berkomplot dengan yang lain untuk melanggar Akta ini,

Mahkamah boleh, atas permohonan Pendaftar, atau seseorang yang kepentingannya telah terjejas, sedang terjejas atau akan terjejas oleh pelakuan itu, memberikan suatu injunksi, mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, yang menahan orang yang mula-mula disebut daripada melakukan pelakuan itu dan, jika pada pendapat Mahkamah adalah wajar untuk berbuat demikian, menghendaki orang itu melakukan apa-apa perbuatan atau benda.

Suggest a correction

(2)

Jika seseorang enggan atau gagal, masih enggan atau gagal melakukan suatu perbuatan atau benda yang orang itu dikehendaki melakukannya oleh Akta ini, Mahkamah boleh, atas permohonan

Pendaftar atau mana-mana orang yang kepentingannya telah terjejas, sedang terjejas atau akan terjejas oleh keengganan atau kegagalan untuk melakukan perbuatan atau benda itu, memberikan suatu injunksi, mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, yang menghendaki orang yang enggan atau gagal, masih enggan atau gagal, atau berniat untuk enggan atau gagal melakukan perbuatan atau benda itu.

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(3)

Kuasa Mahkamah untuk memberikan suatu injunksi untuk menahan seseorang daripada melakukan pelakuan boleh dijalankan sama ada atau tidak—

(a)

ternyata kepada Mahkamah bahawa orang itu berniat untuk melakukan lagi atau terus melakukan, pelakuan jenis itu;

Suggest a correction

(b)

orang itu dahulunya melakukan pelakuan jenis itu; atau

Suggest a correction

(c)

terdapat bahaya kerosakan substansial yang ketara kepada mana-mana orang jika orang itu melakukan pelakuan jenis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Kuasa Mahkamah untuk memberikan suatu injunksi yang menghendaki seseorang melakukan suatu perbuatan atau benda boleh dijalankan sama ada atau tidak—

(a)

didapati oleh Mahkamah bahawa orang itu berniat untuk enggan atau gagal lagi, atau terus enggan atau gagal, untuk melakukan perbuatan atau benda itu;

Suggest a correction

(b)

orang itu dahulunya enggan atau gagal untuk melakukan perbuatan atau benda itu; atau

Suggest a correction

(c)

terdapat bahaya kerosakan substansial yang ketara kepada mana-mana orang jika orang itu enggan atau gagal melakukan perbuatan atau benda itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika Pendaftar memohon kepada Mahkamah bagi pemberian suatu injunksi di bawah seksyen ini, Mahkamah tidak boleh menghendaki pemohon itu atau mana-mana orang lain untuk memberikan suatu aku janji tentang kerugian sebagai syarat pemberian injunksi interim.

Suggest a correction

(6)

Jika suatu permohonan bagi injunksi di bawah subseksyen (1)

atau (2) telah dibuat, Mahkamah boleh memberikan suatu injunksi dengan persetujuan semua pihak kepada prosiding, jika Mahkamah

Skim Kepentingan 83

menentukannya sesuai, sama ada Mahkamah berpuas hati bahawa subseksyen itu terpakai atau tidak.

Suggest a correction

(7)

Mahkamah boleh memberikan suatu injunksi interim, sementara menanti penentuan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika pada pendapat Mahkamah adalah wajar untuk berbuat demikian.

Suggest a correction

(8)

Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah injunksi yang diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (7).

Suggest a correction

(9)

Dalam memberikan suatu injunksi untuk menahan seseorang daripada melakukan pelakuan tertentu, atau untuk menghendaki seseorang melakukan perbuatan atau benda tertentu, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu membayar ganti rugi kepada mana-mana orang lain, sama ada sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti bagi pemberian injunksi.

Kuasa Pendaftar untuk campur tangan

Suggest a correction

Seksyen 71

Skim Kepentingan 81

Open as pageSuggest a correction

(a)

skim itu tidak dapat untuk memenuhi obligasinya apabila perlu dipenuhi;

Suggest a correction

(b)

pengendalian, pengurusan atau pentadbiran skim tidak dijalankan mengikut surat ikatan amanah, surat ikatan amanah tambahan, perjanjian kontraktual atau perjanjian kontraktual tambahan; atau

Suggest a correction

(c)

terma dan syarat bagi kebenaran suatu skim yang dikenakan oleh Pendaftar tidak dipatuhi.

Suggest a correction

(2)

Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh membuat satu atau lebih yang berikut:

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

memerintahkan syarikat pengurusan untuk menghentikan pengeluaran atau penawaran kepentingan kepada orang awam sehingga notis selanjutnya;

Suggest a correction

(b)

menghendaki juruaudit skim untuk menjalankan audit ke atas skim itu dan mengemukakan laporannya dalam masa yang dinyatakan oleh Pendaftar;

Suggest a correction

(c)

memerintahkan syarikat pengurusan untuk menggulung skim; atau

Suggest a correction

(d)

memberikan apa-apa arahan lain yang perlu bagi melindungi kepentingan pemegang kepentingan.

Kuasa Pendaftar untuk menamatkan skim tidak berdaftar

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 72

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengarahkan mana-mana orang untuk membayar pampasan kepada mana-mana orang yang telah membeli apa-apa kepentingan dalam skim itu;

Suggest a correction

(b)

menghalang mana-mana orang daripada menjalankan mana-mana aktiviti yang berikut:

Suggest a correction

(i)

mempromosikan apa-apa kepentingan dalam skim itu kepada orang awam;

(ii)

menguruskan atau menjana minat kepada produknya atau menawarkan produk;

Suggest a correction

(iii)

mencetak, menyiarkan atau mengedar atau menyebabkan supaya dicetak, disiarkan atau diedarkan, bahan bertulis yang mempromosikan kepentingan dalam skim itu;

Skim Kepentingan 85

Suggest a correction

(iv)

membuat apa-apa syor, atau menawarkan nasihat, sama ada secara lisan atau bertulis, kepada mana-mana orang berhubung dengan produk atau suatu keputusan oleh seseorang tentang sama ada untuk melabur dalam produk itu atau tidak;

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

mendorong, mencari, mengumpul atau menerima wang daripada seseorang berhubung dengan skim itu; atau

Suggest a correction

(c)

memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Pendaftar boleh memohon kepada Mahkamah bagi suatu perintah untuk membatalkan mana-mana kontrak yang dibuat akibat apa-apa tawaran kepentingan dalam skim tidak berdaftar dan apa-apa arahan berbangkit lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

Suggest a correction

(3)

Permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah secara permohonan ex parte.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.

