Malaysia legislation
Section 78
Seksyen 78
(a)
semua surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual;
(b)
semua prospektus atau pernyataan penzahiran produk;
(c)
semua perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini;
(d)
semua daftar, buku berkanun, rekod dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini;
(e)
semua minit semua mesyuarat dan ketetapan pemegang kepentingan;
(f)
salinan semua komunikasi bertulis kepada semua pemegang kepentingan atau semua pemegang syer kelas yang sama;
(g)
salinan semua penyata kewangan skim itu; dan
(h)
rekod perakaunan skim yang dikehendaki di bawah seksyen 51.
(2)
Dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar bagi tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam peruntukan lain
Akta ini.
(3)
Mana-mana dokumen yang disebut dalam subseksyen (1)
boleh disimpan di tempat selain di pejabat berdaftar syarikat pengurusan dengan syarat bahawa suatu notis awal kepada Pendaftar
Skim Kepentingan 91
telah diberikan dalam masa empat belas hari selepas tarikh perubahan itu.
(4)
Syarikat pengurusan yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Bentuk dokumen, penggunaan komputer dan cara lain bagi perekodan dokumen