Malaysia legislation

Section 79

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 79

(a)

dalam bentuk bertulis; atau

(b)

dalam bentuk atau cara, elektronik atau selainnya, yang membolehkan dokumen dan maklumat mudah diakses dan dikeluarkan semula ke dalam bentuk bertulis.

(2)

Syarikat pengurusan hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk menghalang dokumen dan rekod yang disimpan dalam bentuk yang disebut dalam subseksyen (1) daripada dipalsukan.

(3)

Jika syarikat pengurusan mendapati bahawa suatu dokumen atau rekod telah dipalsukan, syarikat pengurusan itu hendaklah memberitahu Pendaftar, dan Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa untuk mengarahkan syarikat pengurusan itu untuk—

(a)

meminda, membetulkan atau mengubah dokumen atau rekod itu sebagaimana yang perlu; atau

(b)

mengambil apa-apa tindakan lain yang difikirkan patut oleh Pendaftar.

92 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(4)

Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Pemeriksaan daftar dan dokumen di pejabat berdaftar