Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(a)
suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk tidak mematuhi atau tidak disediakan mengikut mana-mana peruntukan Akta ini;
(b)
suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang mengandungi pernyataan atau maklumat palsu atau mengelirukan;
(c)
suatu prospektus atau pernyataan penzahiran produk yang mengandungi pernyataan atau maklumat yang terdapat peninggalan material; atau
(d)
syarikat pengurusan itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta Syarikat 2016,
Pendaftar boleh, melalui perintah berhenti secara bertulis menyampaikan ke atas syarikat pengurusan itu atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Pendaftar, mengarahkan syarikat pengurusan itu atau mana-mana orang lain untuk tidak mengumpukkan, mengeluarkan, menawarkan, membuat pelawaan untuk melanggan atau membeli atau menjual, kepentingan selanjutnya yang berhubung dengan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu, mengikut kehendak keadaan.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4), Pendaftar tidak boleh membuat perintah di bawah subseksyen (1) melainkan jika Pendaftar telah memberikan peluang munasabah untuk didengari kepada mana-mana orang yang terjejas atau syarikat pengurusan itu sama ada perintah berhenti itu boleh dibuat.
(3)
Jika Pendaftar berpendapat bahawa dengan memberikan peluang untuk didengari akan menyebabkan kelengahan yang akan menjejaskan kepentingan awam, Pendaftar boleh membuat perintah berhenti interim tanpa memberikan peluang untuk didengari.
(4)
Perintah berhenti interim di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, mempunyai kuat kuasa selama enam puluh hari dari tarikh perintah berhenti interim itu dibuat atau setelah selesai perbicaraan dalam subseksyen (2), mengikut mana-mana tarikh yang terkemudian.
(5)
Jika perintah berhenti yang dibuat di bawah subseksyen (1)
atau perintah berhenti interim yang dibuat di bawah subseksyen (3)
berkuat kuasa, Bab ini hendaklah terpakai seolah-olah prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu tidak didaftarkan.
(6)
Perintah berhenti interim yang dibuat di bawah subseksyen (3)
boleh dibatalkan secara bertulis jika Pendaftar berpuas hati bahawa hal keadaan yang menyebabkan perintah berhenti itu dibuat tidak lagi wujud.
(7)
Jika permohonan untuk melanggan atau membeli kepentingan yang berhubung dengan prospektus atau pernyataan penzahiran produk itu telah dibuat sebelum perintah berhenti dibuat di bawah subseksyen (1)—
(a)
jika kepentingan itu belum dikeluarkan kepada pemohon—
(i)
permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan dibatalkan dan syarikat pengurusan atau mana-mana orang lain yang menerima wang hendaklah dengan serta-merta membayar balik
Skim Kepentingan 59
semua wang yang diterima daripada pemohon tanpa faedah atau pulangan; dan
(ii)
jika wang itu tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah berhenti, syarikat pengurusan hendaklah bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan faedah pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain yang dinyatakan oleh Pendaftar dari tarikh habis tempoh itu; atau
(b)
jika kepentingan itu telah dikeluarkan kepada pemohon, keluaran kepentingan itu hendaklah disifatkan sebagai terbatal dan syarikat pengurusan atau mana-mana orang lain itu hendaklah—
(i)
dengan serta-merta membayar balik tanpa faedah semua wang yang diterima daripada pemohon dan jika mana-mana wang sedemikian tidak dibayar balik dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian perintah berhenti itu, syarikat pengurusan itu hendaklah bertanggungan untuk membayar balik wang itu dengan faedah pada kadar sepuluh peratus setahun atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang dinyatakan oleh
Pendaftar dari tarikh habis tempoh itu; dan
(ii)
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melaksanakan perintah berhenti itu.
(8)
Seseorang yang melanggar perintah berhenti yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau perintah berhenti interim yang dibuat di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
Pengeluaran surat ikatan amanah, perjanjian kontraktual, prospektus atau pernyataan penzahiran produk mengikut prinsip
Shariah