Malaysia legislation

Section 51

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 51

(a)

menyebabkan disimpan apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain yang menerangkan transaksi dan kedudukan kewangan skim ini dengan secukupnya dan membolehkan

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

akaun untung rugi dan kunci kira-kira dan apa-apa dokumen yang benar dan patut yang dikehendaki dilampirkan pada rekod itu yang disediakan; dan

(b)

menyebabkan rekod dalam perenggan (a) itu disimpan dalam apa-apa cara yang membolehkan rekod itu diaudit secara mudah dan wajar.

(2)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pengarah dan pengurus syarikat pengurusan hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain dalam masa enam puluh hari dari selesainya transaksi yang berhubung dengan catatan itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), rekod perakaunan dan rekod operasi lain di luar Malaysia boleh disimpan oleh syarikat pengurusan itu di suatu tempat di luar Malaysia dan dengan syarat bahawa rekod perakaunan dan rekod lain itu hendaklah dihantar kepada dan disimpan di suatu tempat di Malaysia dan pada setiap masa hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh pengarah, apa-apa pernyataan dan pulangan mengenainya berkenaan dengan perniagaan yang diuruskan dalam rekod yang disimpan untuk membolehkan penyata kewangan yang benar dan patut dan apa-apa dokumen yang dikehendaki dilampirkan pada penyata kewangan yang disediakan.

(4)

Jika apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain disimpan di suatu tempat di luar Malaysia di bawah subseksyen (1) atau (2),

Pendaftar boleh menghendaki syarikat pengurusan untuk mengemukakan rekod itu di suatu tempat di Malaysia atau menentukan jenis dan cara rekod itu perlu disimpan di Malaysia.

(5)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pelantikan dan kelulusan juruaudit