Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
suatu skim pelaburan;
(b)
suatu skim keahlian rekreasi;
(c)
suatu skim kongsi-masa; atau
(d)
gabungan mana-mana skim itu.
(2)
Suatu skim ialah skim pelaburan jika pemegang kepentingan itu tidak mempunyai kawalan harian terhadap operasi skim itu, sama ada pemegang kepentingan itu mempunyai hak atau tidak untuk dirundingi atau untuk memberikan arahan dan bahawa—
(a)
pemegang kepentingan itu menyumbangkan wang atau nilai wang sebagai balasan untuk mendapatkan suatu hak atau kepentingan terhadap keuntungan, aset atau penghasilan apa-apa kewangan atau aku janji perniagaan skim itu, sama ada hak atau kepentingan itu hak sebenar, prospektif atau kontingen dan boleh dikuatkuasakan atau tidak; atau
(b)
sumbangan oleh pemegang kepentingan itu dikumpulkan atau digunakan dalam perusahaan yang sama, untuk menghasilkan faedah kewangan, atau faedah yang terdiri daripada hak atau kepentingan dalam harta yang baginya pemegang kepentingan itu menjangkakan keuntungan, sewa atau faedah daripada usaha penganjur perusahaan atau pihak ketiga.
(3)
Suatu skim ialah skim keahlian rekreasi jika—
(a)
secara matannya dan tanpa mengambil kira bentuknya, skim itu melibatkan pelaburan wang dalam atau di bawah hal keadaan yang seseorang pemegang kepentingan memperoleh atau boleh memperoleh suatu kepentingan atau hak berkenaan dengan harta yang di bawah atau mengikut terma pelaburan itu akan atau boleh, atas pilihan pelabur itu, digunakan atau digunakan bersama dengan apa-apa kepentingan atau hak lain berkenaan dengan harta
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
yang diperoleh atau di bawah hal keadaan yang serupa dan termasuk kelayakan bagi hak menggunakan atau menikmati apa-apa sukan, rekreasi, percutian atau kemudahan lain yang berkaitan sebagai balasan; dan
(b)
skim itu beroperasi selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan sama ada secara berulang atau tidak.
(4)
Suatu skim ialah skim kongsi-masa jika—
(a)
seseorang pemegang kepentingan berhak atau boleh menjadi berhak untuk menggunakan, menduduki atau memiliki sesuatu harta yang berkaitan dengan dua atau lebih tempoh semasa tempoh yang baginya skim itu beroperasi, sama ada di Malaysia atau di tempat lain; dan
(b)
skim itu beroperasi selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun.
(5)
Suatu skim yang disebut dalam subseksyen (2), (3) atau (4)
boleh dalam bentuk skim patuh Shariah.
Jenis skim yang boleh didaftarkan