Kuasa untuk mengecualikan daripada mematuhi Akta

Suggest a correction

Seksyen 73

Open as pageSuggest a correction

(2)

Notis dalam subseksyen (1) boleh memperuntukkan bahawa pengecualian boleh tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam notis.

86 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(3)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar mana-mana terma atau syarat yang dinyatakan dalam notis pengecualian melakukan suatu kesalahan.

Perlindungan kepada pegawai tertentu yang membuat penzahiran

Suggest a correction

Seksyen 74

Open as pageSuggest a correction

(a)

apa-apa perkara yang boleh atau akan menjadi pelanggaran atau ketidakpatuhan peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

atau

Suggest a correction

(b)

suatu kesalahan serius yang melibatkan fraud atau kecurangan, telah, sedang atau berkemungkinan untuk dilakukan terhadap Akta ini atau syarikat pengurusan atau oleh pegawai lain syarikat pengurusan, pegawai itu boleh melaporkan perkara itu secara bertulis kepada

Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan tidak boleh memecat, menurunkan pangkat, mendiskriminasi terhadap, atau mengganggu pekerjaan sah atau kehidupan mana-mana pegawai oleh sebab laporan yang dikemukakan olehnya di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Tiada pegawai syarikat pengurusan bertanggungan untuk dibawa guaman dalam mana-mana Mahkamah atau tertakluk kepada proses mana-mana tribunal, termasuklah tindakan disiplin bagi apa-apa laporan yang dikemukakan olehnya di bawah subseksyen (1) jika laporan itu dikemukakan dengan suci hati.

Penalti am

Suggest a correction

Seksyen 75

Open as pageSuggest a correction

(a)

melakukan apa-apa perbuatan yang dia dilarang untuk melakukannya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

meninggalkan apa-apa perbuatan yang dia dikehendaki atau diarahkan untuk melakukannya di bawah Akta ini;

atau

Suggest a correction

(c)

selainnya melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti atau hukuman tidak melebihi penalti atau hukuman yang disebut dengan nyata sebagai penalti atau hukuman bagi kesalahan itu, atau jika sesuatu penalti atau hukuman tidak disebut—

(a)

dalam hal seseorang itu ialah seorang individu, dikenakan penalti tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal seseorang itu ialah selain seorang individu, dikenakan penalti tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “individu” ertinya orang sebenar.

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 76

Open as pageSuggest a correction

(a)

nama dan alamat pemegang kepentingan;

88 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(b)

takat pegangan setiap pemegang kepentingan dan, jika kepentingannya terdiri daripada kepentingan tertentu dalam mana-mana harta, perihal harta dan lokasinya memadai untuk mengenal pastinya;

Suggest a correction

(c)

tarikh nama setiap orang dimasukkan dalam daftar sebagai pemegang kepentingan;

Suggest a correction

(d)

tarikh mana-mana orang terhenti menjadi pemegang kepentingan; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa maklumat lain yang difikirkan perlu oleh

Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Sesuatu syarikat pengurusan boleh menyimpan dan menyenggara daftar pemegang kepentingan di tempat selain pejabat berdaftarnya tetapi hendaklah memberitahu Pendaftar mengenai fakta itu.

Kewajipan untuk menyerah simpan penyata, pernyataan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 77

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu penyata yang mengandungi senarai semua orang yang, pada akhir tahun kewangan, merupakan pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, yang menunjukkan nama dan alamat setiap pemegang kepentingan dan takat pegangannya dan, jika kepentingannya terdiri daripada kepentingan tertentu dalam mana-mana harta, perihalan harta dan lokasi yang memadai untuk mengenal pastinya;

Suggest a correction

(i)

semua pembelian dan penjualan harta dan sekuriti boleh dipasarkan yang menyentuh kepentingan pemegang kepentingan semasa tahun kewangan itu;

dan

(ii)

segala pelaburan lain yang menyentuh kepentingan pemegang kepentingan yang dibuat semasa tahun kewangan itu, yang menunjukkan perihalan dan kuantiti pelaburan itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

suatu pernyataan mengenai jumlah bayaran broker yang menyentuh kepentingan pemegang kepentingan yang dibayar atau dikenakan oleh syarikat pengurusan semasa tahun kewangan itu dan kadar amaun bayaran broker yang dibayar kepada mana-mana broker saham atau syer, atau mana-mana pekongsi, pekerja atau penama mana-mana broker saham atau syer, yang merupakan seorang pegawai syarikat pengurusan dan kadar yang dipegang oleh syarikat pengurusan itu;

Suggest a correction

(d)

suatu senarai semua petak harta dan sekuriti boleh pasar, dan pelaburan lain, yang dipegang oleh pemegang amanah berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, pada akhir tahun kewangan, yang menunjukkan nilai harta, sekuriti atau pelaburan lain dan asas penilaian; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa penyata dan butir-butir lain yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(2)

Penyata yang diserah simpan itu hendaklah disertakan dengan penyata kewangan skim itu yang telah diaudit yang disediakan di bawah seksyen 53.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan Pendaftar di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang pengarah syarikat pengurusan.

