Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
(a)
mengarahkan mana-mana orang untuk membayar pampasan kepada mana-mana orang yang telah membeli apa-apa kepentingan dalam skim itu;
(b)
menghalang mana-mana orang daripada menjalankan mana-mana aktiviti yang berikut:
(i)
mempromosikan apa-apa kepentingan dalam skim itu kepada orang awam;
(ii)
menguruskan atau menjana minat kepada produknya atau menawarkan produk;
(iii)
mencetak, menyiarkan atau mengedar atau menyebabkan supaya dicetak, disiarkan atau diedarkan, bahan bertulis yang mempromosikan kepentingan dalam skim itu;
Skim Kepentingan 85
(iv)
membuat apa-apa syor, atau menawarkan nasihat, sama ada secara lisan atau bertulis, kepada mana-mana orang berhubung dengan produk atau suatu keputusan oleh seseorang tentang sama ada untuk melabur dalam produk itu atau tidak;
(v)
mendorong, mencari, mengumpul atau menerima wang daripada seseorang berhubung dengan skim itu; atau
(c)
memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkan patut oleh Pendaftar.
(2)
Pendaftar boleh memohon kepada Mahkamah bagi suatu perintah untuk membatalkan mana-mana kontrak yang dibuat akibat apa-apa tawaran kepentingan dalam skim tidak berdaftar dan apa-apa arahan berbangkit lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
(3)
Permohonan di bawah subseksyen (2) hendaklah secara permohonan ex parte.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.
Kuasa untuk mengecualikan daripada mematuhi Akta