Malaysia legislation

Section 39

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 39

(a)

syarikat pengurusan dan setiap pengarah syarikat pengurusan pada masa keluaran prospektus itu, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian;

(b)

orang yang bersetuju atau menyebabkan dirinya dinamakan dan dinamakan dalam prospektus itu sebagai pengarah atau bersetuju untuk menjadi pengarah, sama ada serta-merta atau selepas selang masa, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian;

(c)

seorang penganjur, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian berkenaan dengan prospektus itu atau bahagian prospektus yang berkaitan yang dia terlibat dalam penyediaan prospektus itu;

(d)

seseorang yang dinamakan dalam prospektus dengan persetujuannya telah membuat pernyataan yang dimasukkan dalam prospektus atau yang berdasarkan pernyataan itu dibuat, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pemasukan pernyataan itu dalam prospektus itu; atau

(e)

seseorang yang membenarkan atau menyebabkan keluaran prospektus yang berlanggaran dengan seksyen 40, bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh pelanggaran itu.

(2)

Tiada seorang pun boleh bertanggungan di bawah subseksyen (1) jika dia membuktikan bahawa—

(a)

setelah bersetuju menjadi pengarah syarikat pengurusan itu, dia menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan bahawa prospektus itu dikeluarkan tanpa kebenaran atau persetujuannya;

Skim Kepentingan 53

(b)

prospektus itu dikeluarkan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan dia memberikan notis awam yang munasabah selepas dia menyedari tentang pengeluarannya;

(c)

selepas pengeluaran prospektus itu dan sebelum pengumpukan atau jualan kepentingan itu, dia menarik balik persetujuannya selepas menyedari tentang pernyataan palsu atau mengelirukan dalam prospektus itu dan memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu bersama dengan alasannya; atau

(d)

berhubung dengan tiap-tiap pernyataan palsu atau mengelirukan—

(i)

dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa pernyataan itu benar sehingga masa pengumpukan atau jualan kepentingan itu;

(ii)

berupa sebagai pernyataan, atau berasaskan pernyataan, atau mengandungi apa-apa yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada laporan penilaian pakar, dan bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang membuat pernyataan itu ialah seorang pakar dan kompeten untuk membuat pernyataan benar sehingga masa pengeluaran prospektus dan bahawa orang itu telah memberikan persetujuan yang dikehendaki dibawah seksyen 33

untuk mengeluarkan prospektus itu dan tidak menarik balik persetujuan itu sebelum serahan salinan prospektus itu untuk pendaftaran atau sebelum apa-apa pengumpukan atau jualan menurut prospektus itu; dan

(iii)

berupa pernyataan yang dibuat oleh pegawai atau mengandungi apa yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada dokumen rasmi

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

awam, pernyataan itu ialah representasi yang benar dan wajar mengenai pernyataan atau salinan atau cabutan daripada dokumen itu.

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai dalam hal orang yang bertanggungan, disebabkan oleh persetujuan yang diberikan oleh seseorang yang dikehendaki di bawah seksyen 33, sebagai seseorang yang telah memberi kuasa atau menyebabkan pengeluaran prospektus berkenaan dengan pernyataan palsu dan mengelirukan yang berupa sebagai dibuat olehnya.

(4)

Seseorang yang selain subseksyen ini bertanggungan di bawah subseksyen (1), disebabkan oleh persetujuan yang diberikan oleh seseorang yang dikehendaki di bawah seksyen 33 sebagai seorang yang telah memberi kuasa atau menyebabkan pengeluaran prospektus berkenaan dengan pernyataan palsu atau mengelirukan yang berupa sebagai dibuat olehnya tidak bertanggungan jika dia membuktikan bahawa—

(a)

dia menarik balik persetujuannya secara bertulis sebelum salinan prospektus itu diserah simpan dengan Pendaftar;

(b)

selepas salinan prospektus itu diserah simpan dengan

Pendaftar dan sebelum pengumpukan atau jualan kepentingan, dia menarik balik persetujuannya secara bertulis selepas dia menyedari pernyataan palsu atau mengelirukan itu dan memberikan notis awam yang munasabah mengenai penarikan balik itu bersama dengan alasan; atau

(c)

dia kompeten untuk membuat pernyataan itu dan bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pernyataan itu adalah betul sehingga masa pengumpukan atau jualan kepentingan itu.

(5)

Jika—

(a)

propektus itu mengandungi nama seseorang sebagai pengarah syarikat pengurusan, atau seseorang yang telah

Skim Kepentingan 55

bersetuju untuk menjadi pengarah tetapi tidak memberikan persetujuannya untuk menjadi pengarah, atau menarik balik persetujuannya sebelum pengeluaran prospektus itu, dan tidak membenarkan atau bersetuju dengan pengeluaran prospektus itu; atau

(b)

persetujuan seseorang dikehendaki di bawah seksyen 33

untuk pengeluaran prospektus itu dan sama ada dia tidak memberikan persetujuan atau telah menarik balik persetujuan itu sebelum pengeluaran prospektus itu, pengarah syarikat pengurusan kecuali mereka yang tanpa pengetahuan atau persetujuannya prospektus itu dikeluarkan, dan mana-mana orang lain yang memberi kuasa atau menyebabkan pengeluaran berkenaan dengan prospektus itu hendaklah bertanggungan untuk menanggung rugi orang yang dinamakan itu atau yang persetujuannya dikehendaki terhadap semua ganti rugi, kos dan perbelanjaan yang mungkin menjadikannya bertanggungan oleh sebab namanya telah dimasukkan dalam prospektus atau atas kemasukan dalam prospektus itu suatu pernyataan yang berupa sebagai dibuat olehnya, atau dalam membela dirinya terhadap apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang dibawa terhadapnya berkenaan dengan prospektus itu.

(6)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.

Liabiliti jenayah bagi pernyataan silap dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk