Malaysia legislation
Section 75
Seksyen 75
(a)
melakukan apa-apa perbuatan yang dia dilarang untuk melakukannya di bawah Akta ini;
(b)
meninggalkan apa-apa perbuatan yang dia dikehendaki atau diarahkan untuk melakukannya di bawah Akta ini;
atau
(c)
selainnya melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini.
(2)
Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti atau hukuman tidak melebihi penalti atau hukuman yang disebut dengan nyata sebagai penalti atau hukuman bagi kesalahan itu, atau jika sesuatu penalti atau hukuman tidak disebut—
(a)
dalam hal seseorang itu ialah seorang individu, dikenakan penalti tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
(b)
dalam hal seseorang itu ialah selain seorang individu, dikenakan penalti tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “individu” ertinya orang sebenar.