Suggest a correction

(4)

Apabila diminta oleh seorang pemegang kepentingan bagi apa-apa dokumen yang diserah simpan dengan Pendaftar di bawah

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

perenggan (1)(b), (c), (d) dan (e), syarikat pengurusan hendaklah menghantar suatu salinan dokumen itu kepada pemegang kepentingan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permintaan.

Dokumen hendaklah disimpan di pejabat berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 78

Open as pageSuggest a correction

(a)

semua surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual;

Suggest a correction

(b)

semua prospektus atau pernyataan penzahiran produk;

Suggest a correction

(c)

semua perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(d)

semua daftar, buku berkanun, rekod dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(e)

semua minit semua mesyuarat dan ketetapan pemegang kepentingan;

Suggest a correction

(f)

salinan semua komunikasi bertulis kepada semua pemegang kepentingan atau semua pemegang syer kelas yang sama;

Suggest a correction

(h)

rekod perakaunan skim yang dikehendaki di bawah seksyen 51.

Suggest a correction

(2)

Dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar bagi tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam peruntukan lain

Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)

boleh disimpan di tempat selain di pejabat berdaftar syarikat pengurusan dengan syarat bahawa suatu notis awal kepada Pendaftar

Skim Kepentingan 91

telah diberikan dalam masa empat belas hari selepas tarikh perubahan itu.

Suggest a correction

(4)

Syarikat pengurusan yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Bentuk dokumen, penggunaan komputer dan cara lain bagi perekodan dokumen

Suggest a correction

Seksyen 79

Open as pageSuggest a correction

(b)

dalam bentuk atau cara, elektronik atau selainnya, yang membolehkan dokumen dan maklumat mudah diakses dan dikeluarkan semula ke dalam bentuk bertulis.

Suggest a correction

(2)

Syarikat pengurusan hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menghalang dokumen dan rekod yang disimpan dalam bentuk yang disebut dalam subseksyen (1) daripada dipalsukan.

Suggest a correction

(3)

Jika syarikat pengurusan mendapati bahawa suatu dokumen atau rekod telah dipalsukan, syarikat pengurusan itu hendaklah memberitahu Pendaftar, dan Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk—

(a)

meminda, membetulkan atau mengubah dokumen atau rekod itu sebagaimana yang perlu; atau

Suggest a correction

(b)

mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Pemeriksaan daftar dan dokumen di pejabat berdaftar

Suggest a correction

Seksyen 80

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang diberi kuasa di bawah Akta ini untuk memeriksa daftar atau dokumen itu hendaklah dibenarkan untuk membuat salinan atau mengambil dokumen atau sebahagian daripadanya, atau mengambil cabutan daripada dokumen itu.

Suggest a correction

(3)

Syarikat pengurusan hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan dokumen itu diperiksa.

Suggest a correction

(4)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Daftar dan pemeriksaan dokumen yang diserah simpan dengan

Pendaftar

Suggest a correction

Seksyen 81

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang boleh, setelah membayar fi yang ditetapkan—

Skim Kepentingan 93

(a)

memeriksa apa-apa dokumen yang difailkan atau diserah simpan dengan Pendaftar;

Suggest a correction

(b)

meminta perakuan kebenaran suatu skim atau apa-apa perakuan lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

meminta suatu salinan atau cabutan daripada apa-apa dokumen yang dia berhak untuk memeriksa di bawah perenggan (a) atau apa-apa perakuan yang disebut dalam perenggan (b) untuk diberikan dan diperakui oleh

Pendaftar.

Pernyataan yang palsu dan mengelirukan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 82

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam hal suatu syarikat pengurusan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal pegawai syarikat pengurusan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(2)

Tiap-tiap orang yang dalam apa-apa penyata, laporan, perakuan, penyata kewangan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh atau bagi maksud Akta ini—

94 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

membuat atau membenarkan supaya dibuat suatu pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material yang diketahuinya sebagai palsu; atau

Suggest a correction

(b)

mengelirukan atau dengan sengaja meninggalkan atau membenarkan peninggalan itu atau penerimaan apa-apa perkara atau benda yang menjadikan dokumen itu mengelirukan dalam hal material, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika seseorang pada sesuatu mesyuarat yang mengundi menyokong supaya pernyataan yang disebut dalam seksyen ini dibuat yang diketahuinya sebagai palsu, dia hendaklah disifatkan telah membenarkan pernyataan itu dibuat.

Nilai keterangan salinan yang diperakui oleh Pendaftar

Suggest a correction

Seksyen 83

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebutan dalam subseksyen (1) mengenai suatu dokumen termasuk, jika pengeluaran semula dokumen itu telah digabungkan dengan daftar yang disimpan oleh Pendaftar, sebutan mengenai pengeluaran semula itu.

Keterangan kehendak berkanun

Suggest a correction

Seksyen 84

Dalam apa-apa prosiding undang-undang, jika Pendaftar memperakui bahawa—

Open as pageSuggest a correction

(a)

tiada skim didaftarkan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan pada tarikh atau semasa tempoh yang dinyatakan dalam perakuan, perakuan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie bahawa di bawah nama skim itu dan pada tarikh atau semasa tempoh itu, skim itu tidak didaftarkan; dan

Suggest a correction

(b)

keperluan Akta ini atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan yang dinyatakan dalam perakuan itu—

Suggest a correction

(i)

telah atau tidak dipatuhi pada tarikh atau dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu; atau

(ii)

telah dipatuhi pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu tetapi tidak sebelum tarikh itu, perakuan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.

Pembetulan daftar

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 85

Skim Kepentingan 95

Open as pageSuggest a correction

(a)

mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang;

Suggest a correction

(b)

mengandungi perkara yang, dalam butir material, adalah palsu atau mengelirukan dalam bentuk atau konteks yang perkara itu dimasukkan;

Suggest a correction

(c)

oleh sebab peninggalan atau salah perihalan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya; atau

Suggest a correction

(d)

adalah tidak betul atau salah.

