Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 29

Suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk hendaklah didaftarkan jika—

(a)

suatu salinan prospektus atau pernyataan penzahiran produk ditandatangani oleh tiap-tiap pengarah dan tiap-tiap orang yang dinamakan dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk sebagai pengarah yang dicadangkan syarikat pengurusan itu atau oleh ejennya yang diberi kuasa secara bertulis diserah simpan dengan

Pendaftar pada atau sebelum tarikh keluarannya;

(b)

prospektus atau pernyataan penzahiran produk telah dikemukakan kepada Pendaftar bersama dengan—

(i)

permohonan bertulis bagi pendaftaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk;

(ii)

salinan semua persetujuan yang dikehendaki di bawah seksyen 33;

Skim Kepentingan 39

(iii)

salinan semua kontrak material yang disebut dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk atau, dalam hal suatu kontrak yang tidak bertulis, suatu memorandum yang memberikan butir-butir penuh kontrak, yang disahkan mengikut apa-apa kehendak yang dinyatakan oleh Pendaftar; dan

(iv)

apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.

Keengganan untuk mendaftarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk