Malaysia legislation
Section 84
Seksyen 84
Dalam apa-apa prosiding undang-undang, jika Pendaftar memperakui bahawa—
(a)
tiada skim didaftarkan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan pada tarikh atau semasa tempoh yang dinyatakan dalam perakuan, perakuan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie bahawa di bawah nama skim itu dan pada tarikh atau semasa tempoh itu, skim itu tidak didaftarkan; dan
(b)
keperluan Akta ini atau undang-undang bertulis terdahulu yang bersamaan yang dinyatakan dalam perakuan itu—
(i)
telah atau tidak dipatuhi pada tarikh atau dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu; atau
(ii)
telah dipatuhi pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu tetapi tidak sebelum tarikh itu, perakuan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie tentang perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.
Pembetulan daftar