Malaysia legislation

Section 55

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 55

(2)

Pengarah syarikat pengurusan itu hendaklah memanggil mesyuarat pemegang kepentingan jika syarikat pengurusan itu menerima suatu permohonan daripada tidak kurang daripada lima puluh bilangannya atau sepuluh peratus pemegang kepentingan, mana-mana yang lebih rendah.

72 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(3)

Suatu mesyuarat yang dipanggil bagi maksud seksyen ini hendaklah—

(a)

diadakan pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis dan iklan, pada masa tidak lewat daripada dua bulan selepas pemberian notis itu;

(b)

dipengerusikan oleh—

(i)

seseorang yang dilantik oleh pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu yang hadir pada mesyuarat itu; atau

(ii)

jika tiada pelantikan dibuat di bawah subperenggan (i), seorang penama pemegang amanah; dan

(c)

dijalankan mengikut surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual atau, jika tiada peruntukan sedemikian dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, sebagaimana yang diarahkan oleh pengerusi mesyuarat.

(4)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Notis mesyuarat pemegang kepentingan