96 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Suggest a correction

(2)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), bagi membolehkan Pendaftar membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan itu, Pendaftar boleh—

(a)

menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau untuk memberi Pendaftar apa-apa maklumat yang difikirkan perlu oleh Pendaftar untuk membetulkan catatan itu; atau

Suggest a correction

(b)

menghendaki pemohon untuk memberikan notis permohonan itu kepada mana-mana orang lain yang dinyatakan oleh Pendaftar sebagai seorang yang didapati oleh Pendaftar mempunyai kaitan atau mempunyai kepentingan dalam skim itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh menolak apa-apa permohonan jika kesilapan, kesalahan atau peninggalan itu tidak timbul dalam perjalanan biasa penunaian tugas Pendaftar.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar dalam seksyen ini boleh merayu kepada Mahkamah.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar dan Pendaftar hendaklah membetulkan daftar dengan sewajarnya setelah menerima perintah itu.

Suggest a correction

(6)

Pendaftar boleh, tanpa permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), membetulkan daftar jika, pada pendapatnya, suatu kemasukan yang—

(a)

mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang;

Suggest a correction

(b)

mengandungi perkara yang, dalam butir material, adalah palsu atau mengelirukan dalam bentuk atau konteks yang perkara itu dimasukkan;

Suggest a correction

(c)

oleh sebab peninggalan atau salah perihalan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya; atau

Skim Kepentingan 97

Suggest a correction

(d)

tidak betul atau salah.

Penyerahsimpanan dokumen secara elektronik

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 86

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu dokumen yang diserah simpan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah memenuhi keperluan penyerahsimpanan jika dokumen itu disampaikan atau dihantar kepada Pendaftar mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh

Pendaftar.

Suggest a correction

(3)

Suatu dokumen yang dikehendaki supaya dicapkan, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika dokumen itu diserah simpan secara elektronik, diperakukan sebagai salinan sebenar atau ditentusahkan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Pendaftar.

Suggest a correction

(4)

Jika suatu dokumen diserah simpan secara elektronik dengan

Pendaftar, Pendaftar tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan daripada apa-apa jua sifat atau bagaimanapun berbangkit yang didapati dalam apa-apa dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah serahan yang disebut dalam subseksyen (1) jika kesilapan atau peninggalan itu berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau pemberhentian perkhidmatan atau kerosakan peralatan yang digunakan bagi membuat serahan itu tanpa pengetahuan Pendaftar.

Pengeluaran dokumen secara elektronik

Suggest a correction

Seksyen 87

Open as pageSuggest a correction

Pendaftar boleh, secara elektronik, mengeluarkan sesuatu dokumen yang dikehendaki untuk dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah

Akta ini.

98 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Maklumat secara elektronik, dokumen, dsb., yang diperakukan oleh Pendaftar diterima sebagai keterangan

Seksyen 88

Open as pageSuggest a correction

Apa-apa maklumat, dokumen atau mana-mana salinan atau apa-apa cabutan daripada mana-mana dokumen yang diserah simpan secara elektronik dengan Pendaftar di bawah Akta ini, yang dikeluarkan oleh Pendaftar sebagai salinan sebenar atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang diserah simpan dengan atau diserahkan kepada Pendaftar di bawah seksyen 86 atau dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 87 hendaklah, dalam mana-mana prosiding, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai perkara yang dinyatakan dalam maklumat, dokumen, salinan atau cabutan itu.

Seksyen 89

Kuasa untuk meminda Jadual

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Seksyen 90

Peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

menetapkan penubuhan dan pentadbiran dana pampasan bagi maksud skim kepentingan yang didaftarkan di bawah

Akta ini dan cara dana pampasan akan diguna pakai;

Suggest a correction

(b)

menetapkan penyerahsimpanan atau pendaftaran dokumen dan masa serta cara pengemukaan dokumen bagi penyerahsimpanan atau pendaftaran;

Skim Kepentingan 99

Suggest a correction

(c)

menetapkan fi yang kena dibayar kepada Pendaftar berkenaan dengan apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk diserah simpan, difailkan dan didaftarkan dengan atau yang dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah Akta ini atau apa-apa tindakan yang dikehendaki untuk dilaksanakan oleh Pendaftar atau bagi pemeriksaan mana-mana dokumen itu;

Suggest a correction

(d)

menetapkan fi yang kena dibayar kepada Pendaftar berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Pendaftar; atau

Suggest a correction

(e)

menetapkan apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan bagi menguatkuasakan Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang berlanggaran dengan mana-mana peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Kuasa untuk mengisytiharkan kepentingan untuk dikawal selia di bawah undang-undang sekuriti

Suggest a correction

Seksyen 91

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, membuat peraturan-peraturan bagi maksud pengisytiharan di bawah subseksyen (1).

*CATATAN—Dahulunya disebut “Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498]”–lihat Akta A1489.

100 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

Kecualian dan peralihan

Suggest a correction

Seksyen 92

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada mana-mana skim yang diiktiraf dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu syarat atau sekatan yang baginya kelulusan untuk pendaftaran di bawah ini Akta tertakluk.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif lain, walau apa jua dipanggil, yang diberikan, dibuat atau dilakukan di bawah, mengikut atau menurut kuasa peruntukan bersamaan Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang baginya kelulusan, arahan, keputusan, pemberitahuan, pengecualian dan tindakan eksekutif itu terpakai sehingga dipinda, dimansuhkan,dihapuskan, dibatalkan, digantikan atau diubah di bawah, mengikut atau menurut kuasa peruntukan bersamaan Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Tiada apa-apa boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan atau pelanggaran yang dilakukan di bawah Bahagian IV Penggal 5 *Akta Syarikat 1965

[Akta 125] sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau mana-mana prosiding yang dibawa, hukuman yang dikenakan atau tindakan yang diambil sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan atau pelanggaran itu.

