Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(a)
dalam suatu surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual yang telah atau pada bila-bila masa telah diluluskan oleh Pendaftar; atau
(b)
dalam apa-apa kontrak dengan pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, hendaklah terbatal setakat yang peruntukan itu mempunyai kesan mengecualikan pemegang amanah di bawah surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual daripada, atau menanggung rugi pemegang amanah daripada, liabiliti bagi pelanggaran amanah jika pemegang amanah itu gagal menunjukkan tahap berjaga-jaga dan usaha wajar yang dikehendaki daripada seorang pemegang amanah.
Skim Kepentingan 35
(2)
Subseksyen (1) tidak boleh membatalkan—
(a)
apa-apa pelepasan selainnya yang diberikan secara sah berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh pemegang amanah sebelum memberikan pelepasan itu; atau
(b)
mana-mana peruntukan yang membolehkan pelepasan sedemikian diberikan—
(i)
atas persetujuan majoriti yang tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus pemegang kepentingan untuk mengundi secara sendiri atau melalui proksi dalam mesyuarat yang dipanggil bagi maksud itu; dan
(ii)
berkenaan dengan tindakan atau peninggalan tertentu atau ke atas pemegang amanah yang berhenti daripada bertindak.
Peletakan jawatan dan pemecatan pemegang amanah