Malaysia legislation
Section 69
Seksyen 69
(2)
Syarikat pengurusan itu hanya boleh memohon bagi pembatalan pendaftaran jika skim itu tidak memenuhi kehendak minimum pemegang kepentingan sebagaimana yang dinyatakan dalam prospektus atau pernyataan penzahiran produk dan semua pemegang kepentingan bersetuju bahawa skim itu dibatalkan pendaftarannya.
(3)
Jika Pendaftar berpuas hati bahawa permohonan itu mematuhi subseksyen (2), Pendaftar hendaklah memberikan notis pembatalan pendaftaran yang dicadangkan dalam laman sesawang Suruhanjaya dan suatu salinan notis itu hendaklah diberikan kepada syarikat pengurusan dan pemegang amanah.
(4)
Selepas luput tujuh hari dari tarikh penyiaran notis di laman sesawang, Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran skim itu dan skim itu hendaklah disifatkan telah dibubarkan.