Malaysia legislation

Section 58

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 58

(2)

Syarikat pengurusan hendaklah memberitahu pemegang kepentingan mengenai penyiaran notis mesyuarat di laman sesawang dan pemberitahuan itu hendaklah secara bertulis dan diberikan dalam salinan cetak atau bentuk elektronik yang menyatakan—

(a)

bahawa pemberitahuan itu adalah mengenai mesyuarat pemegang kepentingan; dan

(b)

tempat, tarikh dan masa mesyuarat.

(3)

Notis itu hendaklah dijadikan tersedia di laman sesawang sepanjang tempoh bermula dari tarikh pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (2) sehingga tamatnya mesyuarat itu.

Tatacara semasa mesyuarat dan proksi