Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 21

(2)

Tiada pindaan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual adalah sah melainkan jika kelulusan majoriti bilangan pemegang kepentingan telah diperoleh mengikut cara yang dinyatakan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual.

(3)

Pendaftar boleh mengarahkan bahawa kelulusan di bawah subseksyen (2) boleh diketepikan jika Pendaftar berpuas hati, tertakluk kepada pemegang amanah memperakui fakta itu di bawah subseksyen itu, bahawa pindaan itu—

(a)

dikehendaki hanya untuk membolehkan peruntukan Akta ini atau surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu dipatuhi;

(b)

tidak akan menjejaskan secara matan faedah pemegang kepentingan yang sedia ada;

(c)

tidak akan menjejaskan kepentingan pemegang kepentingan;

(d)

tidak akan meminda peruntukan asas atau objek surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual; dan

(e)

tidak melepaskan pemegang amanah daripada apa-apa tanggungjawab kepada pemegang kepentingan.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 778