Malaysia legislation

Section 16

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 16

(2)

Suatu syarikat pengurusan boleh memohon untuk menukar suatu skim kecil menjadi suatu skim premium dengan menyerah simpan dengan Pendaftar—

(a)

suatu pernyataan yang telah ditandatangani oleh semua pengarah mengikut cara dan bentuk yang ditentukan oleh

Pendaftar yang mengandungi maklumat yang dinyatakan dalam subseksyen 9(2) dan butiran yang berikut:

(i)

nama dan nombor kebenaran skim kecil itu;

(ii)

tarikh skim kecil itu didaftarkan dan dibenarkan;

(iii)

bahawa pada tarikh permohonan, syarikat pengurusan ternyata mampu untuk membayar hutangnya yang perlu dibayar dalam urusan biasa perniagaan;

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(iv)

bahawa pada tarikh permohonan, semua fi statutori yang tertunggak atau apa-apa jumlah terhutang kepada mana-mana agensi kerajaan telah diselesaikan;

(v)

bahawa syarikat pengurusan itu telah meletakkan suatu iklan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan dalam Warta mengenai niatnya untuk bertukar menjadi suatu skim premium;

(vi)

bahawa semua pemegang kepentingan yang berhubungan dengan skim kecil itu telah bersetuju dengan permohonan untuk bertukar menjadi suatu skim premium; dan

(b)

dokumen yang disebut dalam perenggan 9(3)(a).

(3)

Pendaftar boleh, dalam apa-apa hal tertentu, menghendaki pernyataan yang disebut dalam subseksyen (2) disahkan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

Pendaftaran penukaran