Suggest a correction

(5)

Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dilakukan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding undang-undang, remedi atau penyiasatan berkenaan dengan hak, keistimewaan, obligasi atau liabiliti itu tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017—lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Skim Kepentingan 101

Suggest a correction

(6)

Dalam seksyen ini, “skim yang diiktiraf” ertinya skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang surat ikatan amanah dan prospektusnya telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah *Akta

Syarikat 1965.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL PERTAMA

[Seksyen 20]

WAAD YANG HENDAKLAH DIMASUKKAN DALAM SURAT IKATAN AMANAH

ATAU PERJANJIAN KONTRAKTUAL

1. Waad yang mengikat syarikat pengurusan:

(a)

bahawa syarikat pengurusan akan menggunakan sebaik-baiknya untuk menjalankan dan melakukan perniagaannya secara wajar dan cekap dan untuk memastikan bahawa mana-mana kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu dijalankan dan dilakukan secara wajar dan cekap;

(b)

bahawa syarikat pengurusan tidak akan menjual apa-apa kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu selain pada harga yang dikira mengikut surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual;

(c)

bahawa tidak ada wang yang tersedia untuk pelaburan di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual akan dilaburkan dalam atau dipinjamkan kepada syarikat pengurusan, pemegang amanah atau mana-mana syarikat selain yang dibenarkan di bawah Akta ini;

(d)

bahawa syarikat pengurusan akan memberikan apa-apa butir yang mencukupi untuk menzahirkan jenis kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan, dan ciri kepentingan, yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu;

(e)

bahawa dalam hal skim premium atau skim asing, syarikat pengurusan akan mengadakan peruntukan yang mewujudkan amanah atau mengandungi suatu perisytiharan amanah, dan menyatakan butir-butir penuh amanah itu, termasuklah maklumat yang tepat mengenai hal

102 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

keadaan yang wang, cagaran boleh pasar, pelaburan dan harta lain yang tertakluk kepada amanah itu terletak hak atau akan terletak hak pada pemegang amanah itu, dan obligasi terhadap pemegang kepentingan itu berkenaan dengan harta itu;

(f)

bahawa dalam hal skim kecil, syarikat pengurusan akan mengadakan peruntukan yang menyatakan bahawa wang, cagaran boleh pasar, pelaburan dan harta lain yang tertakluk kepada amanah itu akan dipegang secara amanah oleh pemegang amanah dan obligasi terhadap pemegang kepentingan itu berkenaan dengan harta itu;

(g)

bahawa syarikat pengurusan mengaku janji dan mengisytiharkan—

(i)

untuk menyimpan dan menyenggara suatu daftar terkini pemegang kepentingan dan untuk membuat daftar itu tersedia untuk diperiksa, secara percuma, oleh mana-mana pemegang kepentingan pada bila-bila masa di pejabat berdaftar syarikat pengurusan atau tempat lain yang pemberitahuan kepada Pendaftar telah diberikan;

(ii)

bahawa unit atau subunit kepentingan yang dibeli atau dilanggan menurut prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan di bawah seksyen 33 Akta tidak boleh diumpukkan lewat daripada enam bulan selepas tarikh prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu;

(iii)

bahawa perakuan berkenaan dengan unit atau subunit kepentingan yang dibeli atau dilanggan menurut prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu dikeluarkan oleh syarikat pengurusan tidak lewat daripada dua bulan selepas pengumpukan unit atau subunit itu, melainkan jika syarat pengeluaran menyatakan dengan jelas bahawa perakuan tidak perlu dikeluarkan; dan

(iv)

jika surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual menghendaki, atau memberikan hak kepada, pemegang kepentingan untuk membuat perjanjian berkaitan dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan, suatu peruntukan yang menggabungkan, sama ada dengan cara lampiran atau selainnya, terma dan bentuk surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu;

(h)

bahawa syarikat pengurusan akan mengadakan peruntukan yang berhubungan dengan—

Skim Kepentingan 103

(i)

tempoh, jika dapat dipastikan, kontrak, perkiraan, aku janji, atau perusahaan atau, jika tempoh itu tidak dapat dipastikan, pernyataan tentang fakta itu;

(ii)

jika kepentingan itu terdiri daripada hak atau kepentingan dalam atau yang timbul daripada pelaburan yang berhubungan dengan harta yang cenderung untuk susut nilai melalui penggunaan atau peluputan masa, butir-butir peruntukan yang dibuat atau yang akan dibuat bagi penggantian harta itu dan sumber yang daripadanya penggantian akan dibuat atau yang daripadanya kos penggantian perlu dipenuhi atau, jika tiada peruntukan dibuat, pernyataan tentang fakta itu;

(iii)

kaedah pengiraan bagi harga tertinggi yang kepentingan berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu boleh dijual oleh syarikat pengurusan;

(iv)

hal keadaan apabila syarikat pengurusan atau mana-mana orang lain boleh dikehendaki untuk membeli daripada pemegang kepentingan apa-apa kepentingan yang telah dilanggan oleh pemegang kepentingan itu atau yang telah diperolehnya, dan kaedah pengiraan harga pembelian kepentingan itu;

(v)

hal keadaan apabila, dan kaedah yang dengannya, semua atau mana-mana pelaburan atau harta lain yang terdiri daripada atau membentuk sebahagian daripada kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu boleh diubah;

(vi)

syarat-syarat yang mengawal pemindahan kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu;

(vii)

syarat-syarat yang mengawal agihan pendapatan kepada pemegang kepentingan itu;

(viii)

pelantikan pemegang amanah;

(ix)

persaraan, pemecatan dan penggantian pemegang amanah;

(x)

persaraan, pemecatan dan penggantian syarikat pengurusan atau, jika syarikat pengurusan tidak boleh dipecat oleh

