Malaysia legislation

Section 77

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 77

(a)

suatu penyata yang mengandungi senarai semua orang yang, pada akhir tahun kewangan, merupakan pemegang kepentingan yang berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, yang menunjukkan nama dan alamat setiap pemegang kepentingan dan takat pegangannya dan, jika kepentingannya terdiri daripada kepentingan tertentu dalam mana-mana harta, perihalan harta dan lokasi yang memadai untuk mengenal pastinya;

(b)

suatu ringkasan mengenai—

Skim Kepentingan 89

(i)

semua pembelian dan penjualan harta dan sekuriti boleh dipasarkan yang menyentuh kepentingan pemegang kepentingan semasa tahun kewangan itu;

dan

(ii)

segala pelaburan lain yang menyentuh kepentingan pemegang kepentingan yang dibuat semasa tahun kewangan itu, yang menunjukkan perihalan dan kuantiti pelaburan itu;

(c)

suatu pernyataan mengenai jumlah bayaran broker yang menyentuh kepentingan pemegang kepentingan yang dibayar atau dikenakan oleh syarikat pengurusan semasa tahun kewangan itu dan kadar amaun bayaran broker yang dibayar kepada mana-mana broker saham atau syer, atau mana-mana pekongsi, pekerja atau penama mana-mana broker saham atau syer, yang merupakan seorang pegawai syarikat pengurusan dan kadar yang dipegang oleh syarikat pengurusan itu;

(d)

suatu senarai semua petak harta dan sekuriti boleh pasar, dan pelaburan lain, yang dipegang oleh pemegang amanah berhubung dengan surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual itu, pada akhir tahun kewangan, yang menunjukkan nilai harta, sekuriti atau pelaburan lain dan asas penilaian; dan

(e)

apa-apa penyata dan butir-butir lain yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

(2)

Penyata yang diserah simpan itu hendaklah disertakan dengan penyata kewangan skim itu yang telah diaudit yang disediakan di bawah seksyen 53.

(3)

Apa-apa dokumen yang dikehendaki supaya diserah simpan dengan Pendaftar di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang pengarah syarikat pengurusan.

(4)

Apabila diminta oleh seorang pemegang kepentingan bagi apa-apa dokumen yang diserah simpan dengan Pendaftar di bawah

90 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

perenggan (1)(b), (c), (d) dan (e), syarikat pengurusan hendaklah menghantar suatu salinan dokumen itu kepada pemegang kepentingan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permintaan.

Dokumen hendaklah disimpan di pejabat berdaftar