Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 23

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), tiada seorang pun layak untuk dilantik sebagai pemegang amanah, jika—

(a)

orang itu secara langsung atau tidak langsung bersekutu dengan orang yang mempunyai kawalan ke atas syarikat pengurusan; atau

(b)

orang itu telah dihukum bankrap.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, seseorang dianggap mempunyai kawalan ke atas syarikat pengurusan jika orang itu berhak untuk menjalankan atau mengawal

Skim Kepentingan 33

penjalanan tidak kurang daripada dua puluh peratus undian yang terikat dengan syer mengundi syarikat pengurusan itu.

(4)

Jika seseorang pemegang amanah telah dihukum bankrap, pemegang amanah itu tidak lagi layak untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan syarikat pengurusan hendaklah dengan serta-merta melantik pemegang amanah yang baharu.

(5)

Seseorang pemegang amanah yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.

Kewajipan pemegang amanah