104 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

pemegang amanah atau pemegang kepentingan, pernyataan mengenai fakta itu;

(xi)

pelantikan, persaraan, pemecatan dan penggantian juruaudit penyata kewangan yang berhubungan dengan kepentingan di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual; dan

(xii)

penamatan atau penggulungan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan;

(i)

bahawa pegawai syarikat pengurusan yang terlibat dalam pembangunan, pengurusan dan operasi skim mempunyai pengalaman dan kepakaran terdahulu dalam menguruskan syarikat awam atau perniagaan yang berkaitan;

(j)

bahawa syarikat pengurusan telah mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada pihak berkuasa yang berkenaan, jika terpakai, bagi pembangunan skim itu;

(k)

bahawa syarikat pengurusan akan mematuhi semua undang-undang bertulis yang berkenaan, notis, arahan, perintah, kehendak atau tuntutan mana-mana kerajaan, badan berkanun atau pihak berkuasa lain yang mempengaruhi skim itu;

(l)

bahawa syarikat pengurusan tidak akan menggunakan tanah itu bagi apa-apa maksud lain selain bagi maksud skim itu tanpa persetujuan

Pendaftar terlebih dahulu; dan

(m)

bahawa syarikat pengurusan tidak akan menukar atau mengubah jenis perniagaan skimnya tanpa persetujuan Pendaftar terlebih dahulu.

2. Waad yang mengikat syarikat pengurusan berkenaan dengan pemegang amanah dan juruaudit:

(a)

bahawa syarikat pengurusan akan memberikan kepada pemegang amanah atau juruaudit apa-apa maklumat lisan atau bertulis yang dikehendaki oleh pemegang amanah atau juruaudit berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan syarikat pengurusan itu atau apa-apa harta, sama ada yang diperoleh sebelum atau selepas tarikh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, syarikat pengurusan atau selainnya yang berhubungan dengan hal ehwal skim itu;

(b)

bahawa syarikat pengurusan akan menjadikan tersedia kepada pemegang amanah atau juruaudit yang dilantik oleh syarikat

Skim Kepentingan 105

pengurusan, untuk pemeriksaan semua buku syarikat pengurusan itu sama ada yang disimpan di pejabat berdaftar syarikat pengurusan atau mana-mana tempat lain yang pemberitahuan mengenainya telah diberikan kepada Pendaftar;

(c)

bahawa syarikat pengurusan akan menyediakan atau memastikan bahawa akan tersedia kepada pemegang amanah apa-apa butir yang dikehendaki oleh pemegang amanah berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu;

(d)

bahawa syarikat pengurusan akan membayar kepada pemegang amanah apa-apa wang yang perlu dibayar oleh syarikat pengurusan kepada pemegang amanah di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual dalam masa tiga puluh hari selepas penerimaan oleh syarikat pengurusan itu;

(e)

bahawa syarikat pengurusan akan mendapatkan kelulusan pemegang amanah berhubung dengan penyiaran apa-apa iklan, surat pekeliling atau dokumen lain yang mengandungi apa-apa pernyataan berkenaan dengan harga jualan kepentingan atau hasil yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual atau mengandungi apa-apa pelawaan untuk membeli kepentingan; dan

(f)

bahawa syarikat pengurusan tidak akan menjual, memindah milik, menggadai atau selainnya melupuskan atau membebankan tanah atau harta kepada mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan bertulis daripada pemegang amanah terlebih dahulu.

3. Waad yang mengikat pemegang amanah:

(a)

bahawa pemegang amanah akan menjalankan segala usaha wajar dan kewaspadaan dalam menjalankan fungsi dan kewajipannya dan dalam mengawasi hak dan kepentingan pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu;

(b)

bahawa pemegang amanah akan memastikan bahawa kepentingan pemegang kepentingan dipelihara dan dilindungi pada setiap masa;

(c)

bahawa pemegang amanah akan menyiasat dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk memastikan apa-apa aduan yang dibuat oleh pemegang kepentingan diselesaikan;

106 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(d)

bahawa pemegang amanah akan menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan buku akaun yang sepatutnya berhubung dengan skim itu;

(e)

bahawa pemegang amanah akan memastikan penyata kewangan bagi skim diaudit oleh juruaudit pada akhir setiap tahun kewangan;

(f)

bahawa pemegang amanah akan menghantar atau menyebabkan dihantar suatu penyata kewangan skim bersama dengan laporan juruaudit kepada setiap pemegang kepentingan dalam masa dua bulan selepas berakhirnya tahun kewangan;

(g)

bahawa pemegang amanah akan memegang wang yang berada dalam akaun amanah sebagaimana yang ditetapkan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual dan melabur wang dalam pelaburan cair dan terjamin yang bersesuaian mengikut terma surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual; dan

(h)

bahawa pemegang amanah akan melaporkan dengan segera kepada

Pendaftar apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual oleh syarikat pengurusan atau ejennya.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL KEDUA

[Seksyen 32]

KANDUNGAN PROSPEKTUS DAN PERNYATAAN PENZAHIRAN PRODUK YANG

BERHUBUNGAN DENGAN SUATU SKIM

BAHAGIAN 1 – Perkara yang dikehendaki dinyatakan dalam prospektus dan pernyataan penzahiran produk

1. Tarikh prospektus atau pernyataan penzahiran produk.

2. Tarikh dan pihak kepada surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

3. Tarikh dan pihak kepada mana-mana surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual atau surat cara yang dengannya mana-mana peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang diluluskan yang berhubungan dengan kepentingan itu telah dipinda atau dibatalkan.

Skim Kepentingan 107

4. Nama dan alamat pejabat berdaftar pemegang amanah atau wakil di bawah mana-mana surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

5. Ringkasan peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang mengawal selia persaraan, pemecatan dan penggantian pemegang amanah atau wakil.

