Malaysia legislation

Section 85

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 85

Skim Kepentingan 95

(a)

mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang;

(b)

mengandungi perkara yang, dalam butir material, adalah palsu atau mengelirukan dalam bentuk atau konteks yang perkara itu dimasukkan;

(c)

oleh sebab peninggalan atau salah perihalan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya; atau

(d)

adalah tidak betul atau salah.

96 Undang-Undang Malaysia AKTA 778

(2)

Apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (1), bagi membolehkan Pendaftar membuat keputusan sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan itu, Pendaftar boleh—

(a)

menghendaki pemohon untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau untuk memberi Pendaftar apa-apa maklumat yang difikirkan perlu oleh Pendaftar untuk membetulkan catatan itu; atau

(b)

menghendaki pemohon untuk memberikan notis permohonan itu kepada mana-mana orang lain yang dinyatakan oleh Pendaftar sebagai seorang yang didapati oleh Pendaftar mempunyai kaitan atau mempunyai kepentingan dalam skim itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh menolak apa-apa permohonan jika kesilapan, kesalahan atau peninggalan itu tidak timbul dalam perjalanan biasa penunaian tugas Pendaftar.

(4)

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pendaftar dalam seksyen ini boleh merayu kepada Mahkamah.

(5)

Apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar dan Pendaftar hendaklah membetulkan daftar dengan sewajarnya setelah menerima perintah itu.

(6)

Pendaftar boleh, tanpa permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), membetulkan daftar jika, pada pendapatnya, suatu kemasukan yang—

(a)

mengandungi perkara yang bertentangan dengan undang-undang;

(b)

mengandungi perkara yang, dalam butir material, adalah palsu atau mengelirukan dalam bentuk atau konteks yang perkara itu dimasukkan;

(c)

oleh sebab peninggalan atau salah perihalan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya; atau

Skim Kepentingan 97

(d)

tidak betul atau salah.

Penyerahsimpanan dokumen secara elektronik