Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
dalam apa-apa skim pelaburan;
(b)
dalam apa-apa skim kongsi-masa; atau
(c)
dalam apa-apa skim keahlian rekreasi, sama ada kepentingan atau hak itu dibuktikan oleh suatu dokumen rasmi atau berkaitan dengan suatu aset fizikal atau tidak, tetapi tidak termasuk—
(i)
apa-apa syer dalam atau debentur suatu perbadanan;
(ii)
suatu produk pasaran modal yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
[Akta 671];
(iii)
apa-apa kepentingan dalam suatu perjanjian perkongsian melainkan jika perjanjian itu—
(A)
berhubung dengan kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang dianjurkan oleh atau bagi pihak seseorang yang perniagaan biasanya ialah atau termasuk penganjuran kontrak, perkiraan, aku janji atau perusahaan yang serupa, sama ada orang itu merupakan suatu pihak kepada perjanjian itu atau tidak; atau
Skim Kepentingan 11
(B)
ialah suatu perjanjian, atau dalam suatu kelas perjanjian, yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan bagi maksud perenggan ini; atau
(iv)
apa-apa kepentingan penyertaan dalam apa-apa keluaran yang ditawarkan oleh pemegang lesen yang dikawal selia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758]
dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759], pengeluar surat cara pembayaran yang ditetapkan yang diluluskan yang dikawal selia di bawah
Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 dan institusi pembangunan kewangan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi
Pembangunan Kewangan 2002 [Akta 618];
“Mahkamah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Syarikat 2016;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat;
“pegawai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Syarikat 2016;
“pemegang kepentingan” ertinya seseorang yang mengambil bahagian suatu skim;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar yang ditetapkan di bawah seksyen 20A
Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614];
“pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta
Syarikat 2016;
“pernyataan penzahiran produk” ertinya apa-apa pernyataan penzahiran produk atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau penawaran untuk melanggan atau membeli atau menawarkan langganan atau pembelian apa-apa kepentingan dalam suatu skim kecil;
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
“piawaian perakaunan diluluskan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat 2016;
“prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, surat pekeliling, iklan atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau penawaran daripada orang awam untuk melanggan atau membeli atau menawarkan kepada orang awam untuk langganan atau pembelian apa-apa kepentingan dalam skim premium atau skim asing;
“skim”, berhubung dengan suatu kepentingan, termasuk apa-apa kontrak, perkiraan, aku janji, perusahaan, program atau pelan tindakan yang berhubungan dengan suatu skim pelaburan, skim kongsi-masa atau skim keahlian rekreasi;
“skim asing” ertinya suatu skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang hak untuk mengambil bahagian atau hak kepada kepentingan dalam skim ditawarkan oleh syarikat pengurusan yang merupakan syarikat awam berhad menurut syer bagi pihak syarikat asing;
“skim kecil” ertinya suatu skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang hak untuk mengambil bahagian atau hak terhadap kepentingan dalam skim itu ditawarkan oleh syarikat pengurusan yang merupakan syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016;
“skim patuh Shariah” ertinya suatu skim yang disebut dalam seksyen 4 yang surat ikatan amanah dan prospektus atau perjanjian kontraktual dan pernyataan penzahiran produk, mengikut mana-mana yang terpakai, mematuhi rangka kerja Shariah di bawah seksyen 43;
“skim premium” ertinya suatu skim yang berhubungan dengan suatu kepentingan yang hak untuk mengambil bahagian atau suatu hak terhadap kepentingan dalam skim itu ditawarkan oleh syarikat pengurusan yang merupakan syarikat awam berhad menurut syer;
“skim tidak berdaftar” ertinya suatu skim yang tidak didaftarkan atau dibenarkan di bawah Akta ini atau di bawah undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan;
Skim Kepentingan 13
“skim yang didaftarkan” ertinya skim kecil, skim premium atau skim asing yang didaftarkan dan dibenarkan oleh Pendaftar mengikut seksyen 10;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001;
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta
Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan dan termasuk suatu perbadanan yang merupakan suatu syarikat awam yang didaftarkan sebagai syarikat asing di Malaysia;
“syarikat asing” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Syarikat 2016;
“syarikat pengurusan”, berhubung dengan apa-apa kepentingan yang dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan atau apa-apa surat ikatan yang berkaitan dengan apa-apa kepentingan yang dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan, ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan melalui atau bagi pihaknya kepentingan itu dikeluarkan atau dicadangkan untuk dikeluarkan;
“tahun kewangan”, berhubung dengan suatu skim, ertinya tempoh dua belas bulan berakhir pada 31 Disember atau pada tarikh lain yang dinyatakan dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual;
“undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan” ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang telah pada bila-bila masa berkuat kuasa di mana-mana bahagian di
Malaysia dan yang bersamaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini.
(2)
Sebutan dalam Akta ini mengenai surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai apa-apa surat cara yang meminda atau mempengaruhi surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, mengikut mana-mana yang berkenaan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 778