6. Nama dan alamat pejabat berdaftar syarikat pengurusan.

7. Nama, perihalan dan alamat semua pengarah syarikat pengurusan.

8. Ringkasan peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang mengawal selia persaraan, pemecatan dan penggantian syarikat pengurusan.

9. Nama dan alamat juruaudit penyata kewangan yang berhubungan dengan kepentingan di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

10. Ringkasan peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang mengawal selia pelantikan, persaraan, pemecatan dan penggantian mana-mana juruaudit.

11. Tempoh, jika boleh ditentukan, kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu. Dalam hal jika tempoh itu tidak dapat ditentukan, menyatakan fakta itu.

12. Butir-butir penuh berkenaan dengan penamatan atau penggulungan skim itu.

13. Butir-butir yang mencukupi untuk menzahirkan ciri sebenar skim itu berkenaan dengannya kepentingan itu akan dikeluarkan atau ditawarkan kepada orang awam untuk langganan atau pembelian dan sifat umum harta yang berhubung dengan kepentingan itu.

14. Ciri kepentingan yang akan yang dikeluarkan atau ditawarkan dan mana-mana unit atau subunit yang dalamnya kepentingan itu dibahagikan dan hak berhubung dengan kepentingan orang yang menjadi pemegang kepentingan.

15. Jangkaan langganan minimum pemegang kepentingan yang akan didaftarkan di bawah skim itu dan tempoh masa untuk langganan itu dicapai.

16. Alamat yang daftar pemegang kepentingan itu disimpan atau akan disimpan dan hari pada dan waktu daftar itu boleh diakses oleh orang ramai.

17. Kaedah pengiraan harga yang diperuntukkan oleh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang syarikat pengurusan boleh menjual kepentingan atau apa-apa hak berkenaan dengan faedah atau apa-apa unit atau subunit kepentingan itu.

108 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

18. Butir-butir yang mencukupi untuk memerihalkan kewajipan dan obligasi yang dikenakan ke atas pemegang amanah atau wakil yang dilantik oleh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang berhubungan dengan kepentingan.

19. Nama dan alamat setiap orang atau perbadanan yang dengannya pemegang kepentingan diperlukan, dikehendaki atau berhak untuk membuat apa-apa kontrak sama ada dengan cara pajakan atau selainnya berkaitan dengan skim itu.

20. Nama penuh, perihalan dan alamat kediaman pengarah setiap perbadanan yang disebut dalam perenggan 19.

21. Sama ada apa-apa harta yang berhubung dengan kepentingan itu terletak hak pada pemegang amanah atau wakil, sifat dan perihalan mengenai harta itu dan syarat atau hal keadaan.

22. Jika kepentingan itu terdiri daripada hak atau kepentingan dalam atau yang timbul daripada pelaburan yang berhubungan dengan harta yang kebiasaannya nilainya susut melalui penggunaan atau peluputan masa, apa-apa butir yang mencukupi untuk menzahirkan butir-butir sebenar peruntukan yang dibuat bagi penggantian harta itu dan sumber daripadanya penggantian itu akan dibuat atau daripadanya kos penggantian itu akan dipenuhi.

23. Kecuali jika kepentingan itu hanya berhubung dengan sekuriti yang boleh dipasarkan yang telah dibeli atau diperoleh pada harga yang tidak lebih daripada harga pasaran—

(a)

nama dan alamat kediaman penjual mana-mana harta yang berhubung dengan kepentingan itu, sama ada harta itu dibeli atau diperoleh oleh syarikat pengurusan atau oleh mana-mana orang atau perbadanan yang disebut dalam perenggan 19 atau dicadangkan untuk dibeli atau diperoleh; dan

(b)

perihalan penuh dan benar mengenai harta dan amaun yang dibayar atau akan dibayar kepada setiap penjual.

24. Butir-butir yang mencukupi untuk menzahirkan sifat sebenar dan takat kepentingan, jika ada, setiap pengarah syarikat pengurusan, sama ada sebagai pengarah, pemegang saham secara langsung atau tidak langsung, pekongsi atau selainnya, dalam perniagaan setiap penjual dan dalam harta itu.

25. Obligasi yang dikenakan ke atas syarikat pengurusan atau mana-mana orang lain untuk membeli apa-apa kepentingan atau hak atau unit atau subunit kepentingan daripada mana-mana pemegang kepentingan dan pernyataan kaedah yang diperuntukkan oleh surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual bagi pengiraan harga pembelian.

Skim Kepentingan 109

26. Ringkasan hak dan obligasi syarikat pengurusan dan pemegang amanah atau wakil yang mentadbir penilaian apa-apa pelaburan yang dibuat atau harta yang dipegang berhubung dengan kepentingan itu.

27. Ringkasan peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual jika pelaburan atau harta lain yang terdiri daripada atau membentuk sebahagian daripada kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu boleh diubah.

28. Butir-butir penuh mengenai saraan pemegang amanah atau wakil dan syarikat pengurusan masing-masing, dan caj, jika ada, yang akan dibuat dalam bentuk saraan apabila penjualan atau pembelian apa-apa kepentingan itu dan atas pengagihan pendapatan dan modal atau selainnya berkaitan dengan skim itu.

29. Sama ada kepentingan atau apa-apa hak atau unit atau subunit kepentingan boleh dipindah milik oleh pemegang kepentingan dan, jika demikian, ringkasan peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang mengawal selia pemindahan hakmilik itu.

30. Ringkasan peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang berhubungan dengan pengagihan pendapatan yang diperoleh daripada skim itu kepada pemegang kepentingan atau unit atau subunit kepentingan itu.

31. Butir-butir penuh sama ada dan setakat yang apa-apa faktor lain selain penerimaan tunai melalui dividen, faedah atau bonus telah atau yang akan diambil kira dalam menghitung amaun pendapatan yang akan dibayar kepada pemegang kepentingan.

