Malaysia legislation

Section 88

of *AKTA SKIM KEPENTINGAN 2016

Seksyen 88

Apa-apa maklumat, dokumen atau mana-mana salinan atau apa-apa cabutan daripada mana-mana dokumen yang diserah simpan secara elektronik dengan Pendaftar di bawah Akta ini, yang dikeluarkan oleh Pendaftar sebagai salinan sebenar atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang diserah simpan dengan atau diserahkan kepada Pendaftar di bawah seksyen 86 atau dikeluarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 87 hendaklah, dalam mana-mana prosiding, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai perkara yang dinyatakan dalam maklumat, dokumen, salinan atau cabutan itu.