Malaysia legislation

Section 32

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 32

(2)

Sekiranya berlaku ketidakpatuhan dengan atau pelanggaran seksyen ini, pengarah atau orang lain yang bertanggungjawab bagi prospektus atau pernyataan penzahiran produk tidak menanggung apa-apa liabiliti jika—

(a)

berkenaan dengan apa-apa perkara yang tidak dizahirkan, pengarah atau orang lain itu membuktikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai ketidakpatuhan atau pelanggaran itu;

(b)

pengarah atau orang lain itu membuktikan bahawa ketidakpatuhan atau pelanggaran itu timbul daripada kesilapan yang tidak bersalah di pihaknya mengenai fakta itu; atau

(c)

ketidakpatuhan atau pelanggaran itu adalah berkenaan dengan perkara yang pada pendapat Mahkamah yang mengendalikan kes itu tidak material atau selainnya pada pendapat

Mahkamah adalah munasabah untuk dikecualikan setelah mengambil kira semua hal keadaan.

(3)

Suatu syarat yang menghendaki atau mengikat pemohon bagi kepentingan suatu skim untuk menepikan pematuhan mana-mana kehendak seksyen ini, atau berupa untuk menjejaskannya dengan notis mengenai apa-apa dokumen kontrak atau perkara yang tidak disebut secara khusus dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk adalah terbatal.

(4)

Jika suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang berhubungan dengan apa-apa kepentingan suatu skim dikeluarkan dan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu tidak mematuhi seksyen ini, setiap pengarah perbadanan dan orang lain yang bertanggungjawab bagi prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(5)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membataskan atau mengurangkan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

Persetujuan daripada orang untuk mengeluarkan prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang mengandungi pernyataannya