Malaysia legislation

Section 71

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 71

Skim Kepentingan 81

(a)

skim itu tidak dapat untuk memenuhi obligasinya apabila perlu dipenuhi;

(b)

pengendalian, pengurusan atau pentadbiran skim tidak dijalankan mengikut surat ikatan amanah, surat ikatan amanah tambahan, perjanjian kontraktual atau perjanjian kontraktual tambahan; atau

(c)

terma dan syarat bagi kebenaran suatu skim yang dikenakan oleh Pendaftar tidak dipatuhi.

(2)

Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1), Pendaftar boleh membuat satu atau lebih yang berikut:

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(a)

memerintahkan syarikat pengurusan untuk menghentikan pengeluaran atau penawaran kepentingan kepada orang awam sehingga notis selanjutnya;

(b)

menghendaki juruaudit skim untuk menjalankan audit ke atas skim itu dan mengemukakan laporannya dalam masa yang dinyatakan oleh Pendaftar;

(c)

memerintahkan syarikat pengurusan untuk menggulung skim; atau

(d)

memberikan apa-apa arahan lain yang perlu bagi melindungi kepentingan pemegang kepentingan.

Kuasa Pendaftar untuk menamatkan skim tidak berdaftar