32. Jika apa-apa rujukan dibuat kepada hasil pendapatan yang diperoleh atau yang mungkin diperoleh oleh pemegang kepentingan atau unit atau subunit kepentingan itu, suatu pernyataan tentang sama ada dan setakat yang apa-apa selain penerimaan tunai melalui dividen, faedah atau bonus telah diambil kira dalam menghitung hasil.

33. Ringkasan peruntukan Akta dan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang mengawal selia urusan mengadakan mesyuarat pemegang kepentingan atau unit atau subunit kepentingan itu.

34. Nama dan perihalan dan tarikh permulaan pengendalian skim lain yang melibatkan pengeluaran kepentingan kepada orang awam yang dijalankan oleh syarikat pengurusan dalam masa lima tahun sebaik sebelum tarikh prospektus atau pernyataan penzahiran produk.

35. Suatu akuan—

110 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

bahawa unit atau subunit kepentingan yang dikeluarkan mengikut prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu tidak boleh diumpukkan lewat daripada tempoh yang ditentukan oleh Pendaftar selepas tarikh yang tertera dalam penyata itu di bawah perenggan 1; dan

(b)

bahawa perakuan hendaklah dikeluarkan oleh pemegang amanah atau wakil kepada pembeli atau pelanggan bagi unit atau subunit kepentingan yang dibeli atau dilanggan tidak lebih daripada dua bulan selepas pengumpukan unit atau subunit, melainkan jika syarat pengeluaran unit atau subunit dengan nyata memperuntukkan bahawa tiada perakuan akan dikeluarkan.

36. Ringkasan peruntukan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu berkenaan dengan aku janji—

(a)

oleh atau bagi pihak syarikat pengurusan yang berhubungan dengan pengumpukan kepentingan dan unit atau subunit kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu; dan

(b)

oleh atau bagi pihak pemegang amanah atau wakil yang berhubungan dengan pengeluaran kepentingan dan unit atau subunit kepentingan kepada pemegang kepentingan.

BAHAGIAN II — Laporan yang perlu dinyatakan dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk

37. Suatu laporan oleh seseorang yang pada masa membuat laporan itu ialah seorang juruaudit syarikat yang diluluskan, dan yang namanya hendaklah tertera sedemikian dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu, yang menyatakan—

(a)

maklumat yang secukupnya yang menzahirkan—

(i)

bilangan pengagihan, jika ada, pendapatan kepada pemegang kepentingan atau unit atau subunit kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu dalam setiap lima tahun sebaik sebelum tarikh pernyataan selama yang kepentingan itu telah wujud;

(ii)

amaun setiap pengagihan dan setakat yang setiap pengagihan terdiri daripada mana-mana komponen selain dividen, faedah dan bonus; dan

Skim Kepentingan 111

(iii)

jika pengagihan terdiri daripada mana-mana komponen selain dividen, faedah dan bonus, sifat dan nilai setiap daripada komponen itu;

(b)

maklumat yang secukupnya yang menzahirkan harga jualan dan belian, kepentingan itu, unit atau subunit pada tarikh yang padanya setiap pengagihan itu dibuat;

(c)

maklumat yang secukupnya yang menzahirkan harga jualan dan belian, kepentingan itu, unit atau subunit pada tarikh, iaitu suatu tarikh dalam tempoh empat belas hari sebaik sebelum tarikh prospektus atau pernyataan penzahiran produk sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan yang berkaitan;

(d)

berkenaan dengan syarikat pengurusan dan tiap-tiap perbadanan yang pemegang kepentingan telah membuat suatu kontrak berkaitan dengan skim ini, bagi setiap lima tahun sebelum tarikh prospektus atau pernyataan penzahiran produk, maklumat penuh mengenai—

(i)

penyata kewangan;

(ii)

kadar dividen; dan

(iii)

aset dan liabiliti pada tarikh akhir penyata kewangan ini telah dibuat.

38. Berkenaan dengan tiap-tiap keluaran kepentingan yang berhubungan dengan mana-mana skim lain yang ditadbir oleh syarikat pengurusan dalam tempoh lima tahun sebaik sebelum tarikh prospektus atau pernyataan penzahiran produk, laporan yang dikehendaki di bawah perenggan 37 hendaklah juga menyatakan kehendak di bawah subperenggan (a), (b) dan (c).

39. Apa-apa laporan daripada perunding bebas atau pakar mengenai daya maju skim ini termasuklah risiko yang berkaitan dengan skim itu.

40. Dalam hal suatu syarikat yang menjalankan perniagaan yang kurang daripada lima tahun dan penyata kewangan syarikat itu hanya dibuat sehingga empat tahun, tiga tahun, dua tahun atau satu tahun, tempoh itu hendaklah ditafsirkan sebagai lima tahun bagi maksud Jadual ini.

Pengubahsuaian

41. Bagi maksud skim kecil, sebutan mengenai “juruaudit” dalam perenggan 37 dan

“perunding bebas” dalam perenggan 39 hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pengarah syarikat pengurusan” itu.

112

Akta 778

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 14/2018

Perintah Skim Kepentingan

(Pindaan Jadual Kedua) 2018 31-01-2018

113

Akta 778

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Common questions

What is INTEREST SCHEMES ACT 2016?
*AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016 is Malaysia Act, cited as Act 778 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Is INTEREST SCHEMES ACT 2016 still in force?
Yes — INTEREST SCHEMES ACT 2016 is currently in force.
When did INTEREST SCHEMES ACT 2016 take effect?
INTEREST SCHEMES ACT 2016 was first recorded in 2016.
How many sections does INTEREST SCHEMES ACT 2016 have?
INTEREST SCHEMES ACT 2016 contains 92 sections.
Where can I read the official version of INTEREST SCHEMES ACT 2016?
The official text of INTEREST SCHEMES ACT 2016 is published at lom.agc.gov.my.