Malaysia legislation

Section 38

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 38

Prospektus tambahan atau prospektus gantian

(a)

suatu perkara baharu yang signifikan telah wujud yang menjadi suatu perkara bagi maklumat yang dikehendaki oleh Akta ini untuk dizahirkan dalam suatu prospektus;

(b)

terdapat perubahan yang signifikan yang menyentuh sesuatu perkara yang dizahirkan dalam prospektus itu;

Skim Kepentingan 49

(c)

prospektus itu mengandungi suatu pernyataan material yang palsu atau mengelirukan; atau

(d)

terdapat suatu peninggalan yang material daripada prospektus itu.

(2)

Selepas menyedari perkara yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengemukakan prospektus tambahan atau prospektus gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Suatu prospektus tambahan hendaklah—

(a)

mengenal pasti dengan jelas prospektus yang berhubung dengan prospektus tambahan itu; dan

(b)

mengandungi suatu pernyataan dalam cetakan huruf tebal atau berwarna pada setiap muka surat prospektus tambahan itu yang menyatakan bahawa—

(i)

prospektus tambahan itu merupakan suatu prospektus tambahan untuk dibaca bersama dengan prospektus asal; dan

(ii)

jika propektus tambahan lain telah dikeluarkan berhubung dengan prospektus asal yang sama, kedua-dua prospektus asal dan prospektus tambahan terdahulu.

(4)

Suatu prospektus tambahan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada prospektus asal yang berhubung dengan prospektus tambahan itu dan peruntukan di bawah Bab ini mengenai kandungan propektus dan liabiliti berkenaan dengan pernyataan yang palsu atau mengelirukan dan peninggalan yang material dalam suatu prospektus hendaklah terpakai dan berkuat kuasa sewajarnya.

(5)

Jika suatu prospektus tambahan telah didaftarkan dengan

Pendaftar di bawah subseksyen (1), tiap-tiap salinan prospektus asal

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

hendaklah dikeluarkan bersama dengan salinan prospektus tambahan itu.

(6)

Suatu prospektus gantian hendaklah—

(a)

mengenal pasti dengan jelas prospektus yang digantikannya;

(b)

mengandungi pernyataan dalam cetakan huruf tebal atau berwarna pada permulaan prospektus itu yang menyatakan bahawa ia merupakan suatu prospektus gantian; dan

(c)

dianggap sebagai menggantikan prospektus asal yang didaftarkan terdahulu di bawah seksyen 29.

(7)

Walaupun prospektus asal yang berkaitan dengan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu atau yang menggantikan telah dikeluarkan, suatu prospektus tambahan atau prospektus gantian boleh didaftarkan bagi maksud subseksyen (1) jika—

(a)

prospektus asal itu berhubung dengan suatu pelawaan atau tawaran yang ditujukan kepada golongan orang yang boleh dikenal pasti yang kepadanya prospektus asal itu disampaikan secara langsung oleh orang yang membuat pelawaan atau tawaran itu atau oleh ejennya yang dilantik, dan salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu dihantar kepada setiap orang itu mengikut subseksyen

(8)

; atau

(b)

prospektus asal berhubung dengan suatu pelawaan atau tawaran kepada orang awam dan suatu salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian itu diiklankan dalam tiap-tiap surat khabar yang pada asalnya mengiklankan pelawaan atau tawaran itu atau yang menarik perhatian kepada pelawaan atau tawaran itu mengikut subseksyen

(8)

.

(8)

Bagi maksud subseksyen (7), suatu notis hendaklah—

Skim Kepentingan 51

(a)

dalam hal perenggan (7)(a), dihantar bersama dengan suatu salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian kepada tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen itu;

(b)

dalam hal perenggan (7)(b), diiklankan bersama dengan prospektus tambahan atau prospektus gantian yang menyatakan bahawa—

(i)

suatu salinan prospektus tambahan atau prospektus gantian telah didaftarkan dengan Pendaftar; dan

(ii)

tiap-tiap orang yang telah mengemukakan permohonannya sebelum tarikh notis itu berhak untuk menarik balik permohonannya dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu dan semua wang permohonan yang diterima berkenaan dengan langganan kepentingan itu akan dibayar balik sepenuhnya tanpa faedah atau keuntungan.

(9)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.

(10)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Liabiliti sivil bagi pernyataan silap dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk