Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Pendaftar tidak boleh memberikan kelulusannya untuk surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual melainkan jika surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu mengandungi yang berikut:
(a)
peruntukan yang berhubungan dengan pelantikan pemegang amanah itu;
(b)
waad sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama;
(c)
peruntukan mengenai caj yang boleh dibuat oleh syarikat pengurusan melainkan jika caj itu tidak melebihi peratus atau amaun yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan;
(d)
peruntukan mengenai harga kepentingan yang berkaitan dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu akan dijual atau dibeli oleh syarikat pengurusan melainkan jika harga itu selaras dengan peraturan-peraturan; dan
(e)
apa-apa perkara atau benda lain yang dikehendaki untuk dimasukkan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan.
(3)
Dalam masa tujuh hari selepas surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual diluluskan di bawah seksyen ini, syarikat pengurusan hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau suatu salinan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu disahkan melalui akuan berkanun, dan salinan itu hendaklah bagi semua maksud, jika tiada bukti bahawa surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu bukan salinan sebenar, dianggap sebagai salinan yang asal.
Skim Kepentingan 31
Pindaan kepada surat ikatan amanah dan perjanjian kontraktual dan peruntukan yang terbatal