Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(a)
nombor dan perihalan kepentingan itu;
(b)
nama dan tarikh pendaftaran syarikat pengurusan dan modal syer berbayarnya;
(c)
penyata ringkas mengenai jenis am aktiviti skim itu, nama, alamat dan pekerjaan pengarah atau pengarah yang dicadangkan dan pemegang amanah bagi pemegang kepentingan;
(d)
butir-butir mengenai tarikh pembukaan dan penutupan tawaran dan masa dan tempat di mana salinan penuh prospektus dan borang permohonan bagi kepentingan itu boleh diperoleh; dan
(e)
menyatakan bahawa permohonan bagi langganan kepentingan hanya akan diteruskan pada borang permohonan yang dirujuk, dan dilampirkan bersama salinan bercetak prospektus itu.
(2)
Suatu pernyataan bahawa, atau yang memberi kesan sedemikian, iklan itu bukan merupakan suatu prospektus tidak akan menjejaskan pelaksanaan seksyen ini.
(3)
Seksyen ini hendaklah terpakai bagi iklan yang disiarkan atau disebarkan di Malaysia melalui surat khabar, penyiaran, televisyen, sinematografi atau apa-apa cara lain.
(4)
Jika suatu iklan itu disifatkan sebagai prospektus menurut kuasa subseksyen (1), peruntukan di bawah Bab ini berkaitan dengan kandungan prospektus dan liabiliti berkenaan dengan pernyataan palsu atau mengelirukan dan peninggalan material hendaklah terpakai dan mempunyai kesan sewajarnya.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, jika—
Skim Kepentingan 45
(a)
suatu iklan yang menawarkan atau menarik perhatian kepada suatu tawaran atau tawaran yang diniatkan mengenai kepentingan yang berhubungan dengan suatu skim kepada orang awam bagi langganan atau pembelian itu disiarkan atau disebarkan;
(b)
orang yang menyiarkan atau menyebarkan iklan itu sebelum berbuat sedemikian, telah memperoleh perakuan yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya dua orang pengarah syarikat pengurusan, bahawa iklan yang dicadangkan itu ialah iklan yang tidak akan disifatkan sebagai suatu prospektus menurut kuasa subseksyen (1);
dan
(c)
iklan itu yang ternyata bukan suatu iklan yang disifatkan sebagai prospektus menurut kuasa subseksyen itu, syarikat pengurusan dan setiap orang yang menandatangani perakuan itu hendaklah disifatkan sebagai orang yang telah menyiarkan atau menyebarkan iklan itu, tetapi tiada orang lain boleh disifatkan sebagai orang yang sedemikian.
(6)
Mana-mana orang yang telah memperoleh perakuan yang disebut dalam perenggan (5)(b) hendaklah dengan serta-merta menghantar serah perakuan itu kepada Pendaftar apabila diminta oleh
Pendaftar.
(7)
Dalam seksyen ini—
(a)
jika suatu iklan yang disifatkan sebagai prospektus menurut kuasa subseksyen (1) tidak mematuhi kehendak
Akta ini mengenai prospektus, orang yang menyiarkan atau menyebarkan iklan itu, dan tiap-tiap pegawai syarikat pengurusan yang berkenaan, atau orang lain, yang memberi kuasa atau membenarkan penyiaran atau penyebaran itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau
(b)
mana-mana orang yang melanggar subseksyen (6)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(8)
Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.
(9)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membataskan atau mengurangkan apa-apa liabiliti yang ditanggung oleh mana-mana orang dalam mana-mana peruntukan lain di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Dokumen yang mengandungi tawaran kepentingan bagi jualan hendaklah disifatkan sebagai prospektus atau pernyataan penzahiran produk