Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 24

(a)

melakukan segala usaha wajar dan kewaspadaan dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dan dalam memantau hak dan kepentingan pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(b)

memastikan bahawa waad dalam surat ikatan amanah, surat ikatan amanah tambahan, perjanjian kontraktual atau perjanjian kontraktual tambahan dan kandungan dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk diserahkan; dan

(c)

menjalankan tanggungjawabnya tepat mengikut masanya.

(2)

Pemegang amanah hendaklah melaporkan kepada Pendaftar dengan segera, apabila—

(a)

terdapat apa-apa ketidakpatuhan kepada Akta, surat ikatan amanah, perjanjian kontraktual, prospektus atau pernyataan penzahiran produk, mengikut mana-mana yang berkenaan;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(b)

skim itu tidak dapat memenuhi obligasinya apabila skim itu menjadi kena dibayar; atau

(c)

syarikat pengurusan itu menjalankan perniagaan mengikut cara yang boleh, atau berkemungkinan boleh, memudaratkan pemegang kepentingan.

(3)

Pemegang amanah hendaklah memberitahu Pendaftar jika pemegang amanah mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai terjadinya apa-apa perkara yang akan atau mungkin telah memberi kesan bertentangan yang matan ke atas skim itu.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), “kesan bertentangan yang matan” termasuk keadaan yang boleh memudaratkan kewujudan berterusan skim itu atau mengurangkan perlindungan ke atas pemegang kepentingan dalam skim itu.

Liabiliti pemegang amanah