Malaysia legislation
Section 40
Seksyen 40
(a)
apa-apa pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan; atau 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
(b)
apa-apa peninggalan material daripada apa-apa pernyataan atau maklumat.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, menjadi pembelaan bagi seseorang jika dia membuktikan bahawa sama ada—
(a)
pernyataan atau peninggalan itu tidak material; atau
(b)
dia telah membuat semua siasatan yang munasabah dalam hal keadaan itu dan selepas membuat siasatan itu, dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai dan telah mempercayai pernyataan itu adalah benar atau peninggalan itu tidak material sehingga masa pengeluaran prospektus itu.
(3)
Seksyen ini hendaklah terpakai bagi pernyataan penzahiran produk yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusan dan apa-apa sebutan mengenai “prospektus” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai “pernyataan penzahiran produk”.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.
Pendaftar dan orang yang tidak dianggap sebagai memberi kuasa atau menyebabkan pengeluaran prospektus atau pernyataan penzahiran produk