Malaysia legislation

Section 86

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 86

(2)

Suatu dokumen yang diserah simpan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah memenuhi keperluan penyerahsimpanan jika dokumen itu disampaikan atau dihantar kepada Pendaftar mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh

Pendaftar.

(3)

Suatu dokumen yang dikehendaki supaya dicapkan, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika dokumen itu diserah simpan secara elektronik, diperakukan sebagai salinan sebenar atau ditentusahkan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Pendaftar.

(4)

Jika suatu dokumen diserah simpan secara elektronik dengan

Pendaftar, Pendaftar tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa kesilapan atau peninggalan daripada apa-apa jua sifat atau bagaimanapun berbangkit yang didapati dalam apa-apa dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah serahan yang disebut dalam subseksyen (1) jika kesilapan atau peninggalan itu berlaku atau timbul akibat daripada apa-apa kecacatan atau pemberhentian perkhidmatan atau kerosakan peralatan yang digunakan bagi membuat serahan itu tanpa pengetahuan Pendaftar.

Pengeluaran dokumen secara elektronik