Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 53

Skim Kepentingan 67

(2)

Seseorang juruaudit hendaklah menyatakan dalam laporan yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

sama ada penyata kewangan itu pada pendapatnya disediakan dengan sepatutnya—

(i)

untuk memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai hal ehwal skim itu; dan

(ii)

mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan yang terpakai;

(b)

jika pada pendapatnya penyata kewangan itu tidak disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan yang terpakai—

(i)

sama ada pada pendapat juruaudit itu penyata kewangan itu, akan, jika disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan,

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai kedudukan skim itu; dan

(ii)

sama ada penyata kewangan itu tidak akan, jika disediakan sedemikian, memberikan pendapat yang benar dan patut mengenai perkara itu, sebab dia berpendapat sedemikian;

(c)

sama ada rekod perakaunan dan rekod lain dan daftar yang dikehendaki di bawah Akta ini untuk disimpan oleh syarikat pengurusan yang berhubungan dengan skim, pada pendapatnya, disimpan dengan sempurna mengikut Akta ini;

(d)

apa-apa kecacatan atau ketidakteraturan dalam penyata kewangan itu dan apa-apa perkara yang tidak dinyatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan yang disatukan itu tanpa mengambil kira gambaran yang benar dan patut mengenai perkara yang diperkatakan dalam penyata kewangan atau penyata kewangan yang disatukan itu tidak akan diperoleh; dan

(e)

jika juruaudit itu tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), sebab dia tidak berpuas hati.

(3)

Seorang juruaudit bagi suatu skim hendaklah mempunyai kewajipan untuk menyatakan pendapat dan menyatakan dalam laporan juruaudit butir-butir mengenai apa-apa kekurangan, kegagalan atau kelemahan mengenai setiap daripada perkara yang berikut:

(a)

sama ada juruaudit itu telah memperoleh semua maklumat dan penjelasan yang dikehendakinya; atau

(b)

sama ada perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya, termasuklah daftar, telah disimpan oleh syarikat pengurusan yang berhubungan dengan skim sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta ini.

Skim Kepentingan 69

(4)

Seseorang juruaudit suatu skim mempunyai hak untuk mengakses pada setiap masa yang munasabah rekod perakaunan dan rekod lain termasuklah daftar skim ini, dan berhak untuk menghendaki daripada mana-mana pegawai syarikat pengurusan itu apa-apa maklumat dan penjelasan sebagaimana yang dikehendaki oleh juruaudit itu bagi maksud audit.

(5)

Laporan juruaudit itu hendaklah dilampirkan pada atau diendorskan ke atas penyata kewangan itu dan hendaklah diedarkan kepada semua pemegang kepentingan dan hendaklah terbuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pemegang kepentingan pada bila-bila masa yang munasabah.

(6)

Seseorang juruaudit skim atau ejen juruaudit itu yang diberi kuasa olehnya secara bertulis berhak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tahunan skim dan menerima semua notis dan komunikasi lain yang berhubungan dengan, mana-mana mesyuarat tahunan yang pemegang kepentingan berhak untuk menerima, dan untuk didengar di mana-mana mesyuarat tahunan yang ejen juruaudit itu hadir pada mana-mana bahagian urusan mesyuarat berkenaan dengan juruaudit itu atas kapasitinya sebagai juruaudit.

(7)

Seseorang juruaudit hendaklah, dalam penjalanan pelaksanaan kewajipannya sebagai juruaudit suatu skim, dengan serta-merta melaporkan secara bertulis kepada Pendaftar, jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

telah berlaku pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Akta ini; dan

(b)

hal keadaan itu sedemikian yang pada pendapat juruaudit itu perkara itu belum atau tidak akan diuruskan secukupnya oleh ulasannya dalam laporan mengenai penyata kewangan atau dengan membawa perkara itu kepada pengetahuan pengarah syarikat pengurusan itu.

(8)

Seseorang pegawai suatu syarikat pengurusan yang enggan atau gagal tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang untuk membenarkan juruaudit skim itu atau seorang juruaudit bagi syarikat

70 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

pengurusan itu mengakses, mengikut seksyen ini, kepada mana-mana rekod perakaunan dan rekod lain, termasuklah daftar, skim atau syarikat pengurusan yang dalam jagaan atau kawalannya, atau memberikan apa-apa maklumat atau penjelasan yang dan apabila dikehendaki di bawah seksyen ini, atau selainnya menghalang, menggalang atau melengahkan seorang juruaudit dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan kuasanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(9)

Mana-mana juruaudit yang melanggar subseksyen (7)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau kedua-duanya.

Kewajipan juruaudit untuk menzahirkan amalan ketidakteraturan atau amalan yang tidak wajar