Malaysia legislation
Section 70
Seksyen 70
(a)
suatu pelanggaran Akta ini;
(b)
suatu cubaan untuk melanggar Akta ini;
(c)
suatu cubaan untuk membantu, bersubahat, menasihati atau mengusahakan seseorang untuk melanggar Akta ini;
(d)
suatu cubaan untuk mendorong, sama ada melalui ugutan, janji atau selainnya, seseorang untuk melanggar Akta ini;
(e)
suatu cubaan yang melaluinya mana-mana orang adalah dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, dengan diketahuinya mempunyai kaitan dalam, atau menjadi pihak kepada, pelanggaran Akta ini oleh seseorang; atau
(f)
suatu cubaan untuk berkomplot dengan yang lain untuk melanggar Akta ini,
Mahkamah boleh, atas permohonan Pendaftar, atau seseorang yang kepentingannya telah terjejas, sedang terjejas atau akan terjejas oleh pelakuan itu, memberikan suatu injunksi, mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, yang menahan orang yang mula-mula disebut daripada melakukan pelakuan itu dan, jika pada pendapat Mahkamah adalah wajar untuk berbuat demikian, menghendaki orang itu melakukan apa-apa perbuatan atau benda.
(2)
Jika seseorang enggan atau gagal, masih enggan atau gagal melakukan suatu perbuatan atau benda yang orang itu dikehendaki melakukannya oleh Akta ini, Mahkamah boleh, atas permohonan
Pendaftar atau mana-mana orang yang kepentingannya telah terjejas, sedang terjejas atau akan terjejas oleh keengganan atau kegagalan untuk melakukan perbuatan atau benda itu, memberikan suatu injunksi, mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, yang menghendaki orang yang enggan atau gagal, masih enggan atau gagal, atau berniat untuk enggan atau gagal melakukan perbuatan atau benda itu.
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 778
(3)
Kuasa Mahkamah untuk memberikan suatu injunksi untuk menahan seseorang daripada melakukan pelakuan boleh dijalankan sama ada atau tidak—
(a)
ternyata kepada Mahkamah bahawa orang itu berniat untuk melakukan lagi atau terus melakukan, pelakuan jenis itu;
(b)
orang itu dahulunya melakukan pelakuan jenis itu; atau
(c)
terdapat bahaya kerosakan substansial yang ketara kepada mana-mana orang jika orang itu melakukan pelakuan jenis itu.
(4)
Kuasa Mahkamah untuk memberikan suatu injunksi yang menghendaki seseorang melakukan suatu perbuatan atau benda boleh dijalankan sama ada atau tidak—
(a)
didapati oleh Mahkamah bahawa orang itu berniat untuk enggan atau gagal lagi, atau terus enggan atau gagal, untuk melakukan perbuatan atau benda itu;
(b)
orang itu dahulunya enggan atau gagal untuk melakukan perbuatan atau benda itu; atau
(c)
terdapat bahaya kerosakan substansial yang ketara kepada mana-mana orang jika orang itu enggan atau gagal melakukan perbuatan atau benda itu.
(5)
Jika Pendaftar memohon kepada Mahkamah bagi pemberian suatu injunksi di bawah seksyen ini, Mahkamah tidak boleh menghendaki pemohon itu atau mana-mana orang lain untuk memberikan suatu aku janji tentang kerugian sebagai syarat pemberian injunksi interim.
(6)
Jika suatu permohonan bagi injunksi di bawah subseksyen (1)
atau (2) telah dibuat, Mahkamah boleh memberikan suatu injunksi dengan persetujuan semua pihak kepada prosiding, jika Mahkamah
Skim Kepentingan 83
menentukannya sesuai, sama ada Mahkamah berpuas hati bahawa subseksyen itu terpakai atau tidak.
(7)
Mahkamah boleh memberikan suatu injunksi interim, sementara menanti penentuan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika pada pendapat Mahkamah adalah wajar untuk berbuat demikian.
(8)
Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah injunksi yang diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (7).
(9)
Dalam memberikan suatu injunksi untuk menahan seseorang daripada melakukan pelakuan tertentu, atau untuk menghendaki seseorang melakukan perbuatan atau benda tertentu, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu membayar ganti rugi kepada mana-mana orang lain, sama ada sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti bagi pemberian injunksi.
Kuasa Pendaftar untuk campur tangan